Saturday, November 6, 2010

lelaki

Rahsia #1


Apabila seorang lelaki benar-benar sukakan anda, mereka suka mengacau anda, perli-perli dan mengata-ngata anda. Buat-buat benci, padahal teramat suka! Lebih kurang orang perempuan jugalah…hehehe


Rahsia #2

Sekiranya lelaki itu mencurahkan segala masalah yang dihadapinya kepada anda, lebih-lebih lagi tentang cinta. Dia sebenarnya memerlukan seseorang yang sanggup mendengar. Anda tidak perlu memberi cadangan. Juga jangan cepat merasa yang anda dikehendaki kerana perasaan dia di kala itu sebenarnya, tidak tentu arah. Waspadalah…



Rahsia #3

Jika seorang lelaki sanggup melepaskan wanita pergi, sanggup membiarkan dia bercinta dengan orang lain, dia sebenarnya lelaki yang benar-benar mencintai wanita itu. Dialah lelaki yang sanggup berkorban apa saja demi anda!


Rahsia #4

Bila lelaki meraung-raung marah dan menangis di depan wanita, itu maknanya dia benar-benar mahu meluahkan perasaannya. Jika dia marah, dia benar-benar marah dan jika dia bersedih dan menangis, itu maknanya dia benar-benar sedih.


Rahsia #5

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkannya lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorrylah girls…this is reality!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...