Saturday, November 6, 2010

Dekatkan Diri Dengan Orang Bermotivasi

Mendekatkan diri dengan orang bermotivasi amat penting buat Anda. Orang bermotivasi biasanya ada sesuatu yang mahu dicapai.

Mungkin dia mahu berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya atau berjaya sebagai sebagai seorang insan cemerlang dalam keluarganya.

Apabila Anda dekat dengan dia, secara tidak langsung aura motivasi yang terpancar dari tubuh badannya akan meresap masuk ke dalam diri Anda. Semua ini berlaku tanpa Anda sedari.

Minda Anda akan dipengaruhi oleh gelombang mindanya. Getaran gelombang minda orang bermotivasi ni amat kuat sebab mindanya terfokus pada satu arah sahaja – mencapai kejayaan.

Minda orang tidak bermotivasi getarannya tak kuat sebab mindanya fokus pada banyak perkara pada satu masa.

Ini menyebabkan mindanya bercelaru, lantas menjadikan gelombang mindanya juga bercelaru hingga menjadi seperti bercabang-cabang. Frekuensi getaran mindanya juga sering berubah-ubah sebab kecelaruan yang berlaku di fikiran.

Cari orang yang mahu berjaya kemudian dekatkan diri dengannya. Perhatikan kata-katanya sepanjang masa.

Jika dia seorang yang sentiasa bersemangat dan sentiasa berkata baik-baik serta selalu bersangka baik terzahir di dalam percakapannya, maka dia adalah orang yang perlu Anda dekati. Anda kena ‘tangkap’ cepat sebab orang begini susah nak dijumpai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...