Tuesday, May 11, 2010

Lawak tok BATIN

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang- bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya. 'Tok, tumpang ke Pekan'
' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'
'Apa salahnye, naiklah di belakang'
Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anakbuahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.
Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.
Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya. 'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.
'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'
'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh dua, tak boleh tumpang lagi lerr... '

Sebelum dan Sesudah Kawin

Perkara Sebelum Kahwin Selepas Kahwin
1.  ANGKATKAN BEG Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u... Beg u pun u malas
nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
  
2.  TERSUNGKUR BATU 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!' Jln betul2 la!
Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun
tak nampak!
  
3.  PAKAI SEXY Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang
jugak!
'Ni ape ni, tetek
terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'
  
4. MANJA DI PUBLIC Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Oi! Org tgk ah!
Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang
tengok?!
  
5. KEMPUNAN U nak makan burger
ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...
  
Burger McDonald
pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!
6.  KECANTIKAN Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you! Ape ni make up mcm
tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!
  
7.  KEKAYAAN U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan. Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?
8.  SEX Kalau kita kawin,
hari2 i nak main dgn u.
  
Eh, i penat tau!
Ingat i robot ke? Gatal!
9.  KESABARAN Sudahlah syg, jgn
merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?
Salah you, you nak
suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah
tak nak mengaku.. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak
kuasa aku!
  
10. MASAKAN Sedapnye u masak
(walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?   
11.  DUIT NO PROBLEM Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala... Mak oi! Pe mahal!
Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!
  
12. LUV PEGI  LUV BALIK Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)   Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!
13.   PENGORBANAN Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh? You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat
ah!
  
14.  JUMPA LAMBAT Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai   Takpe la. Da biasa da!
15.  BUANG ANGIN You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you
ni!  *cubit-cubit*
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Sign Board Lawak














GURU PEMBIMBING GENERASI BANGSA

Dikesempatan ini, marilah kita sama-sama bersyukur dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan dengan segala kurniaan nikmat-Nya akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat .


Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana sekiranya kita hidup tanpa ilmu, kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran bagi sesuatu bangsa dan negara.

kerana itu, Allah s.w.t. telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis :
" عَنْ أَنَسِ ابْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ " .

( Riwayat Ibni Majah )

Maksudnya : " Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim dan muslimat " .

Apabila kita berbicara tentang ilmu dan pendidikan bererti sekaligus kita meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting sebagai agen pembangunan dan perubahan minda ummah.

Tugas seorang pendidik bukanlah satu Tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah s.w.t.

Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun diperingkat University dan tidak kurang penting juga kepada guru yang mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat Al-Quran, fardhu ian dan sebagainya. Tampa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka kita tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam .

Justeru, sambutan hari guru yang disambut setiap tahun merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan serta komitmen warga pendidik dalam mengembeling tenaga membentuk anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara .

Pada hari ini kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku, tanggungjawab dan peranan pendidik sememangnya mencabar berbanding era sebelumnya. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global.

Menyedari hakikat inilah, maka pelbagai usaha dan program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu dan kualiti pendidikan sentiasa berada ditahap yang terbaik. selaras dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat yang berilmu, bertamadun dan maju. Maka satu pendekatan baru diperkenalkan iaitu " Mewujudkan Sekolah Bistari " yang menggabungkan sistem pendidikan bersepadu .

Justeru itu, peranan pendidik bukan sahaja mengajar subjek yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tatapi mereka juga bertindak mendidik minda dan membina syahsiah pelajar. kita sedar bahwa masa depan pelajar, masa depan bangsa dan negara adalah berkait rapat dengan corak didikan guru pada hari ini. Kerana itu, guru sebagai agen perubah minda adalah sangat dituntut agar menguasai pelbagai kemahiran demi mencapai wawasan negara khususnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini.

Pada masa kini, seluruh warga pendidik dan semua orang perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dari masa kesemasa, kerana kita sedar bahawa ilmu yang ada pada diri kita ini sebenarnya hanyalah sedikit. Ini jelas sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat : 109 :

Maksudnya : " Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan".

Dari ayat tersebut, gelas menunjukkan bahawa ilmu itu sangat luas dan banyak yang perlu diterokai. Maka jalan terbaik untuk meluaskan penguasaan ilmu pengetahuan ialah dengan belajar dan menuntut ilmu secara berterusan.

Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa kehadrat s.w.t. agar mereka yang telah mendidik kita baik dari kalangan ibu bapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan s.w.t. sepanjang masa. Manakala bagi guru-guru yang telah kembali rahmatullah sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat s.w.t. Manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati para guru dan tahu membalas budi guru dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh Islam diantaranya :

1. Pelajar hendaklah mendahului memberi salam apabila bertemu dengan guru.

2. Pelajar hendaklah menjaga maruah guru dan jangan sekali-kali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru.

3. Hendaklah bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.

4. membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari.

Berkah usaha dan pengorbanan para guru ini akan dapat melahirkan generasi ummah khususnya belia yang mantap dari segi akidah dan akhlak serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dimasa akan datang .

Sebenarnya generasi belia yang mendapat pendidikan dengan sempurna merupakan harapan kita semua kerana merekalah yang bakal menggantikan para pemimpin dimasa akan datang. Kerana itulah Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi seorang pemikir Islam yang tersohor dan disegani pernah berkata bahwa generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berhemah tinggi akan dapat membentuk sebuah negara yang maju serta aman makmur .

Menyedari hakikat ini, seharusnya peranan dan tanggungjawab pendidik serta belia terutamanya dalam menjana pembangunan negara perlu digerakkan. Kerana itu, kita selaku ibu bapa dan warga pendidik perlu menyedarkan golongan pelajar yang mencapai peringkat belia agar tidak menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dengan memberi penekanan bahawa golongan belia sepatutnya berperanan menyumbang idea dan tenaga kearah pembangunan modal insan untuk menjadikan kita bangsa yang dihormati dan disegani dipersada dunia.

Justeru itulah, generasi belia yang telah mendapat pendidikan tinggi pada hari ini perlu memperlengkapkan lagi diri mereka dengan berbagai persiapan merangkumi aspek rohani dan jasmani agar mereka tidak hilang jati diri serta sentiasa mendapat pertolongan dan keredaan dari Allah sepanjang masa. Adalah diharapkan apabila golongan pelajar ini keluar dalam masyarakat menjadikan diri mereka sebagai golongan belia yang bertaqwa, berakhlak mulia dan berupaya menyumbangkan jiwa dan raga kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

Maksudnya : " ( lalu dikatakan kepada mereka ) makanlah dari rezki pemberian Tuhan kamu dan, bersyukurlah kepadanya, (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang amat pengampun" .


SUMBER:KHUTBAH JUMAAT JAKIM

Asal 4 Buah Sungai Di Syurga

Bersabda Rasulullah : “ Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin”.
Aku bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya? Jibril menjawab “Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya”

Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu aku memejamkan mata. Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.

Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?” Aku pun bertanya “Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci?Dimanakah kuncinya?”

Jawab malaikat itu, “Kunci didalam tanganmu”. Tanyaku lagi “Dimana?. Jawabnya “ Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim”.

Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam. Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.

Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku “Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya.

Lalu aku pun perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak. Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

36 Stress Reducers - I hope it works for YOU!

1. Pray

2. Go to bed on time.

3. Get up early so you can start the day unrushed.

4. Say No, to projects that won't fit into your time schedule, or that will compromise your mental health.

5. Delegate tasks to capable others.

6. Simplify and uncluttered your life.

7. Less is more. (Although one is often not enough, two are often too many.)

8. Allow extra time to do things and to get to places.

9. Pace yourself. Spread out big changes and difficult projects over time; don't lump the hard things all together.

10. Take one day at a time.

11. Separate worries from concerns. If a situation is a concern, find out what God would have you

to do and let go of the anxiety. If you can't do anything about a situation, forget it.

12. Live within your budget; don't use credit cards for ordinary purchases.

13. Have backups; an extra car key in your wallet, an extra house key buried in the garden, etc.,

14. K.M.S. (Keep Mouth Shut.) This single piece of advice can prevent an enormous amount of trouble.

15. Do something for the Kid in You everyday.

16. Carry a bible with you to read while waiting in line.

17. Get enough exercise.

18. Eat right.

19. Get organized so everything has its place.

20. Listen to a tape while driving that can help improve your quality of life.

21. Write thoughts and inspirations down.

22. Everyday, find time to be alone.

23. Having problems? Talk to God on the spot. Try to nip small problems in the bud. Don't

wait until its time to go to bed to try and pray.

24. Make friends with Godly people.

25. Keep a folder of favorite scriptures on hand.

26. Remember that the shortest bridge between despair and hope is often a good "Thank you Jesus!"

27. Laugh.

28. Laugh some more!

29. Take your work seriously, but not yourself.

30. Develop a forgiving attitude (just realize that most people are doing the best they can).

31. Be kind to unkind people (they probably need it the most).

32. Sit on your ego.

33. Talk less; listen more.

34. Slow down.

35. Remind yourself that you are not the general manager of the universe.

36. Every night before bed, think of one thing you're grateful for that you've never been grateful for before.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...