Saturday, March 27, 2010

Linux- Ubuntu

sebut jer sistem pengoperasian, mesti org sebut microsoft window. hatta org tak tau apa itu os, tapi jika sebut window semua tau. Linux merupakan salah satu operating sistem yang ada. sistem ini adalah perisian sumber terbuka. namun jgn silap tafsiran, open source bukan bermaksud free kerana ada juga OS linux yg memerlukan lesen untuk kegunaan interprise. Namun ubuntu merupakan perisian kegunaan yang 100% percuma untuk diguna. TAPI jika anda perlukan bantuan teknikal, anda perlu membayar untuknya (buang air pun bayar, apa lagi mintak org tlg kita).

Bagi aku ubuntu cukup mudah untuk diguna kerana ia menggunakan antara muka seperti os window. cuma anda perlu biakankan dengan os ini untuk lebih pengalaman.

untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang (laman web ler tu) http://www.ubuntu.com
aku akan cerita lebih lanjut pasal ubuntu next time sebab kubuntu sekarang

Lilin

Sejak dari kecil kita ditanya bila besar nak jadi apa. X semua apa yang kita cakap semasa sekolah dulu menjadi kenyataan. Ada juga mendapat lebih dari itu. Aku masih ingat zaman sekolah cikgu tanya bila besar nak jadi apa. Jawapan fames aku time tu cikgu. sbb aku time tu x pandai dan dlm family aku x der yang keja besar2. Aku masih ingat Cikgu yang berjaya mendidik aku sehingga berjaya dan panadai menbaca. Cikgu Mahiran, haha tu la nama cikgu yg ajar aku membaca semasa aku darjah 5. Masa aku sekolah dari darjah 1 hingga 3, x der cikgu yang ajar aku membaca betul2. heheh time tu aku x penah masuk tadika. so bila masuk darjah satu terus x dpt membaca cam kawan2 lain.

Cikgu2 skrg perlu mempunyai semangat spt cikgu mahiran. Bukan jadi cikgu sbb x der kerja. Mendidik anak bangsa bukan satu kerja yg mudah. tapi jika guru2 muda mempunyai keazaman dan keikhlasan. Kerja ini akan menjadi sgt mudah.

guru ibarat lilin. bukan semua org snggup berkorban

Laksamana Hang Nadim

In Sejarah Melayu, Hang Nadim was a Malay boy of great wisdom who saved Temasek, now called Singapore, from attack by shoals of swordfish, attacks which cost many indigenous Malays their lives. It is mentioned in the traditional accounts that the attack was a curse because the reigning Sri Maharaja had ordered the death of a pious man called Tun Jana Khatib. The name Khatib Camp off Sembawang Road,Singapore is derived from this name. It is said that Khatib Camp is where the execution of Tun Jana Khatib took place.To fend off the attacks, Hang Nadim advised the ruler of Temasek, the Sri Maharaja to build a wall of banana stems along the shores of Temasek. The effort was successful as the swordfishes' snouts were trapped by the barricade of banana stems.

Also well known is Laksamana Hang Nadim, the son of Hang Tuah and a Malay warrior who on several occasions tried to recapture Melaka (Malacca) from the Portuguese.

Laksamana Hang Nadim was a warrior of the Johor-Riau during the Portuguese occupation of Melaka. After the fall of Melaka to the Portuguese in 1511, Sultan Mahmud withdrew from Teloh Naming to Ulu Muar, then settled in Pagoh and Bentayan. Sultan Mahmud and his descendants built up the Johor Sultanate as the basis of Johor-Riau Empire based in Johore, the Riau Islands, Pahang and all those parts of the old Melaka Sultanate which was not occupied by the Portuguese. Although Melaka had fallen to the Portuguese, Sultan Mahmud and his son Sultan Ahmad had continuously sent his army to attack the Portuguese in Melaka from 1511 till 1526. Sultan Mahmud died in Kampar, Sumatra in 1528 and was known as Marhum Kampar.

When Laksamana Khoja Hassan died, Hang Nadim was appointed as the new Laksamana. Hang Nadim assisted Sultan Mahmud in the two attempts he made to recover his throne in 1519 and 1524.

In 1516, Hang Nadim attacked Melaka with the hope of recapturing it from the Portuguese, but the attack was unsuccessful. In 1524, Hang Nadim also besieged Melaka in the hope of preventing food reaching the town. The Portuguese were relieved by reinforcements from Goa.

Hang Nadim proved his leadership and heroism by defeating the Portuguese when they attacked Bintan and Kopak. His gallantry was highly esteemed by the Malays and the repeated attacks he mounted on the Portuguese weakened their fighting spirit and badly damaged their trade in Melaka.

Laksamana Cheng Ho

Cheng Ho atau nama islamnya Haji Mahmud Shams (1371 - 1433), adalah seorang pelaut dan penjelajah china yang terkenal dalam melakukan beberapa penjelajahan antara tahun 1405 hingga 1433.

Cheng Ho adalah seorang sida Muslim yang menjadi orang kepercayaan Maharaja Yong Lee (berkuasa tahun 1403-1424) yang merupakan maharaja ketiga dari Dinasti Ming. Nama aslinya adalah Ma He, juga dikenal dengan sebutan Ma Sanbao, berasal dari daerah Yunnan. Ketika pasukan Ming menaklukkan Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dijadikan orang sida. Ia adalah seorang bersuku Hui, suku bangsa yang secara fisik mirip dengan suku Han, namun beragama Islam.

Cheng Ho berlayar ke Malaka pada abad ke-15.

Pada tahun 1424, maharaja Yong Lee meninggal. Penggantinya, maharaja Hongxi (berkuasa tahun 1424-1425, memutuskan untuk mengurangi pengaruh sida di dalam kerajaan. Cheng Ho melakukan satu ekspedisi lagi pada masa kekuasaan maharaja Xuande (berkuasa 1426-1435).

Cheng Ho melakukan ekspedisi ke beberapa negara di Asia dan Afrika, antara lain:

* Vietnam
* Taiwan
* Malaka - Malaysia
* Sumatra - Indonesia
* Jawa - Indonesia
* Sri Lanka
* India bagian Selatan
* Persia
* Teluk Persia
* Arab
* Laut Merah, ke utara hingga Mesir
* Afrika, ke selatan hingga Selat Mozambik

Kerana beragama Islam, para sahabatnya mengetahui bahawa Cheng Ho sangat ingin melakukan Haji ke Mekkah seperti yang telah dilakukan oleh almarhum ayahnya, tetapi para arkeologi dan para ahli sejarah belum mempunyai bukti kuat mengenai hal ini. Cheng Ho melakukan ekspedisi paling sedikit tujuh kali dengan menggunakan armada kapalnya.

Armada ini terdiri dari 27 000 anak kapal dan 307 kapal laut. Ia terdiri dari kapal besar dan kecil, dari kapal bertiang layar tiga hingga bertiang layar sembilan. Kapal terbesar mempunyai panjang sekitar 400 kaki atau 120 meter dan lebar 160 kaki atau 50 meter. Rangka layar kapal terdiri daripada buluh china. Selama berlayar mereka membawa pelbagai bekalan termasuk binatang seperti lembu, ayam dan kambing yang kemudian dapat disembelih untuk kegunaan anak kapal selama di perjalanan. Selain itu, ia juga membawa begitu banyak buluh china sebagai alat ganti rangka tiang kapal dan juga tidak ketinggalan membawa kain Sutera untuk dijual.

Majalah Life menamakan Cheng Ho sebagai orang ke-14 terpenting dalam milenium terakhir. Perjalanan Cheng Ho ini menghasilkan Peta Pelayaran Cheng Ho yang mampu mengubah peta pelayaran dunia sehingga abad ke-15. Dikatakan terdapat 24 peta pelayaran mengenai arah pelayaran, jarak di lautan, dan berbagai pelabuhan.

Cheng Ho adalah penjelajah dengan armada kapal terbanyak sepanjang sejarah dunia yang pernah tercatat. Juga memiliki kapal kayu terbesar dan terbanyak sepanjang masa hingga saat ini. Selain itu beliau adalah pemimpin yang arif dan bijaksana, mengingat dengan armada yang begitu banyaknya beliau dan para anak buahnya tidak pernah menjajah negara atau wilayah dimanapun tempat para armadanya berlabuh.

Hang Jebat

Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.

Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Di Langgar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.

Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...