Monday, March 29, 2010

ARISA

Bahan-Bahan


1 ekor ayam (dibuang kulitnya)
2 mangkuk air
½ biji buah pala
1 tin oats kecil
1 ½ cawan minyak jagung/minyak sayur
1 cawan kacang pis
3 batang cili merah (dihiris)
2 batang daun sup dan daun bawang (dihiris)
½ sdt garam

Cara Cara

• Rebuskan ayam bersama dua mangkuk air dan ½ biji buah pala dan sedikit garam secukup
• rasa.
• Setelah empuk ayam, diangkat dan ditoskan ayam tadi. Kemudian disiat-siatkan isinya dan
• dikisarkan kasar sedikit.
• Air rebusan ayam tadi dipanaskan lagi hingga mendidih, setelah mendidih masukkan oats
• dan kacau masak dan sebati.
• Setelah masak oats tadi, masukkan isi ayam, minyak dan jagung gaul hingga rata dan pekat.
• Apabila nampak ianya bergetil dan diangkat dituangkan kedalam mangkuk kaca dan tekan
• sehingga rata.
• Taburkan kacang pis, lada merah, daun sup dan daun bawang diatasnya.

"jual anak RM2,000" itukah nilainya

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak.
 
Setiap hari kita dikejutkan dengan berita pembungan bayi dan juga pemerdagangan kanak-kanak. Masyarakat kita semakin hari semakin lalai sehingga sanggup melakukan perbuatan keji tersebut. Terbaru kita dikejutkan dengan niat seorang bapa untuk menjual anak kandungnya dengan harga RM2000. Adakah itu nilainya amanah yang diberikan kepada kita. Apakah berbaloi kesakitan seorang ibu melahirkan bayinya jika dibayar duit sebanyak itu. Sebelum ini, kita telah digemparkan dengan penderaan demi penderaan bayi dan kanak-kanak. Apakah kesalahan mereka ini. Akhbar kita juga pernah menyiarkan bayi dibakar di dalam tong sampah.
 
Apakah mereka ini tidak insaf? Ingin menambah noda dosa pada diri mereka? Di mana silapnya. Adakah ibu bapa kepada perlaku yang patut disalahkan. Atau adakah mereka dipengaruhi kawan-kawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...