Saturday, November 6, 2010

“Kesiannnnnn…!”

“One thing tentang wanita yang cukup senang untuk lelaki dapatkan adalah rasa belas kasihan!”




Bila lelaki bercerita pada anda wanita, yang dia terseksa, jiwa merana kerana kekasihnya yang tidak menghormatinya langsung dan diperbodoh-bodohkan, hati anda berkata apa?




“Kesiannn…”




Apabila lelaki berkata, please lah jangan lah you buat diam macam ni, I tak tahan sangat, I rasa kehilangan you, I’m lonely sangat2.. Apa anda kata?



“Kesiannn…”



Apabila lelaki bercerita betapa susahnya mendapat kerja, hidup melarat seperti peminta sedekah, rasa seperti mahu mati…Hati anda longlai dan mulai berkata…



“Kesiannn…”



Apabila lelaki berkata, dia asal dari kampung, MC Donald, KFC…tak pernah masuk, tv pun black and white. Jadi, dia bukan setaraf dengan anda. Anda jauh lebih hebat darinya….anda pun terasa? Memang…



“Kesiannn…”



Kononnya duit habis kena beri kat isteri yang boros, now hidup susah…kena queen control! Katanya, “apalah nasib I ni, terhina rasanya dengan isteri sendiri” - anda yang single ni pun mulai rasa merasai keperitan hidup si lelaki yang sudah berkahwin tu. Saban hari, kisah sedih yang sama diceritakan… Hati anda mulai cair… Kata anda,



“Kesiannnnnn!”



KASIHAN WANITA! Bulat-bulat KENA TIPU, KENA KELENTONG!




You see…oleh kerana lelaki tahu akan kelemahan wanita inilah, semua situasi di atas dan banyak lagi situasi-situasi lain digunakan oleh lelaki dengan sengaja…inilah CARA menggoda wanita dengan mendapat belas kasihan dari mereka.


This is men’s DIRTY TRICKS! Wanita harus peka dengan tipu helah lelaki ini. Dan ada berbagai-bagai cara lagi. Ini baru sedikit tetapi yang ini pun sudah cukup untuk membuat kaum wanita lemah lutut, dan sanggup putus keluarga, hilang kawan, bergadai dan berhabis harta dan wang ringgit…all because “kesiannnn”


Sebenarnya, sudah berkali-kali cuba selamatkan wanita dari terjerat dengan manis mulut lelaki. Tetapi, kebanyakan wanita at this level. KERANA CINTA, it clouds their judgement. So, at this time kita cakap apa pun wanita tidak akan dengar. Frust!



==================================
Let me tell you a story :
==================================



Girl ni I gelarkan dia, Z lah. Z ni, very modern girl, outstanding, berkerjaya tinggi, higher educations, ayu dan cantik. Kalau dia nak kat I pun I nak kat dia hahaha…Lawa! Baik pulak tu…



The problem is, umur dia sudah lebih sedikit…going to be 30 tetapi masih single. Which is to me, that’s not really a problem. The real problem is….Z terlalu baik!!



Sebabkan terlalu baik itulah, dan kononnya setia kepada boyfriend dia itulah…dia masih menunggu boyfriend yang berjanji nak kahwin ni dari 8 tahun dahulu lagi! You see, how many years that she have lost? All her youth…hilang, all her beauty gone…just because??…. “Kesiannnn”



KASIHAN Z! Kerana sifat dia yang terlalu baik, kelemahan dia yang cepat kesiankan orang, Z sendiri yang merana….On top of that, why Z minta pertolongan dari saya? Kerana sudah 4 kali tangkap boyfriend dia tu curang!



Kali ke 4, baru nak cari pertolongan? Dan masih cakap,



“Tak apa sekali lagi dia buat baru I betul-betul tidak terima dia lagi!”



Hello?! Maknanya, balak dia tu…boleh curang untuk kali ke 5 lah kan? Adoi….nak jadi pemaaf pun, sekali sudah lah. Second time, curang jugak tu, time to get off!!



You all boleh imagine tak? Boyfriend dia curang, dia dapat tahu or dia tangkap…and then marah sekejap, and lelaki tu kata,



“I lonely, I frust you tak ada…sorry I tak buat lagi” ….bammm!

“Okay sayang, sayang jangan buat lagi ya…” Z punya jawab, adoi!



I tanya dia why you maafkan dia?



“Dia orang kampung, KFC pun dia tak kenal, Mac Donald pun tak pernah masuk…kesiannn kat dia. Dia sorang-sorang je kat KL ni”



Kemudian, the last time mamat ni curang, the 4th time tu kan. I’m very sure at this time…mamat ni dah terer, dah 8 tahun hidup di KL. So, bila kantoi kali ke 4… dia boleh buat-buat,



“I confused sebenarnya, sebab bukan I yang nak kat girl tu…girl tu yang duk pujuk-pujuk I, girl tu yang duk layan I, I tak nak kat dia…saja je gi keluar makan dan tengok wayang as friend”



Tapi why kantoi kat rumah? Sebab lu confused? Sebab kepala bawah tak ada otak?



Hahaha… adoi! TAPI yang paling KASIHAN WANITA YANG BERNAMA Z ….jumpa I nak minta tolong masalah cinta…BUKAN kerana balak dia yang sudah 4 kali kantoi, tetapi kerana nak tahu bagaimana nak handle minah yang kacau balak dia!



Mak ai…itu masalah yang dia nampak? Dia tak salahkan boyfriend dia pun! The girl yang mengayat balak dia yang dipersalahkan. Kesian Z, she’s so naive! Hidup dalam kepura-puraan, in denial. Dia tidak mahu menerima yang boyfriend dia ni JAHAT, PENYANGAK, KAKI POMPUAN!



So, wanita sebegini…sebenarnya terlalu ego dan sudah tidak dapat ditolong lagi. Berkali-kali dicurangi, dibohongi tetapi masih menerima lelaki yang tidak seberapa mana tu pun.



Bukan hensem, bukan kaya, bukan baik… ALL hanya kerana boyfriend dia ni pandai berlakon innocent. Depan dia macam budak baik yang tak pernah keluar rumah!



At the end of kisah Z ni, I did give a great advise yang I rasa ramai yang telah I bantu dan berjaya. Caranya, simple je.



I minta dia jadi WANITA MAHAL. Mahal dalam semua segi, no calls, no sms, for few days, avoid dari jumpa dia, avoid menolong dia, avoid bagi pinjam duit, avoid semua! Biar dia yang call, tu pun jangan angkat dulu. Leave him for a week at least! And he will come to you…he will menyerah kat you, kalau dia betul-betul sayangkan you dia akan sujud you I’m very sure. Percayalah!



Jika dia tak datang, maknanya dia bukan lelaki untuk you, dan dia bukan nak kat you sangat. So, move on! Tinggalkan kehidupan you dengan dia.



Then dia tanya I, nak mahal sampai bila?… I jawab, jadi MAHAL sampai bila-bila!



“Eh takkan macam tu, kesian la kat dia!” - You all tengok jawapan dia…adoi, sibuk fikirkan orang, diri sendiri merana sampai dah nak masuk 30, tak fikir langsung.



At last dia buat exactly macam I suggested…and you know what, hanya dalam 1 hari… mamat tu memang datang menyerah kat dia balik, menangis-nangis. BUT my advise apa?



Jangan bagi muka lagi dan MAHAL sampai bila-bila!



Tapi Z, dalam 1 hari tu lah juga dia terima boyfriend dia tu dan memaafkan segala-gala perlakuannya. Z did call me and tells me what she did…siap tolong bagi alasan kat mamat tu lagi, katanya, boyfriend dia dah berubah…dan berusaha kuat untuk memenangi hati dia, dan sudah tidak keluar dengan girl lain. Kesian kat dia merayu-rayu kat I, I tak sampai hati…



“Dalam 1 hari, berusaha kuat?!!… at least sebulan dia merayu, dan melakukan apa sahaja untuk dapatkan you, that barulah boleh consider!”

My last words to Z, “You’re making the same mistakes, over and over again!”



- and true enough, tak sampai seminggu, Z contact I, cakap balak dia buat hal balik and minta my advise again. I said,



“Sorry Z, unlike you, I dont do the same mistake twice!”



Minta maaf la kan, once I help… I expect you to help yourself. Tapi you sendiri, tidak mahu membantu diri you…you dont expect anyone to help you again la…pity you! And kasihan Z, KASIHAN WANITA… namun, apa lah guna kita kasihankan mereka, jika mereka sendiri tidak kasihan kan diri mereka sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...