Sunday, May 9, 2010

HATI SEORANG IBU

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:


Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)

Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.

Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.

Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?. Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

Mimbar hari ini merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan kedegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu tanpa khabar berita, mengherdik ibu, mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada yang sanggup memukul ibu. Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri yang sebenarnya ada keberkatan.

Insaflah, perbuatan menderhakai ibu bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan begitulah seterusnya. Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla. Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru bagi pihak ibu-ibu kepada anak-anak dan jemaah sekalian, marilah kita bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Sural al-Israa’:24)



Sumber: Petikan Teks Khutbah JAKIM

Perlukah hari khusus untuk ingat kepada ibu?

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.


Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.


Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Allah SWT berfirman :


Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)


1. Umum ayat larangan dalam Al-Quran.


Antara ayat yang umum yang berkaitan ialah ayat-ayat larangan daripada mengikuti jejak langkah golongan yang bukan islam, antaranya ialah firman Allah SWT:

Maksudnya: : Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu). – (Yunus: 89).

Dan firman Allah kepada Rasulnya SAW:

Maksudnya: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar). – (Al-Jaathiah: 18).

2. Hadis yang melarang meniru kaum bukan Islam.


Hadis nabi saw :



مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ


Maksudnya: barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – riwayat Abu Daud.

Perkataan تشبه di dalam hadis ini bermaksud meniru, iaitu berusaha untuk menyerupai sesuatu kaum dengan usaha dan sengaja. Berbeza dengan perkataan شبه yang bermaksud menyerupai sesuatu sama ada secara sengaja dan usaha atau tidak sengaja dan tanpa usaha.

Hadis di atas adalah hadis yang sahih melalui riwayat Abu Daud. Di sana terdapat pelbagai riwayat dengan pelbagai lafaz yang memberikan maksud yang sama seperti riwayat Tarmizi yang berbunyi:


لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا


Maksudnya: bukan dari kalangan kami orang yang meniru golongan yang lain.

Hadis ini sebenarnya mempunyai makna yang umum, iaitu barangsiapa yang meniru kaum yang baik, maka baiklah dia dan barangsiapa yang meniru kaum yang tidak baik dan kufur, maka ia juga sebahagian daripada mereka.

Pengajaran hadis:

Penyerupaan kaum yang bukan islam bukanlah diharamkan secara mutlak. Kategorinya adalah seperti berikut:

1. Jika penyerupaan itu mempunyai unsur ibadat yang bukan islam, maka ia adalah haram tanpa khilaf dan takwil. Jelasnya pengharaman memasang lilin bagi tujuan pemujaan adalah haram bagi umat islam berdasarkan hadis di atas dan dalil-dalil yang lain.

2. Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat, ianya adalah budaya dan adat bukan islam yang bersusur galur daripada kepercayaan tertentu yang mempunyai hubungan kait dengan syirik, perbuatan tersebut tidak mempunyai manfaat yang realiti bagi pelakunya, atau alat tersebut digunakan bukan bagi tujuan asal pembuatannya, maka hukumnya juga adalah haram kerana termasuk di dalam kategori berusaha dengan sengaja menyerupai kaum tersebut. Jelasnya, kategori kedua dan ketiga iaitu menyalakan lilin bagi tujuan berkabung dan kepercayaan kepada kuasa juga adalah haram. Ini kerana, perbuatan ini adalah perbuatan dan amalan bukan islam, ia bersusur galur daripada kepercayaan agama, nyalaan lilin di dalam kategori kedua dan ketiga di atas bukan digunakan bagi tujuan asal iaitu menerangi ketika gelap.

3. Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat tetapi ianya mempunyai manfaat yang realiti bagi penggunanya, maka ia diharuskan. Contohnya penggunaan kereta yang asalnya daripada bukan islam.

Ringkasnya, hadis di atas asalnya merupakan larangan meniru cara golongan yang bukan islam secara umum dan mutlak, sama ada meniru perbuatan ibadat mereka, adat dan budaya mereka yang bermanfaat atau tidak bermanfaat bagi umat islam yang menirunya.

Tetapi meniru cara dan perkara yang bermanfaat daripada golongan bukan islam diharuskan berpandukan kepada cara penggalian parit yang ditiru oleh Nabi Saw daripada kaum Parsi kerana penggalian parit itu bermanfaat bagi umat islam guna sebagai strategi mempertahankan Madinah.

Sambutan hari ibu asalnya mempunyai simbolik tertentu dan ia dikategorikan di dalam kategori syubhah. Syubhah bermaksud halal dan haramnya tidak jelas. Sabda nabi Saw:


الحلال بين ، والحرام بين ، وبينهما أمور مشتبهات ، لا يعلمها كثير من الناس ،


Maksudnya: Halal itu nyata dan haram itu nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. – Hadis sahih riwayat muslim dan lain-lainnya.

Sambutan ini di sambut bagi memperingati Ibu dianggap sebagai syubhat kerana:

1. halalnya tidak jelas kerana cara dan pengamalannya datangnya daripada golongan bukan islam yang mempunyai kaitan dengan pemujaan dan kepercayaan berkaitan roh dan kematian. Berbeza dengan melepaskan burung merpati sebagai simbol kebebasan, sekalipun ianya berasal daripada amalan dan cara mereka yang bukan islam, tetapi ia tidak mempunyai asas cara ibadat yang bukan islam sebagaimana pemujaan dewa ibu tersebut.

2. haramnya juga tidak jelas kerana ia mempunyai maksud dan simbul tersendiri yang mengenepikan maksud sengaja meniru kaum tersebut.

3. Kenapa perlu hari tertentu untuk memperingati ibu kita?

Sikap kita umat islam terhadap perkara syubhat sebagaimana pesan nabi SAW berkenaan perkara syubhat:


فمن اتقى الشبهات استبرأ لديه وعرضه ، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام ، كراع يرعى حول الحمى يوشك أن يواقعه ، ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله في أرضه محارمه


Maksudnya: Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat, maka ia telah selamatkan agamanya dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh (melakukan) perkara syubhat, maka ia terjatuh ke dalam perkara haram, sama seperti pengembala yang mengembala berhampiran dengan kawasan larangan, maka mudahlah (gembalaannya) menceroboh kawasan larangan tersebut. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya bagi setiap raja mempunyai kawasan larangannya, dan ketahuilah kawasan larangan Allah di bumi ini adalah larangannya (perkara yang haram). Hadis sahih riwayat muslim dan lain-lainnya.

Justeru itu, sikap kita terhadap perkara yang syubhat adalah seperti berikut:

1. Tidak boleh menganggap si pelakunya melakukan perkara yang haram.

2. Perkara syubhat ini juga tidak boleh dianggap halal dan harus sehingga boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

3. perlu disarankan mereka yang terlibat supaya menjauhinya kerana ia boleh menjuruskan kepada perkara yang haram. Berbeza dengan sikap kita terhadap perkara yang jelas haram, di mana mencegah perbuatannya adalah wajib.

Niat tidak boleh jadi ukuran jika perbuatan itu adalah haram

Jikalau sesuatu perbuatan jelas pengharamannya dan bukan syubhat, maka niat yang baik tidak boleh mengharuskan perbuatan yang haram tersebut.

Kaedah ini cukup jelas diperbahaskan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab usul. Dr. Yusof Al-Qardhawi dengan jelas meringkaskan perbahasan tersebut dan menyusun penjelaskan yang begitu mudah dan terang di dalam kitabhnya Halal Dan Haram Dalam Islam.
Kaedah ini,iaitu niat yang baik tidak boleh mengharuskan perbuatan yang haram bukan sahaja diaplikasikan dalam bab ini, tetapi di dalam semua bab di dalam fekah seperti ibadat, muamalat, perundangan dan lain-lain. Contohnya, seseorang tetap haram bersembahyang dengan menyembah (mengadap) pokok sekalipun niatnya ikhlas untuk khusyuk, seseorang pemain judi tetap haram sekalipun niatnya ingin bersedekah kepada pemenang, seseorang guru tetap dikenakan hukuman kisas jika membunuh muridnya sekalipun dengan niat mendidik, dan banyak lagi bab yang aplikasi yang sama di dalam semua bab fekah.





Sambutan Hari Ibu di merata dunia

Ahad ke-2 Februari Norway

2 Februari  Greece (Bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.)

30 Shevat (antara 30 Januari dan 1 Mac) Israel

3 Mac Georgia

8 Mac Afghanistan, Albania*, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Korea Selatan, Laos, Macedonia*, Moldova*, Montenegro, Romania*, Rusia*, Serbia**, Taiwan, Ukraine, dan Vietnam. *Di Albania, Belarus, Bulgaria, Guyana, Itali, Macedonia, Mongolia, Rusia, dan Ukraine hari ini disambut sebagai Hari Wanita Sedunia dan bukan Hari Ibu secara khususnya.

Ahad ke-4 dalam Lent (Mothering Sunday) Ireland, Nigeria, United Kingdom

21 Mac (vernal equinox) Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Lubnan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman (Semua negara Arab secara amnya)

25 Mac Slovenia

7 April Armenia

2 April (kalendar Cina)* China

Baisakh Amavasya (Mata Tirtha Aunsi) Nepal

Ahad pertama Mei Hungary, Lithuania, Portugal, Sepanyol

8 Mei Albania (Hari Ibu Bapa), Korea Selatan (Hari Ibu Bapa).

10 Mei El Salvador, Guatemala, Mexico

Ahad ke-2 Mei Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belanda, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Republik Rakyat China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Ecuador, Estonia, Filipina, Finland, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Iceland, India, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Kanada, Latvia, Malta, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Peru, Puerto Rico, Slovakia, St. Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Suriname, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

15 Mei Paraguay

26 Mei Poland

27 Mei Bolivia

Ahad terakhir Mei Algeria, Republik Dominica, Haiti, Maghribi, Mauritius, Perancis (kecuali jika bertindih dengan hari Pentekosta, oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), Sweden, Tunisia.

May 30 Nicaragua

1 Jun Mongolia (Hari Ibu dan Kanak-kanak Sedunia. Mongolia ialah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.)

Ahad ke-2 Jun Luxembourg

Ahad terakhir Jun Kenya

12 Ogos Thailand (hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara)

15 Ogos (Assumption Day) Antwerp (Belgium), Costa Rica

Isnin kedua Oktober Malawi

14 Oktober Belarus

Ahad ke-3 Oktober Argentina (Día de la Madre)

Ahad terakhir November Rusia

8 Disember Panama

16 Disember, (Kalendar Iran: 25 Azar, Pengasasan Ibu dan Anak) Iran

22 Disember Indonesia



Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Perkataan Inggeris Yang Di Kelantankan

Kali nie akan disenaraikan antara beberapa vocab Eng yang telah di kelantankan


ghoba = rubber

sekkey = scale
gohed = go ahead?
pospon = postpone
kolek bah = collect (tickets) = bus conductor
nejar = manager
bekwoh = big work
kona - corner

ngejas - adjust
nektai - neck tie (tali leher)
blebe - blab/ blabbering
suwih = switch

pozek = deposit...
merket = market
bok = book
pekbo = pebble

saksoba- shock absorber
sawonile/sawenila (buah ciku) = Souver Vanilla -
Tok peraih = Enterprise...
tohok(buang) = throw out

reh(rehat) = rest
screw driver = skru drebar

tapuwe = tupperware
so'oh = so hot
speka = speaker

kakah = carcass
prebek = private
cering (menjerit dengan nada yang nyaring) = cheering
muka dia dua orang ada meh = match
tra = try

tehh =  test
selok (kunci) = lock
stapenah = staff nurse
gostang = go stand

gobek = go back


ejuh = exhaust


lembek (tilam) = lamb bed
Longjon = Long John ... hahahaha
ALIEN LAWAN PIDATO = Alien vs Predator

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...