Thursday, March 25, 2010

Hujan

Hari ni aku keja di Jalan Duta lagi. Bermakna rentetan aku menempuh jem masih belum berakhir. tapi hari ni amat parah ler sebab aku kena p opis di Putrajaya pada sebelah pagi and than baru bertolak ke Jalan Duta. Di situ bermula rentetan jem yang aku tempoh bermula dari rumah, di Putrajaya dan Jalan Duta.

Balik plak aku kena p opis dulu untuk drop member opis yang lain. So rentetan jemnya bermula ler. Tapi petang nie hujan sangat lah lebat. jarak aku nampak x jauh, aku nampak beberapa buah kereta di depan sahaja dan di tambah plak dengan petir. Time kat jalan istana, ada sebatang pokok kena panahan petir. Aku bersyukur ler x naik moto p jalan Duta.

Duit online

pada masa kini kita kerap kali menerima email atau jemputan dari seseorang yang menawarkan peluang mendapat duit melalui online. Namun adakah ini rialiti atau angan-angan sahaja.

sepanjang aku mengikuti (tak join pun) perkembangan duit online nie, tak pernah aku dengar orang yang betul2 dapat. yang hilang duit lagi ramai la. Sekarang terdapat pelbagai tools yang boleh diguna untuk membuat penipuan digital. Contoh gambar cek yang dipaparkan di laman-laman web adalah diragui. gambar sebegitu boleh di buat dengan tools yang banyak terdapat di internet.

Namun apa yang penting anda jangan tamak sehingga sanggup percaya kepada penipuan sebegini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...