Thursday, December 2, 2010

Belajar dari keldai

Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, Ia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga perlu ditimbun (ditutup - kerana berbahaya); jadi tidak berguna untuk menolong si keldai. Ia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya. Mereka membawa skop dan mulai menyekop tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kesedihan. Tetapi kemudian, semua orang hairan, kerana tiba-tiba si keldai menjadi diam. Setelah beberapa skop tanah lagi dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang dengan apa yang dilihatnya.

Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh berskop-skop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.

Sementara jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, si keldai terus juga mengoncangkan badannya dan melangkah naik.

Segera saja, semua orang terpesona ketika si keldai meloncati tepi perigi dan melarikan diri!

Pengajaran:

Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepadamu, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari 'perigi' (kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan mengoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran, dan hati kita) dan melangkah naik dari 'perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai lonjatan.

Setiap masalah-masalah kita merupakan satu batu lonjatan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan sesekali menyerah! Goncangkanlah hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik !!!

Ingatlah aturan sederhana tentang Kebahagiaan :

1. Bebaskan dirimu dari kebencian
2. Bebaskanlah pikiranmu dari kecemasan
3. Hiduplah sederhana
4. Berilah lebih banyak
5. Berharaplah lebih sedikit
6. Tersenyumlah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...