Saturday, May 8, 2010

The Salty Coffee

This is a Touching story and treasure what you think is worthy.....

The salty coffee
He met her on a party, she was so outstanding, many guys chasing after
her,while he was so normal, nobody paid attention to him. At the end of the
party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to
being polite, she promised.

They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt
uncomfortable, she thought, please, let me back home..suddenly he asked the
waiter: would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee.

Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but, still,
he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously: why you
have this hobby? He replied: when I was a little boy, I was living near the
sea, I liked playing in the sea, I could feel the taste of the sea, salty
and bite, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the
salty coffee,

I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so
much, I miss my parents who are still living there. While saying that,tears
filled his eyes. She was deeply touched. That's his true feeling, from the
bottom of his heart. A man who can tell out his homesick, he must be a man
who loves home, cares about home, has responsibility of home..Then she also
started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her
family. That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their
story.

They continued to date. She found actually he was a man who meets all her
demands: he had tolerance,was kind hearted, warm, careful...he was such a
good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee!

Then the story was just like every beautiful love story: the princess
married to the prince, then they were living the happy life...And, every
time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew
that's the way he liked it.

After 40 years, he passed away, left her a letter which said:
My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only
lie I said to you----the salty coffee. Remember the first time we dated? I
was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt.

It was hard for me to change so I just went ahead. I never thought that
could be the start of our communication! I tried to tell you the truth
many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have
promised not to lie to you for anything..Now I'm dying, I afraid of nothing
so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange bad
taste..but I have the salty coffee for my whole life since I knew you, I
never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest
happiness for my whole life. If I can live for the second time, I still want
to know you and have you for my whole life, even though I have to drink the
salty coffee again.

Her tears made the letter totally wet.
Someday, someone asked her: what's the taste of salty coffee?
It's sweet.
She replied.
He who dares nothing need hope for nothing.

The Perfect Boss

There were about 70 scientists working on a very hectic project. All of them were really frustrated due to the pressure of work and the demands of their boss but everyone was loyal to him and did not think of quitting the job. One day, one scientist came to his boss and told him - Sir, I have promised to my children that I will take them to the exhibition going on in our township. So I want to leave the office at 5 30 pm.

His boss replied "OK, You're permitted to leave the office early today"

The Scientist started working. He continued his work after lunch. As usual he got involved to such an extent that he looked at his watch when he felt he was close to completion.The time was 8.30pm. Suddenly he remembered the promise he had given to his children.

He looked for his boss,,He was not there. Having told him in the morning itself, he closed everything and left for home.

Deep within himself, he was feeling guilty for having disappointed his children.He reached home. Children were not there.His wife alone was sitting in the hall and reading magazines.

The situation was explosive, any talk would boomerang on him. His wife asked him "Would you like to have coffee or shall I straight away serve dinner if you are hungry.

The man replied "If you would like to have coffee, i too will have but what about Children ??"

Wife replied "You don't know ?? Your manager came here at 5.15 pm and has taken the children to the exhibition "

What had really happened was ... The boss who granted him permission was observing him working seriously at 5.00 PM. He thought to himself, this person will not leave the work, but if he has promised his children they should enjoy the visit to exhibition.

So he took the lead in taking them to exhibition

The boss does not have to do it everytime. But once it is done, loyalty is established.

That is why all the scientists at Thumba continued to work under their boss eventhough the stress was tremendous.

By the way , can you hazard a guess as to who the boss was ???????

Test your eyes

ALZHEIMERS' EYE TEST
Count every "F" in the following text:

FINISHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS...

(SEE BELOW)


HOW MANY ?





...................... 3?


WRONG, THERE ARE 6 -- no joke.

READ IT AGAIN !





The reasoning behind is further down.
The brain cannot process "OF".
Incredible or what? Go back and look again!!
Anyone who counts all 6 "F's" on the first go is a genius.
Three is normal, four is quite rare.

lima `K'

Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan

dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh
Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam
istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi
dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah
di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik
corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau
bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia?
Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya
dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita
dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya..
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh
kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak
BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa
juga perkara


2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak
dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada
golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana
golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada
kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam
Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI
TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam
Islam.

3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan
keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan
atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud
jurang yang dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi
menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang
dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti
Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah
mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba
cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak
boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama
berumahtangga.

4.KASIH
********
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya
yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk
kepada sebuah hadis......

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini
melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat
wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah
memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh
menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan
pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak
terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu
permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah
kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga,.

Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya
mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan
wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa
yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan
Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi
menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim,
Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di
pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di
lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan
hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.


5.REDHA
*********
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah
sering bertanya

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia
yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia
yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita
redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @
suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan
mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak
baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua,
segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.
Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu,
dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di
wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan
semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu
memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi
tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka
menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari
masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati
nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua
perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada
lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat
imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda
turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu
hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk
membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa
orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita
yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan
duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu.
Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama
Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada
Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian.
Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama
ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati,
Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan
membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam
kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh
berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya
berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik
walaupun cantik..."

Pesanan Untuk Orang Cantik..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya
tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan
bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap
unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada
pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda
buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka
kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai
cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika
anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat
dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka.
Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di
Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik
selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa
riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa
kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak
terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia
sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan
ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya
itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri
anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya"

Rahsia 5 jari..........

"Apa ada pada jari anda.....apa rahsia jari anda...apa guna jari anda...?????????????

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

KISAH SI ISTERI EMPAT…..

"Pada zaman dahulu kala, terdapatlah seorang kaya yang beristeri empat. Dia ini kira ikut benarlah sunat Rasulullah sebab musabab beristeri ni.
Isteri pertamanya sudah tua, rupa pun dah kurang cantik, maklumlah, kedut sana kedut sini, gelembir sana gelembir sini, kecut sana kecut sini, kata orang sekarang dah tak ngam dah. Jadi isteri ini kurang diberi perhatian kerana sudah tua. Isteri ini juga jarang diberikan nafkah baik zahir atau pun batin. Pendek kata dia tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri pertama ini.

Isteri kedua pun lebih kurang sama saja dengan isteri pertama. Pun kurang cantik dan kurang mengancam. Maka selalulah isteri kedua ini diabaikan. Lebih kurang sama saja nasibnya dengan isteri pertama.

Isteri ketiga masih mengancam, pinggang masih ramping, kulit masih tegang, dan isteri ini selalulah dikunjungi oleh si suami tadi. Maka manjalah isteri ketiga ini bukan main, maklumlah, kata orang “bermanja pada yang sayang”. Maka banyaklah duit si kaya tadi dihabiskan untuk isteri ketiga ini.

Isteri keempat baru belasan tahun. Cantiknya usah di kiralah. Badannya amat gebu sekali. Tiada kedut sana kedut sini, tiada gandut sana gendut sini. Lenggangnya pun amat mengancam. Pendekata sisuami cukup risau kalau isteri keempat ini berjalan berseorangan. Maka amat sayanglah dia kepada isteri keempat ini dan sering dibawa kemana saja dia pergi. Maklumlah, takut orang lain kebas. Maka kebanyakan masa dan duitnya habis untuk isteri pertama saja…

Maka pada suatu hari , si suami jatuh sakit dan doktor kata umurnya dah tak panjang. Cuma tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum dia menemui Allah. Maka risaulah si suami ini akan perihal isteri-isterinya yang akan ditinggalkan, terutama isteri ketiga dan keempat. Masih belum puas rasanya dia hidup bersama isteri ketiga dan keempat itu.

Lalu dia pun memanggil isteri-isterinya seorang demi seorang untuk bertanyakan soalan yang sama saja iaitu “ Jika aku mati, mahukah kamu ikut bersama-samaku ke dalam kubor? “

Jawab isteri keempat. “Saya masih cantik bang, ramai pemuda yang masih inginkan saya. Saya kawin dengan abang pun kerana abang banyak harta. Kalau abang mati, dengan cepat saya boleh kawin lain. Takkan saya nak ikut abang ke kubor? Abang tinggallah dalam kubor tu sendirian manakala saya akan menikmati kehidupan ini bersama suami baru yang lebih muda”. Hampa rasanya si suami mendengarkan kata-kata isteri keempatnya itu.

Berkata pula isteri ketiga. “Saya pun masih cantik abang. Kalau abang mati saja, saya rasa saya akan bertemu jodoh dengan orang lain. Mungkin saya agak tua untuk dapatkan anak teruna, tetapi kalau nak dapatkan duda rasanya tak ada masalah. Jadi, tak mungkin saya akan ikut abang ke kubor kerana saya masih muda dan boleh menikmati hidup ini dengan suami baru. Abang tinggallah dalam kubor itu sendirian. Selamat tinggal abang”. Dah dua kali hampanya hati sisuami tadi.

Jawab pula isteri ketiga. “Saya ini dah agak tua abang. Takkan ada orang yang mahukan saya lagi, tapi saya tak rela ikut abang ke dalam kubor kerana harta yang abang tinggalkan banyak lagi. Belum puas rasanya saya hidup dan lepas abang meninggal bolehlah saya hidup senang dengan harta peninggalan abang. Saya tak akan ikut abang masuk ke kubor, tetapi sekali sekala saya akan datang dan menziarahi kubor abang dan menghadiahkan fatihah dan yasin untuk abang.” Lega sedikit hati si suami yang tenat tadi.

Isteri pertama dengan menangis teresak-esak menjawab. “Jika di takdirkan Allah, saya mati bersama-sama abang, saya rela mengikut abang bersama-sama ke dalam kubor. Saya telah hidup dengan abang begitu lama dan saya cukup bahagia walaupun abang mengabaikan saya. Abanglah satu-satunya suami untuk saya di dunia dan di akhirat. Saya redha mati bersama-sama abang jika ditakdirkan. Saya pun dah cukup bahagia hidup bersama abang dan rasanya saya tidak kerugian apa-apa jika mengikut abang ke dalam kubor”. Sejuk sungguh rasa hati si suami mendengarkan kata-kata isteri pertama tadi. Barulah dia tahu isteri mana yang paling baik dan yang mana pula paling tak berguna. Dia menyesal kerana memberikan kasih sayang kepada isteri yang tak sepatutnya dibelai.

Itu Cuma adalah kiasan sahaja. Isteri keempat adalah umpama harta benda kita. Kita amat sayang akan harta kita, malah kita bekerja bermati-matian mencari harta. Kita sanggup mati hatta mengumpul harta benda. Harta bendalah yang paling kita sayang tetapi ingatlah harta itu tidak mengikut kita ke dalam kubor. Sebaliknya bila kita mati, harta itu menjadi kepunyaan orang lain pula. Rugilah manusia yang mengabdikan diri kepada harta.

Isteri kedua umpama pangkat dan darjat. Ramai juga yang bekerja begitu kuat untuk mendapatkan pangkat dan gelaran. Ada bergelar Tun, Tan Sri, Datuk dan sebagainya dengan pembagai bintang disematkan dibaju. Tapi sayang apabila mati, pangkat dan bintang itu akan ditinggalkan. Pangkat dan bintang itu tidak dapat memberikan satu pun menfaat untuk kita di dalam kubor. Jadi bekerjalah dengan ikhlas tanpa memikirkan tentang pangkat dan gelaran yang tak kemana. Rugilah lagi manusia yang bermati-matian untuk pangkat.

Isteri ketiga umpama sanak saudara. Kita juga menyayangi mereka tetapi ingat, mereka juga akan kita tinggalkan sebaik sahaja jasad kita ditimbus di dalam kubor. Mereka bolehlah sekali sekala datang melawat kubor kita dan mensedekahkan fatihah dan yasin untuk kita. Mereka juga bolehlah berdoa untuk kita di alam kubor, tetapi mereka tetap kita tinggalkan.

Isteri pertama ialah amalan kita yang akan kita bawa kemana saja kita pergi hatta sampai kealam akhirat. Amalan kitalah yang akan membela kita di depan Allah. Amalan kitalah yang akan memberatkan timbangan dan memungkinkan kita dirahmati Allah. Tetapi berapa ramai di antara kita yang bermati-matian untuk beramal? Berapa ramai di antara kita yang sangup berjaga malam berqiamulail untu mengabdikan diri kepada Allah? Berapa ramai pula yang tak bakhil untuk menginfakkan harta kita di jalan Allah? Jawabnya tentu tak ramai. Tapi ingatlah, amalan kita yang kita kurang ambil perhatian itulah yang akan mengikut kita ke dalam kubor.

Jadi ambillah iktibar. Kurangkan mengejar harta dan pangkat, tetapi kejarlah dan berlumba-lumbalah untuk beribadat kepada Allah. Sesungguhnya dengki yang paling baik ialah dengkikan orang yang kuat beribadat dan ini mendorong kita untuk berlumba-lumba dengannya untuk menambahkan amalan kita.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut supaya makan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...