Tuesday, December 7, 2010

AMBIL HATI BOS BARU

Jika kita berada terlalu lama di dalam sesebuah syarikat, pastinya majikan silih berganti. Ada yang mudah bekerjasama dan ada juga yang tidak sekepala. Pelbagai ragam majikan dan ragam anda boleh dilihat sepanjang bekerja dengan majikan yang sama. Ada yang cuba mengambil hati sehingga Nampak keterlaluan. Panduan di bawah mungkin berguna untuk anda.

1. Lihat dan belajar

Setelah diselami, pastikan anda mempunyai cara komunikasi yang terbaik untuknya sama ada untuk memberi kritikan atau pujian. Kaedah ini akan memudahkan anda untuk mengetahui masa yang terbaik untuk berkomunikasi dengan majikan baru.

2. Hulurkan bantuan yang diperlukan

Apabila bekerja dalam suasana baru, pastinya banyak perkara perlu dipelajari. Sebagai pekerja, anda perlu menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada majikan yang baru ingin mempelajari selok belok kerja. Tunjukkan proses kerja yang berlaku pada mereka. Ketelitian dan ketepatan fakta mengenai prose situ menunjukkan anda benar-benar melaksanakan tugas anda dengan baik. Impresi positif mula timbul pada pandangan majikan. Kemaskini setiap gerak kerja yang berlaku kepada majikan anda.

3. Terbuka menerima sesuatu yang baru

Bersedialah untuk menerima sebarang perubahan yang direncanakan majikan baru. Sebelum majikan baru mengambil alih kerja barunya, dia pasti sudah meneliti dan membuat kajian mengenai tugas barunya. Menjadi kepentingan kepada mereka untuk memperbaiki apa yang kurang dan mengekalkan apa juga kelebihan yang ada pada sesuatu organisasi itu.

Anda perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang dilakukan dan jangan sesekali merungut dan membandingbandingkan suasana dahulu dan kini. Mungkin anda juga boleh mempelajari sesuatu yang baru dan berjaya menggunakan kaedah yang diusulkan majikan baru anda.

4. Cuba dapatkan kepercayaan majikan

Apakata anda ringankan tulang dan meminta majikan anda menyediakan tugasan untuk diselesaikan. Curahkan kreativiti dan idea anda untuk menarik perhatian bos baru. Kesungguhan anda melaksanakan tuagsan yang diberikan pasti memberi impak positif untuk kedua-dua pihak.

5. Jangan guna taktik kotor

Istilah ‘bodek’ sungguh sinonim dengan pekerja yang baru menerima kehadiran majikan baru. Bagi sesetengah majikan yang tidak profesional, si kaki bodek mudah mendapat perhatian mereka. Tetapi, bagi majikan yang mementingkan professionalism, si kaki bodek pasti berhadapan dengan masalah tambahan pula anda sebenarnya hanya pandai membodek tetapi tidak pandai menguruskan tugasan.

6. Jangan rasa terancam

Kehadiran bos baru bukan untuk mengancam kedudukan anda di pejabat. Pasti ada pertikaian tersirat mengenai kehadiran bos baru. Sikap tidak profesional ini boleh menjatuhkan semangat anda sedikit demi sedikit. Cuba menerima kenyataan dengan hati terbuka. Keserasian bekerjasama dengan majikan baru mungkin boleh memberi impak positif untuk kerjaya anda pada masa akan datang pula.

7. Jangan berlagak pandai

Pengetahuan dalam diri anda boleh menjadi aset terbaik untuk anda menyesuaikan diri walau di mana sahaja berada. Namun, jangan gunakan kebijaksanaan itu secara keterlaluan kerana mungkin menimbulkan salah faham kepada majikan baru. Apabila anda ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu kerja, lebih elok jika ayat ini digunakan. “Saya akan mencari lebih banyak informasi mengenai tugasan ini” atau “Saya akan bertanya lebih lanjut mengenai tugasan ini dari …………”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...