Saturday, November 6, 2010

Bahasa menunjukkan Bangsa

Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh,
“Bahasa menunjukkan Bangsa tau”
Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa…
Bangsa kurang ajar - “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!”
Bangsa sombong - “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau”
Bangsa suka menghina - “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa”
Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus…

So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang perkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb!

Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb
Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je, tahan lah ya.” - tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu…
BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan.

You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita.

Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke?

Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana?

Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan.

Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana katakan, jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita!

You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul.

Like I said, “First Impression, Last!” - maknanya, Pandang Pertama itulah yg akan diingati sampai bila-bila. - Dari jauh kita lihat cara penampilan dia…pakaiannya yang smart dan sopan. Lalu terdetik di hati… wow, lawanya or hensemnya dia…So dari cara berpakaian dan penampilan membuatkan seseorang tertarik pada kita dari jauh.

Kemudian apabila berdepan, cara pergaulan dan pertuturan serta bahasa yang kita gunakan yang menambat hati dia pula. Di sini faktor dalaman kita mempengaruhi kepandaian kita bertutur dan bergaul serta bijak mengambil hati kawan-kawan dan orang ramai. Dari sinilah ianya menjadi ukuran orang-orang di sekeliling kita, adakah kita boleh menjadi seorang yang mempunya Personaliti yang terbaik menarik dan diingati forever!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...