Friday, May 7, 2010

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh ku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak sauda ra buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-m as ing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah me! ndoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur di mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. ak an menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tid ak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dar i arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya mal! aikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila! gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal! maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaks ud :"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari! arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menu ju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari me re ka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wallahualam bissawab

Dalan kategori mana anda Dan benarkah!!!!!!!!!!! Unsur-Unsur WANITA!!

Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2)Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Si Comel, Si Manis, Si Jelita dan Si Andalusia

Si Comel, Si Manis, Si Jelita dan Si

Andalusia..hmmm..kepada siapakah gelaran-gelaran ini
selalu ditujukan? YA...ianya diberikan kepada makhluk
yang paling cantik, paling menarik, paling cun, paling
come-loteh di muka bumi ini...iaitu PEREMPUAN!!
(sorry guys, it's a fact!)

Biarlah saya cuba kupaskan tentang gelaran-gelaran
ini. Kita mulakan dengan SI COMEL dulu.

SI COMEL dalam konteks ini saya tujukan kepada seorang
budak perempuan. Semasa kecilnya, PEREMPUAN memang
comel. Berambut panjang, ditocangkan dua, berbedak
putih, tersenyum dengan giginya yang kecil-kecil dan
tersusun rapi. Bergaun kembang, bersuara lunak manja
dan kewangian badan mereka yang dipenuhi oleh haruman
bedak bayi memang tak jemu bagi si dewasa mencium
mereka. Keletah mereka yang mencuit hati, suka merajuk
dan teramat manja, selalunya menjadi daya tarikan
paling kuat untuk menjadi permata dihati ayah bonda.

SI MANIS pula bagi pandangan saya, lebih manis
ditujukan kepada gadis belasan tahun. SIfat-sifat
anak dara mula terserlah dalam diri mereka. Mereka
sememangnya manis dipandang, walau apa saja yang
dipakai oleh mereka, atau apa saja fesyen yang
digayakan, memang nampak menarik sekali. Kecantikkan
mereka mula terserlah dan kesopanan mereka terpamir.
Sifat manja dan kadangkala sedikit keanak-anakan masih
lagi menjadi sebahagian dari diri mereka. Berada
dialam belasan tahun ataupun alam fantasi ini memang
indah bagi PEREMPUAN, senyuman, lirikan mata,
kecantikkan dan sifat manja mereka selalunya menjadi
tarikan teruna. Teringat saya kepada lagu Si Manis 17!

SI JELITA pula saya tujukan kepada PEREMPUAN yang
sudah berada di alam 20-an hinggalah pertengahan
30-an. Mereka semakin matang didalam usia begini.
Mereka berpelajaran, berkerjaya, penuh keyakinan,
cantik dan bergaya. Mereka bukan lagi gadis belasan
tahun yang lebih terpersona dengan ketampanan teruna,
tetapi mereka ditahap ini melihat lelaki dengan
citarasa berbeza. Berpelajaran, bijaksana, berkerjaya
stabil, berwawasan dan berperadaban tinggi selalunya
menjadi motif/subjek utama dalam mendefinisikan lelaki
idaman. PEREMPUAN pada tahap ini sudah mula
merencanakan kehidupan untuk hari mendatang, mula
menyimpul angan membina istana impian bersama jejaka
idaman. Pada umumnya, PEREMPUAN yang berada didalam
lingkungan umur-umur sebegini dikatakan berada pada
tahap yang paling sesuai untuk lebih serius mencari
pasangan hidup.

Namun, tidak semua perempuan dapat menrealisasikan
impian mereka untuk berpasangan didalam umur-umur
sebegini. Adakalanya, disebabkan tuntutan-tuntutan
sampingan, impian mereka kadangkala tersasar.
Tersasarnya impian mereka ini bukanlah kerana
kekurangan yang ada pada mereka, tetapi mungkin
faktor-faktor lain. Antaranya ialah mungkin
pengorbanan masa yang dilakukan semasa proses menuntut
ilmu, bebanan kerja pejabat yang memerlukan komitmen
yang tinggi, sifat mereka yang gemar mengejar
cita-cita dan juga sifat penyayang dan
bertanggungjawab membantu keluarga.

Apabila umur mereka sudah melepasi tahap umur yang
sesuai untuk berumahtangga, maka timbullah
gelaran-gelaran yang entah dari kamus mana dijumpa,
secara senang-lenangnya digunakan secara meluas oleh
masyarakat-masyarakat yang nakal untuk mendefinisikan
PEREMPUAN-PEREMPUAN yang lewat berumahtangga,spt.
ANDALUSIA, ANAK DARA TUA, ANDARTU, LADY OF EXPIRY,
OVER CALENDAR LADY dan bermacam gelaran-gelaran lagi.

Pada zamannya dulu, perempuan yang berumur 19
tahun sudah dianggap anak dara tua, sebabnya
kebanyakkan perempuan-perempuan dimasa itu (tahun
1930-an) berkahwin didalam umur 12 hingga 15 tahun.
Masyarakat cina dahulu kala, akan memaksa anak perempuan mereka
berkahwin selepas sahaja anak mereka mengalami haid
pertama, yakni diawal belasan tahun, dan mana-mana
perempuan yang tak dapat mendapat jodoh selepas haid
pertama mereka, akan digolongkan sebagai anak dara
tua.

Masa dan keadaan akan merubah tahap umur untuk
mendefinisikan gelaran-gelaran ini. Hari ini, jika seseorang perempuan yang
berumur 30 tahun belum berkahwin, saya tidak boleh
mengatakan mereka ini ANDALUSIA, kerana rata-rata
wanita hari ini berpelajaran dan bekerjaya. Dan untuk
berpelajaran, mereka perlu mengorbankan beberapa tahun
hanya untuk bercinta dengan buku-buku pelajaran. Jadi
masa untuk bercinta dan bermain perasaan dengan
manusia terpaksa dikorbankan.

Itu hanya pendapat saya sahaja, tetapi mungkin
pendapat ibu-bapa, sanak saudara, rakan taulan mereka
sedikit berbeza. Selalunya apabila umur perempuan
memasuki pengakhiran 20-an, ibu-bapa dikampung sudah
mula bersuara..pantang bersua, memang soalan cepumas
yang ni menjadi tajuk utama...Dah ada boyfriend ka?
Sekarang dok kawan dengan sapa? Bila nak itu, bila nak
ini..?? Alahai...memang jenuh nak menjawab..

Kebanyakan mereka menarik,berpelajaran tinggi,
berkerjaya bagus dan matang dalam
membuat keputusan. Apabila ditanyakan tentang
jodoh dan pasangan hidup, mereka secara jujur
memberitahu, apabila usia sudah melewati 30-an,
peluang bagi mereka seolah-olah semakin nipis, sebab
kebanyakkan lelaki lebih gemar mencari wanita muda
untuk dijadikan pasangan. Tetapi mereka tidaklah
gusar atau bersusah hati, kerana kedudukan keewangan
dan kerjaya yang sudah stabil, tanpa pasangan hidup
yang bernama lelaki pun, mereka boleh berdikari. Dan
kebanyakkan dari mereka ini bijak mengumpulkan harta
dan membuat pelaburan untuk masa depan, seperti
mempunyai kereta sendiri, rumah sendiri dan ada yang
pandai bermain saham dan mempunyai polisi insuran yang
tinggi. Cuma yang menjadi masalah ialah ibubapa dan
kaum keluarga saja!!

Mereka berfikiran matang, penuh tanggungjawab dan
penyayang. Mereka tidak lokek memberi bantuan.
Mereka senang diajak berbicara dan bernas ketika
mengemukakan idea. Mahir membuat kerja-kerja rumah,
kebanyakkan mereka pandai memasak dan juga ada
diantara mereka sudah melengkapkan diri untuk menjadi
isteri yang sempurna. Ini kerana mereka mempunyai
banyak masa untuk menuntut ilmu; samada ilmu dunia,
ilmu akhirat dan ilmu rumahtangga.

Dan wanita-wanita sebeginilah yang sepatutnya
dijadikan pilihan utama para lelaki untuk dijadikan
isteri. Dan jika ditakdirkan mereka ini menjadi
isteri yang bukan isteri pertama sekalipun, mereka ini
pada hemat saya, tidak tamak, tidak banyak kerenah
kerana mereka ini sememangnya menyenangkan, matang dan
bijak berfikir!

Apabila ditanyakan sekiranya mereka disunting untuk menjadi
bukan isteri pertama....sepantas kilat mereka
menjawab:

"Kau ingat lelaki yang nak pasang satu lagi tu, yang
memberi alasan nak ikut sunnah ler, nak membela wanita
ler, nak mengurangkan jumlah wanita yang belum
berkahwin ler dan 1001 alasan yang dikemukakan bagi
membolehkan mereka nak tambah cawangan tu...
sebenarnya; tak ada nak cari pompuan macam kita orang
ni, semuanya gemar mencari yang muda dan bergetah je,
lagipun nak jadi bini spare ni, entah senang entahkan
tidak, sekarang ni senang-senang boleh makan pizza,
nanti bila kahwin senang-senang je makan hati, ..SORRY
LER, BUANG KAREN je.." wow..thumbs up girls!
he,he,he..

The Miracle of Friendship

I like the last one....


The Miracle of Friendship

A friend is someone we turn to
When our spirits need a lift

A friend is someone we treasure
For our friendship is a gift.

A friend is someone who fills our lives
with beauty, joy, and grace

And makes the world we live in
a better and happier place.

There is a miracle called friendship
that dwells in the heart.
You do not know how it happens
or when it gets its start.

But you know the special lift
it always brings.
You realize that friendship
is God's most precious gift!

No matter how often you talk, or
how close you are,and send it to the person who sent it to you!

Let old friends know you haven't forgotten them, and tell new
friends you never will.

Remember, everyone needs a friend! Some day you might feel like
you have NO FRIENDS at all -- just remember this word and
take comfort in knowing somebody out there cares about you and
always will...

Keep smiling

BERKORBAN ITU INDAH

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana
pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun
menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.
"Apa khabar daun hijau," katanya.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.
"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah
engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.
"Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku
memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan
tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."
"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun
hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si
ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh
kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia
dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi
kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang
dan dibakar.

Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan
berkorban sedikit sahaja bagi sesama?
Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang
tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran.
Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika
sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu
untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan
diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama
memang tidak mudah, tetapi indah.
Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang
berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita
akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang
mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia
melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia
lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak
akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan
kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita
akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan
baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan
kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan
membawa sukacita tersendiri bagi anda Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,
memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan
yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan?
Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau
menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

what women really mean

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia
yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali
gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya, terutama sekali apabila dia sedang
mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa
anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak
dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan
berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar,
jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.


TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-
jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan
perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat
dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan
memulakan pergaduhan yang akan bertahan
selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si
perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA'
dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang
awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan
mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit
diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia
akan bercakap kembali dengan anda dalam
masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi
kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia
merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika
itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh
mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH
YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa
puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam,
jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan
kekal puas.


OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya
seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH'
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum
dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah
menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH'
selalunya digunakan dengan 'FINE'
bersama 'Kening Yang Terangkat'.


BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat,
anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan.
Seorang perempuan memberi anda peluang untuk
mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas
apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai
peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-
hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.


TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih.
Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang
perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah
terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang
anda telah menyinggung perasaannya dan akan
diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati
untuk tidak bertanya apa yang salah
selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya
akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...