Saturday, November 6, 2010

Saat ibu ingat saya tidak memandang..

Nak share artikel ni especially utk mereka yang telah bergelar/ bakal menjadi ibu bapa Insya-Allah ..




Anak2 kecil sedang memandang setiap tingkah laku anda dan mereka selalunya "buat apa yang anda Buat", dan tak semestinya "buat apa yang anda Cakap"..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu gantung lukisan pertama saya pada peti ais, dan secara tiba2 saya ingin membuat lukisan yang lain..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ayah memberi makan kucing yang sesat dan saya belajar bahawa berbuat baik kepada haiwan adalah perbuatan yang mulia..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu menyediakan kek kegemaran saya dan saya belajar bahawa perkara2 kecil dalam hidup boleh menjadi sesuatu yang sangat istimewa dalam hidup..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya dengar ayah berdoa, dan saya tahu wujudnya Tuhan untuk saya luahkan kata2 saya dan saya belajar untuk mempercayai Tuhan..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu menyediakan makanan istimewa dan memberinya pada seorang kawan yang sedang sakit, dan saya belajar bahawa kita semua perlu mengambil berat antara satu sama lain..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ayah memberikan masa dan duit untuk membantu orang yang tidak mempunyai apa2 dan saya belajar bahawa jika kita ada sesuatu, kita perlu memberi sedikit daripada apa yang kita ada pada mereka yang tidak memilikinya..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya dapat rasakan ibu mencium pipi saya tanda ucapan selamat malam dan saya berasa sangat2 disayangi..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ayah menjaga serta mengambil berat hal keluarga dan rumah, dan saya belajar bahawa kita perlu mengambil berat dan menjaga segala apa yang telah diberikan kepada kita..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, walaupun ketika ibu sedang menghadapi masalah, dan saya belajar bahawa saya perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab apabila saya sudah besar..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak air mata yang mengalir dari mata ayah dan saya belajar bahawa kadang2 apabila berasa sedih, tidak mengapa untuk kita menangis..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu peduli tentang saya dan saya ingin menjadi segala2nya yang saya boleh..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya dapat pengajaran yang paling penting dalam hidup iaitu untuk mengetahui cara2 menjadi seorang yang baik dan bermanfaat apabila saya sudah besar..



Saat ibu dan ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu dan ayah memandang kepada saya seperti ingin mengatakan

"Terima kasih atas segala2 yang kamu nampak saat ibu dan ayah ingat kamu tidak memandang"



p/s: Setiap orang dewasa mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kanak2 terutamanya ibu bapa....Cuba pikirkan apa yang kita selalu buat saat2 kita ingat anak kecik tidak memandang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...