Tuesday, March 23, 2010

records managements

rekod memang penting kepada semua orang. tanpa rekod, segala urusan agak pincang dan susah untuk dibuat. namun masih ramai yang mengabaikan pengurusan rekod yang teratur termasuk di pejabat-pejabat. Cuba bayangkan jika kita kehilangan dokumen penting negara tau pejabat kita, pasti perkara ini amat mebimbangkan.

Rekod yang ada pada masa kini telah pelbagai. semakin banyak rekod dalam bentuk maya wujud dan amat bernilai dan perlu disimpan. bagi rekod fizikal seperti invois, perjanjian, terma-terma atau apa sahaja dalam bentuuk fizikal, pasti ramai akan menyimpanya untuk suatu tempoh yang diperlukan. tapi adakah anda menyimpan rekod elektronik anda.

pada masa kini, telah wujud medium peyimpanan rekod atau dokumen secara elektronik yang dipanggil ERMS atau EDMS. Antara contoh aplikasi ERMS yang wujud seperti TRIM dan alfresco. namun sejauh manakah keberkesanan penggunaan aplikasi tersebut jika kesedaran terhadap kepentingan rekod masih tidak wujud.

apakah kaedah yang diperlukan untuk menyedarkan mereka2 ini?

Laksaman Bentan

Mengikut kitab hikayat Tufat n' Nafis, Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada sultan. Wan Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Wan Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Wan Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cermelang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.

Moral of storie: jaga isteri anda bukannya dera

Drive your life

sebut sahaja pasal internet. pasti terbayang di fikiran kita web site, facebook, friendster, mybank2u dan macam-macam online applications yang ada. bahkan ada juga yang cakap tak boleh hidup tanpa internet.

kita generasi kini cukup beruntung kerana buka mata jer da kenal internet. bayangkan generasi-generasi dulu macam mana. aku rasa kalau kita nak berkomunikasi pun masih hantar surat guna burung merpati. confirm KLCC tak terpacak kat KL. tapi penghantaran surat melalui merpati tu adalah antara teknologi mel yang ada di duni pada masa dahulu.

pada masa dahulu juga, masyarakat dunia menggunakan asap sebagai medium komunikasi. selain itu, antara kaedah komunikasi yang lain adalah seperti menggunakan kertuk, gong, telefon analog, talifon digital, ip phone, email, sms dan yang setiap orang ada melalui hand phone.

jika dulu penghantaran isyarat telefon hanya menggunakan cooper cable, namun sekarang kita telah beralih kepada medium fiber optik. peralihan ini berlaku apabila TM bekerjasama dengan kerajaan untuk melancarkan HSBB. dengan HSBB, komunikasi kita makin laju. bahkan industri mobile juga mendapat tempias dari perkembangan ini.

mungkin ramai yang hairan dan bertanya apa kaitan mobile dengan wired communication. dan tidak ramai yang tahu bahawa kamunikasi mobile kita boleh berlaku adalah kerana wired2 yang terhubung ini. secara teorinya, jika kita membuat panggilan, isyarat dari telefon kita akan dihubungkan dengan pemancar yang terdekat dengan kita. dan dari pemancar ini, isyarat kita akan di hantar ke ibu sawat menggunakan laluan cable. dari ibu sawat, isyarat tersebut akan di hantar ke pemancar penerima dan seterusnya telefon penerima. itu lah teori secara mudahnya.

dengan perkembangan internet juga. perkongsian dan proses pembelajaran juga bertambah baik. bayangkan sebelum zaman internet. jika kita ingin belajar sesuatu ilmu amat terhad, yang ada hanya melalui buku atau tempat2 pembelajaran. tapi pada masa kini ilmu hanya berada di hujung jari anda. terpulang kepada anda untuk mempelajarinya.

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

facebook

facebook sememangnya telah menjadi suatu kegilaan pada ari pama kini. ramai antara orang disekeliling kita da ada facebook atau dipanggil juga fb. tanya ler sape pun, mesti ada. hatta YB2 pun da pandai main fb.

aku tak tau lah macam mana mereka2 ini juga fb. tapi laman sosial ada pro and contra. ada juga yang juga fb hanya nak sebar fitnah, nak buat benda2 bodoh. namun terdapat juga yang guna untuk kebaikan, tapi apa pun atas niat kita macam mana nak guna fb tu.

berundinglah secara berhemah

perundingan tidak asing dalam kehidupan kita seharian. paling tidak kita pasti akan berunding dengan suami atau keluarga kita. Namun kadang kala kita salah kaedah membuat rundingan menyebabkan apa yang kita hajatkan tidak tercapai.Kerap kali juga kita dapat lebih dari yang diinginkan dalam rundingan yang kita lakukan.

Apa yang perlu kita titik beratkan dalam perundingan yang kita lakukan ialah bertolak ansur dan jagan sesekali menekan orang yang berunding dengan kita. dalam psikologi membuat perundingan, orang yang inginkan sesuatu perlu berlembut dan tidak terlalu formal. kaedah ini akan membuatkan orang yang memiliku sesuatu barangan yang kita inginkan cukup berlembut.

Kita selalu dengar perkataan "menang menang" dalam perundingan. Namun tidak ramai yang menerapkan perkataan ini dalam perundingan yang dilakukan. kadang kala kita terlalu teruja untuk mencapai apa yang kita inginkan sehingga kita terlupa pihak lain.

Faktor lain yang menentukan kejayaan perundingan adalah kumpulan dominan. kebiasaannya jika kita berada di dalam kumpulan dominan akan menyebabkan kita akan menggunakan apa sahaja untuk menjayakan perundingan kita. ini kadang kala akan memakan diri kerana pihak yang dirunding biasanya akan bertindak balas jika didapati tidak akan mendapat mafaat dari rundingan yang dilakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...