Thursday, November 4, 2010

Minyak

This thing happens to my friend maybe 10 years ago. Masa dia tunggu SPM, sekarang dia bakal jadi bapa. Dia bersama 5 orang rakan ingin pergi memancing di Perak. Jadi mereka travel dari Selangor menggunakan Perodua Rusa.

Bila sampai near to Ijok, suddenly their van stop. Bila check they found out they out of petrol. Van tu stop betul-betul tengah hutan.

Takde rumah langsung berdekatan. The only house there, like fews kilometers away, atas bukit. So, all of them pergi ke rumah tersebut. Makcik yang buka pintu pelawa mereka masuk untuk minum-minum.

But they said they just nak pinjam phone to contact friend untuk hantar petrol. 10 tahun lepas remaja kampong mana pakai handphone lagi. Sadly, makcik tu cakap rumah dia takde phone. Tapi makcik ni pesan, jangan risau… nanti jumpa la minyak tu.

Then, dia bagi member aku sebotol air mineral kecil. Sambil jalan turun bukit mereka berebut minum air dari botol tu sampai habis. Tapi still pegang botol tu. Sampai dalam van, mereka campakkan botol tu dan plan nak tidor sampai siang. Jam lebih kurang 4 pagi. Suddenly, driver switch on kunci kereta, dan dia lihat meter minyak naik sampai full tank. Mereka semua terkejut tapi happy.

Dah memang perangai remaja bukan peduli so, they just continue their journey to Perak dan memancing. Then, they saw botol mineral tadi dah penuh semula. Tapi lepas minum sampai habis sekali lagi, botol tu kekal kosong.

On the way balik dari Perak, siang hari mereka lalu semula tempat van mereka rosak malam tu. Sekali lagi mereka terkejut kerana van tu rosak bukan tengah-tengah hutan, tapi tengah kampong. Ada banyak rumah disekeliling. Malam tadi mereka tak nampak, mereka cuma nampak sebuah rumah dan rumah tu dah ‘hilang’ di siang hari.
Atas bukit tu ada hutan belukar sahaja. Bila mereka berhenti dan cerita pada orang kampong tu, semua orang senyum je.

Iswara Biru

Ini cerita yang agak terkenal bagi mereka yang tinggal di sekitar federal highway, Old Klang Road, Sungei Way, PJ area-area sekitar.

Kebetulan, 5 years ago member aku pergi jumpa bomoh untuk berubat, then dia berjumpa dengan seorang pemuda yang juga datang berubat. Pemuda ini cuba nak halau hantu yang ‘jaga’ kereta dia. Jadi member aku dapat cerita ini dari mulut mangsa sendiri.

Cerita ini akhirnya menjadi cerita hantu popular. Ceritanya begini…. Semasa pemuda tu lalu federal highway sekitar PJ di waktu maghrib dan hujan renyai dia ternampak ada seorang kakak sedang dukung anak berjalan kaki. Pemuda ini kesian dan berhenti dan ingin membantu.

Akak tu bagitau dia nak tumpang sampai area Sunway. Pemuda ini setuju untuk hantarkan. Akak dan anaknya duduk belakang, kerana menurut dia anaknya akan ganggu pemuda ini memandu.

Semasa akak tu duduk seat belakang, pemuda tu tidak nampak jika melihat menggunakan rear mirror. Tengok ikut cermin memang tak nampak, tapi bila dia toleh akak tu ada. Dia dah rasa pelik, tapi still buat tak tahu kerana dia percaya niat baik dia tidak akan dapat balasan buruk. Karma. Then, bila hampir sampai ke bus stop yang akan tu nak turun, baby dalam pangkuan kakak tu menangis. Then, akak tu minta pemuda ini belikan sedikit air atau roti.

Mungkin anaknya lapar, kerana dari pagi tidak jamah makanan. Pemuda yang baik hati ini terus memandu sampai ke petrol station. Dia turun belikan sedikit minuman dan roti, lepas tu dia panggil pekerja petrol station tu tengok kereta dia. Adakah mereka lihat perempuan dalam kereta dia? Semua pekerja Shell tu cakap kereta dia kosong. Seat belakang kosong. Memang pemuda itu pun nampak dari luar kereta dia kosong. Then, bila dia buka pintu untuk masuk dia nampak akak tu tersenyum. Dia tutup semua pintu dan sekali lagi lihat dari luar dan panggil pekerja Shell untuk lihat dari dekat.

Sememangnya kelihatan tiada sesiapa didalam kereta. Kemudian pemuda tu memberanikan diri masuk kereta dan minta akak tu tolong turun kerana ada masalah. Akak tu kelihatan marah dan terus lesap dihadapan mata dia.

Semenjak hari tu, pemuda tu akan dapat lihat akak tersebut di seat belakang kereta dia bila waktu malam. Dah macam-macam cara pemuda tu cuba, mandi bungakan diri dia, mandi bungakan kereta dia. Jampi serapah, panggil bomoh, ustaz dan ramai lagi. Hilang 2-3 minggu kemudian akak tadi akan muncul semula. Aku dengar kereta Iswara Biru tu dibuang begitu sahaja. Bila cerita ini makin popular dan ramai yang hafal plate nombornya, nobody dare to use that car. Salesman pun tak berani nak jual.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...