Monday, November 15, 2010

Bertudung tapi Bertelanjang

sumber:http://mediasiber.com/head-shot-kepada-kaum-hawa/


Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur Yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang ‘gitu-gitu’
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa ‘kelas’
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Thursday, November 11, 2010

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif adalah:

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.

Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.

Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.

Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.

Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.

Orang berjaya suka bercakap pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.

Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.

Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!.

Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.

Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Menangani stress dengan cara lalu dan buat

Salah satu cara menangani stress adalah dengan melalui (get trough) perkara yang membuat kita stress.

Contohnya, jika kita stress sebab kita banyak kerja, cara untuk menangani stress adalah dengan buat saja kerja tu. Usah tidak berbuat apa-apa simply sebab kita stress, itu akan membinasakan kita.

Kunci untuk menangani stress adalah dengan “get trough it”. Lalu dan buat.

Usah melawan stress, tapi fokuslah pada melaluinya dengan emosi yang ditenangkan.

Damaikan jiwa, tenangkan hati, teruskan bekerja.

Lama-kelamaan stress berkurang dengan sendirinya sebab fikiran kita tidak lagi terfokus pada stress.

Jika kita stress sebab tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah cinta, fokuslah pada penyelesaian, bukan pada perkara-perkara yang membuat kita stress.

Makin kita fokus fikiran pada perkara yang men’stress‘kan kita, makin tertekan kita jadinya.

Jangan lawan satu perkara dengan perkara yang sama, akibatnya kita akan kalah jua.

Apabila kita selalu memikir stress, kesannya kita akan dapat lebih banyak stress.

Sebaiknya, lawan satu perkara dengan perkara lain.

Jika stress, lawan stress dengan memfokuskan pada ketenangan.Ibarat melawan api dengan menyimbah air.

Apabila merasa tertekan, bawak bertenang, latih diri supaya berada di dalam zon ketenangan.

Kesannya, kita akan menemui ketenangan lantas membuat stress menghilang sedikit demi sedikit.

Wednesday, November 10, 2010

Bermatlamat Tangga Kejayaan

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!

Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.

Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.

Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.


Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)

Sumber: www.iLuvislam.com

Tuesday, November 9, 2010

Bagaimanakah anda menilai pekerjaan anda?

Artikel di atas dipetik dari buku MENILAI POTENSI SEBENAR ANDA terbitan Perintis Books Sdn. Bhd.

Sumber: sutera@yahoogroups.com

Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.


Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (a) untuk jawapan 'ya' atau (x) untuk 'tidak'.

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?

1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?

3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?

4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?

6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?

8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?

10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?

11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?

12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?

13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?

14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?

15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?


Bagaimanakah kedudukan anda?

Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan 'Ya', berikan diri anda 1 markah.

Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.

Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

Tak ingat mati kerana leka cari keseronokan dunia

UMUR pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dan menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.

Firman Allah bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78).

Persoalan mati adalah kejadian paling hebat yang tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia mati, ia dikatakan kiamat kecil kerana roh keluar daripada jasad yang akan busuk dan kembali menjadi tanah.

Kubur atau alam barzakh tempat permulaan alam akhirat. Seperti mana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh, alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, alam barzakh adalah episod ngeri dipenuhi azab hingga datangnya hari kiamat.

Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit manusia yang bercakap mengenai kematian, alam berzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia.

Saidina Ali berkata: “Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”

Kesibukan mencari keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.

Persoalan perkara ghaib seperti kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga dan neraka adalah hak Allah SWT yang tidak boleh dicerobohi manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib bersandarkan dalil al-Quran dan hadis sahih.

Dasar akidah bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti pengamal ajaran sesat adalah ditolak. Nabi dan malaikat hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan Allah SWT.

Kita sering bercakap mengenai kematian rakan. Apakah kematian itu menimbulkan keinsafan untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan mencukupi menghadapi kematian yang pasti?

Apa yang buat Orang Jatuh Cinta?

Im very sure you all punya jawapan is cliché. Sebabnya – ”lawa, cantik, hemsem, body solid, barang baik all those thing la kan?”
…so all that adalah yang membuatkan orang boleh jatuh cinta?

It maybe…tapi, you all pernah tengok tak odd couple?
Yang lelaki punya gemuk, yang girl cute slim. Yang lelaki hemsem, yang girl hitam legam, hangus. Yang girl putih melepak, yang lelaki pulak hitam legam? Haaa…I’m seriously met them, coz they are my friends. I know them!
So, apa yang menarik perhatian mereka sehingga tidak memikirkan sebab-sebab cliche tadi?

What they told me, :-
“Kalau lawa or hemsen sangat, nanti orang kebas!”
“tak tahu mengapa minat yang hitam!”
“Gemuk dia tu buatkan dia nampak cute.”
“Kalau lelaki putih nampak tak macho.”

Hah, ambik kau…hahaha macam-macam jawapan dia orang ni, ingat yang hemsem dan lawa je boleh menarik orang jatuh cinta? Yang sebaliknya pun boleh tau

Alright, untuk you all punya reference, all those answers by the couples, to me itu hanya lah sekadar jawapan spontan yang mereka tidak fikir pun sebenarnya.

The actual fact is, kata Psychologist Mark Kristal from the University of Buffalo, USA, “There are several types of chemistry required in romantic relationships” - Ada beberapa jenis chemistry atau rasa getaran atau magic atau karan letrik statik yang boleh menarik seseorang untuk jatuh cinta :-

1.BAU-BAUAN – Yes, sesetengah dari kita suka bau-bauan dari bunga, something like roses ke. Dari bau bunga ni masing-masing boleh khayal dalam cinta. Some of them pulak, dari wangian lavender. Sekali the girl memakai wangian lavender, so yang hitam legam pun sudah tidak menjadi persoalan.

Some girls pulak, suka dengan bau badan lelaki… kadang-kadang, bau badan lelaki ni punyalah amat busuk, tetapi to his girl…yang ketiak busuk itulah menjadi kegemaran hiduannya…haaaa…tu yang duk panggil “My Buchuk!” hahaha

2.NAFSU – Haa, ini susah nak cakap, tak boleh nak diajar. Ianya ada di dalam diri masing-masing. Bukan minta naik nafsu pun, tetiba je bila kita berdiri depan dia yang kita tak suka pun, mulai nafas terlemas-lemas, tersekat-sekat…breathless.

Tak buat apa pun…hanya bertentang mata, senyum…that’s all. Terus berderau darah, orang Kelantan kata, “Marhi raso rrhhaaaaaa!!!” huhuhu…tak cantik ke, tak hemsem ke…semua bertukar jadi MANIS!

3.OTAK - Ini bersangkut dengan hormon dalam diri. Hormon akan memberitahu bahan kimia yang ada dalam badan ni tak serasi dengan dia ni tetapi selesa dengan yang itu. Apa nak buat? Otak dah rekomen macam tu…hati surely terima lah kan.

So, apa yang penting nak cakap di sini, sebab selalu sangat orang bertanya, “Mengapa dia tidak cinta saya lagi, or dia tak nak kat saya ke? Or Macamana nak buat dia jatuh cinta dengan saya?”

Well, apabila seseorang yang you all sangat harapkan untuk jatuh cinta tetapi tidak menjadi…of all you know, it is not because of you personally. Maybe you sudah lakukan yang terbaik dalam hidup you tetapi…tiada BAUAN yang serasi, tiada NAFSU semulajadi yang menarik, dan mungkin tiada hormon yang memberitahu OTAK nya yang anda adalah cintanya…

Semua ini tidak dikawal oleh orang yang anda minati itu, tetapi semuanya sudah ada didalam diri masing-masing sejak azali. So, kalau dia tak berminat tu, or dia kata nak ambil masa ke, or dia nak berkawan sahaja tu…that is mean TARIKAN SEMULAJADI itu sebenarnya tidak ada. Jadi, tak perlulah bersedih.

Pastinya anda akan menemui seseorang yang mempunyai ketiga-tiga perkara itu terhadap anda sekiranya you benar-benar percaya!… I tell you once you jumpa…you akan terus tahu that he or she is YOURS!

Rahsia cemerlang dalam pergaulan

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian.

Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita.

Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

Anda Dicipta Untuk Melengkapi Kekurangan Pasangan Anda

Dalam bercinta, perlukah Anda mencari persamaaan dengan pasangan Anda? Bagaimana jika Anda dan pasangan Anda langsung tidak menemui persamaan?

Anda dan pasangan Anda diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain. Tak akan ada orang yang perfect sifatnya.

Pasti ada yang kurang di mana-mana. Kekurangan Anda akan di isi oleh orang yang satu lagi, iaitu pasangan Anda.

Keserasian wujud apabila pasangan Anda mengisi kekurangan Anda kemudian Anda pula mengisi kekurangan pasangan Anda.

Personaliti Anda dan personaliti pasangan Anda tidak semestinya banyak sama tapi mesti saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Cinta sifatnya membahagiakan.

Cinta jadi lebih bermakna apabila Anda menikmati kebahagiaan bercinta melalui perbuatan – misalnya berkebun bersama-sama, bersukan bersama-sama, memasak bersama-sama, beriadah bersama-sama atau shopping bersama-sama.

Cinta akan menjadi apa yang Anda fikirkan jauh di dasar hati kerana ia dibentuk oleh sistem kepercayaan Anda.

Bila Anda percaya cinta itu membahagiakan, maka itulah yang akan jadi.

Tapi apabila Anda percaya cinta itu menyeksakan, maka itu jugalah yang akan jadi.

Alasan Berbohong Kaum Wanita

sumber: kosmo

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Pelajar Perlu Bijak Kawal Nafsu dan Keinginan

Untuk berjaya dalam pelajaran, Anda perlukan lebih dari sekadar kerajinan.

Anda perlukan kekuatan hafalan, ketahanan melawan nafsu, stamina mental, matlamat hidup.

Seorang pelajar tugasnya adalah untuk memahami pelajaran kemudian mengingatinya. Sebab apa nak ingat?
Sebab Anda akan menduduki peperiksaan.

Kecemerlangan seorang pelajar di ukur dari keputusan peperiksaannya.

Ke’genius’an seorang pelajar bergantung pada keputusan peperiksaannya, tanpa mengira latar belakang keluarganya dan siapa dirinya.

Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda kena menjadi seseorang yang lain daripada yang lain.

Anda kena ada ketahanan melawan nafsu orang muda, iaitu keinginan mahu bersuka-suka dan bermalas-malasan.

Sebagai pelajar, pasti Anda di kerumuni oleh kawan-kawan.
Kawan-kawan Anda ni pula ada citarasa masing-masing.

Ada yang funky, moden, ada juga yang menggunakan pendekatan simple.

Citara berbeza ini akan mempengaruhi Anda, kesannya Anda akan jadi terikut-ikut. Lantas, dek terikut-ikut Anda akan keliru dengan diri sendiri. Anda tidak tahu apa stail yang sesuai dengan Anda.

Satu lagi, Anda akan tergoda dengan sikap orang muda yang suka ber’enjoy’, berhepi-hepian, leka berhibur dan bersuka-sukaan.

Apabila Anda mahu menjadi pelajar cemerlang, Anda kena lupakan kenikmatan berenjoy. Anda akan banyak meluangkan masa mengadap buku, menghafal, membuat latihan.

Menjadi orang berjaya memang banyak cabarannya. Bila Anda mahu berjaya, Anda perlu bersedia menempuh cabaran-cabaran itu satu persatu, kesemuanya.

Keberkesanan Ilmu Adalah Pada Tindakan

Kata orang, knowledge is power.

Realitinya, action is the power.

Tindakan konsisten adalah lebih berkuasa daripada pengetahuan yang banyak. Tindakan yang dijana oleh pengetahuan, makin bertambah-tambah berkuasa jadinya.

Dalam usaha anda memperbaiki diri sendiri, rajin-rajinkanlah menimba ilmu. Niatkan menimba ilmu untuk tahu lebih banyak, kemudian untuk tahu langkah apa perlu dibuat seterusnya.

Ilmu ibarat penyuluh hidup, tapi tindakanlah yang akan menjadi seperti minyak menjadikan api suluhan itu menyala sepanjang masa. Ilmu hanya pemula, tindakanlah penyudahnya.

Ilmu yang Anda ada, aplikasikan ia untuk memperbaiki diri Anda. Anda sentiasa perlukan ilmu untuk maju.

Ilmu ada di mana-mana, tak semestinya terhad di universiti saja, di kolej atau di sekolah. Kenal pasti bidang apa yag Anda mahu maju kemudian galilah sebanyak mungkin ilmu berkaitan bidang itu.

Anda tak akan maju-maju jika hanya Anda berilmu tapi tidak menggunakan ilmu untuk menjana tindakan Anda.

Anda perlukan ilmu supaya Anda boleh merancang strategi lebih bagus.

Pencapian Anda tidak akan jadi semkain bagus apabila Anda banyak bertindak tapi tidak dijana oleh ilmu, kesannya Anda rajin tapi hasil kerajinan Anda tidak seberapa.

Untuk mengelak masalah ini dari berlaku, dahulukan mencari ilmu sebelum membuat tindakan.

Jangan bertindak tanpa di dahului ilmu, kelak hasilnya tidak seberapa, mungkin juga tidak ada hasil langsung.

Panduan Memilih Calon Suami

Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh yang demikian, Allah mensyariatkan kepada umat Islam perkahwinan sebagai satu-satu cara yang halal untuk perhubungan diantara lelaki dan wanita selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia.

Sebelum berkahwin, biasanya kebanyakan lelaki sudah membayangkan bagaimana ciri ciri wanita yang bakal menjadi isteri yang akan menghiasi hidupnya samada pada sudut kefahaman agama, akhlak ,kecantikan, harta dan keturunan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : "seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agamanya.

Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya". Manakala dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seorang wanita yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan dengan sabda baginda melalui riwayat Imam Muslim : "Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah".

Nabi s.a.w menyarankan kepada lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Satu persoalan yang hendak ditimbulkan di sini adalah bagaimana dengan para wanita? Adakah mereka perlu memilih siapakah yang bakal menjadi suami mereka? Jawapannya, ya. Sama sahaja. Mereka perlu memilih seorang lelaki sebagaimana yang telah digariskan oelh Islam iaitu seorang yang bertakwa, memiliki akhlak yang mulia dan berasal daripada keturunan yang baik-baik sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : "Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini". Diingatkan kepada para wanita tidak tergoda dan terpedaya dengan kebaikan serta pujuk rayu yang hanya dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah 'cair' dengan ayat-ayat manis lelaki yang hanya berlakon baik dihadapan anda.

Anda perlu siasat dan mengenal pasti siapa dan bagaimana akhlaknya kerana orang yang bakal anda pilih adalah seorang yang bakal menjadi suami anda dan akan memimpin sebuah rumahtangga yang boleh diibarat sebuah 'negara kecil'.

Suami adalah ibarat Perdana Menteri dalam sesebuah keluarga. Jika Perdana Menterinya rosak, maka buruklah seluruh negara tersebut. Oleh yang demikian, pilihlah seorang 'Perdana Menteri' yang benar-benar memahami agama dan yang baik akhlaknya.

Kepada para wanita, satu panduan yang boleh dikongsi untuk anda semua iaitu dalam memilih lelaki yang bakal lelaki yang menjadi pemimpin dalam sebuah 'negara kecil' anda iaitu dengan memilih lelaki yang mampu menjadi imam solat. Rasanya perlu untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai lelaki yang mampu menjadi imam solat iaitu seorang lelaki yang mampu mengimamkan solat bacaan kuat(subuh, maghrib dan isyak) kerana pada solat yang bacaan jahr(kuat) ini pelbagai perkara yang dapat dinilai terhadap diri seseorang lelaki.

Pertama, pada sudut kepimpinan dalam keluarga. Lelaki yang mampu mengimamkan solat dapat dilihat bahawa ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek ibadah. Sekiranya lelaki tersebut tidak mampu untuk menjadi imam, cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam aspek ibadah yang dilakukan setiap hari pun tidak mampu untuk menjadi pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain-lain, mungkin tidak mampu untuk memimpin keluarganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada lelaki yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya kepada mereka adakah mampu menjadi imam solat dan selepas itu barulah menilai mengenai perkara-perkara yang lain.

Kedua, adalah pada sudut ilmu dan kefahaman agama kerana seorang lelaki yang ingin mengimamkan solat(diingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh, Maghrib atau Isyak) hukum-hukum asas fiqh seperti perlu mengetahui rukun-rukun solat, syarat-syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat dan kesempurnaan dalam pembacaan al Quran terutamanya surah al Fatihah.
Kebanyakan lelaki 'takut' untuk mengimamkan solat yang Jahr (subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut untuk membaca ayat ayat al Quran secara kuat disebabkan bimbang bacaan tidak betul. Melalui imam solat juga boleh dinilai tahap ilmu asas fiqh dan ilmu pembacaan al Quran.

Ramai dikalangan lelaki yang 'penakut' ini lebih sanggup untuk menjadi imam bagi solat Zohor dan Asar tetapi pada solat subuh, maghrib dan Isyak mereka mencari jalan untuk mengelak.

Perkara ketiga adalah pada sudut akhlak atau pekerti seseorang lelaki. Kebanyakan mereka yang mampu menjadi imam adalah mereka memiliki akhlak, budi pekerti serta mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Tidak dinafikan juga bahawa ada yang bukan sekadar mampu menjadi imam solat biasa malah turut dijemput menjadi imam di masjid-masjid tetapi berakhlak dengan akhlak yang tidak sewajarnya dengan 'tiltle' seorang imam. Kita semua tanpa mengira lelaki atau perempuan sudah tentu menginginkan pasangan yang baik dan memiliki akhlak yang mulia. Adalah diingatkan, janganlah terlalu memilih dan mencari yang terbaik sebaliknya jadikan diri kita dahulu seorang yang baik, berakhlak mulia dan soleh atau solehah kerana Allah telah menjanjikan yang baik adalah untuk mereka yang baik.

Jangan terpedaya dengan kecantikan atau ke'handsome'man semata-mata kerana cantik atau tampan seseorang tidak akan kekal hingga ke akhirnya. Nanti kalau uban dan berterabur, pipi dah kendur, gigi pun sudah gugur, mata dah kabur dan berjalan pun hampir nak tersungkur hilanglah segala kecantikan dan ketampanan yang ada. Begitu juga dengan keturunan dan harta yang tidak akan kekal selamanya. Pilih yang beragama serta berakhlak mulia kerana akan membawa kepada keredhaan Yang Maha Esa dan memacu arah menuju ke syurga."

10 tips Mengundang Cinta

I call this, ‘miracles tips’ la sebab miracalously menjadi kepada mereka yang mempercayai akan ‘The rules of the Universe’ kalau orang islam kita panggil ‘Hukum Alam’

It works sebabnya untuk keseimbangan dunia ini. Kira kalau kita buat dan amalkan, ia akan balance kan hidup kita. Dan di dalam proses ini, anda akan melakukan 2 perkara yang sudah berkurun-kurun lama manusia mengamalkannya. :-

1. Positive thinking – Sentiasa percaya boleh
2. Rules of attractions – Apa yang anda fikir, bayangkan dan lihat, itu yang anda tarik dan dapat!

Here goes :-

Tip 1 : Apabila anda tidur berseorangan di bilik anda, jangan tidur di tengah-tengah. Ia seolah-olah anda tidak mahu sesiapa tidur dengan anda. Jadi, tidur hanya di sebelah.

Sebelah lagi, biarkan kosong. Sediakan bantal seolah-olah anda mempunyai pasangan. Kalau katil single, beli lah double…Haaa…tapi ada pulak tu kan, tidur naaa kenkang punya besar, hahaha… camana cinta nak terundang tu beb Pelik? Pelik tapi menarik, teruskan membaca…

Tip 2 : Buang semua barang-barang yang tidak terpakai di dalam bilik anda. Ini kasi Feng shui (angin&air) sikit lah ni.

Kasi masuk tenaga (chi) biar anda bersemangat! Bilik kena bersih dan lapang walaupun kecil. Biar kosong tak pa, Ini berselerak je, penuh je barang, adoi…semangat cinta nak masuk pun, segan, undur balik beb!

Tip 3 : Ruang tamu? Haaa…kerusi dan sofa tu, kenalah cari yang ala-ala romantik sikit. Jangan duk pakai kerusi antik, kayu jati ke rotan ke adoi!! Potong stim betul, keras beb. Cari sofa empuk dan berwarna sexy kemudian biar lantai ruang tamu tu berwarna light brown or cream warm… macam tengah bercinta gitukan, bayangkan cinta anda datang visit, lepak tengok dvd…then easy untuk berdepan dengan anda, so mestilah nak cozy, romantik, selesa, seolah-olah anda bersedia untuk bercinta gitu, betul tak?

Tip 4 : Almari anda… please la wei, jangan laaa sarat macam ikan bilis dalam tin! Kalau boleh pakaian yang dah out of date tu sedekah kat anak-anak yatim hehehe. Buatkan almari pakaian anda supaya mempunyai ruang kosong. Sebelah anda letakkan pakaian anda, sebelah lagi letakkan hanger kosong 2-3, seperti pasangan anda bakal meletakkan pakaiannya di situ! Kikiki

Tip 5 : Apabila makan, sediakan pinggan dan sudu serta gelas kosong. Seolah-olah anda sedang menunggu pasangan anda akan pulang untuk makan bersama-sama. Sekali, you duk ngan mak bapak pulak, mak you cakap kat bapak you,
“Apahal dengan anak kita tu bang, dah angau agaknya” hahaha

Tip 6 : Bagi mereka yang memiliki garaj kereta, atau parking space dalam compound rumah. Siapkan tempat kereta itu seolah-olah ada sebuah kereta lain bakal datang dating, eh!…parking. Haaa…bayangkan, gambarkan dalam kotak fikiran anda, bagaikan real. Muga-muga, terundanglah seorang pasangan yang memiliki kereta itu datang parking dan bercinta dengan anda.

Tip 7 : Gambar-gambar di dalam frame in your room tu mesti letak gambar-gambar couple sedang bercinta gitu. Sedang berpimpin tangan kat atas bukit gitu haha..ala-ala hindustan hehe. Frame gambar, mak, abah, sedara mara, binatang, artwork ke…itu semua kena letak LUAR bilik! Only your future loved ones stays and all the love that in the air

Tip 8 : Lekatkan poster potret jenis pasangan yang anda idamkan di bilik tidur berdepan mengadap anda tidur. So setiap malam sambil baring, anda boleh khayalkan secara detail kehidupan anda bercinta dengan nya. Setiap hari, anda tengok je poster itu, bayangkan, gambarkan di dalam fikiran anda selama 41 hari, sehingga kemana-mana anda pergi pun anda dapat mengingati nya, dapat lihat seolah-olah percintaan anda itu, REAL! Haa…ini memang menjadi ni. Anda akan lihat, sooner or later, wajah pencinta yang hampir-hampir dengan gambar poster itu akan hadir dalam hidup anda. Tapi biar logik lah sikit poster tu, jangan lah letak poster Brat pitt pulak, Tom Cruise ke…I seh man, kut yang datang Tom Yam je wakaka

Tip 9 : Apabila ditanya adakah anda sudah berpunya? JANGAN jawab “I’m single” NO! Hehehe…Instead, sentiasa menjawab, “Saya memberi ruang kepada diri saya untuk berkenalan dengan semua, walaupun saya sedang mempertimbangkan seseorang.” walaupun tak da sapa sebenarnya. Never say you single…nanti single lah you sampai bila-bila nak? Haaa rules of attractions!…apa yang you cakap, fikir, semua akan tertarik kepada you, akan menjadi dalam hidup you! Tapi, jangan pulak cakap…I dah milik orang!
Habislah…siapa nak kat you lagi?

Tip 10 : Setiap hari dan setiap masa, tell yourself “I’m loveable, I’m in love!…he/she loves me!” Jangan sesekali pula, fikir yang anda tidak disayangi, tidak dicintai atau tiada sesiapa inginkan anda! It’s a NO! NO! Situations. Yakin dan percaya…and say it out loud!

Berubah hari ini, thats your 1st step! …think this way,
kalau aku tak berubah dan tak buat tip ni pun aku masih keseorangan jugak. Why not aku give it a shot, for a change. Who knows, dengan aku memberi ruang dalam rumah, hati dan jiwa aku, Cinta terundang dalam hidup ku?
Kalau terundang cinta itu, so much the better, BUT kalau tak datang juga cinta itu, well at least you’re doing something rather then nothing! Lagi pun, you won’t lose anything pun rite? Malah, rumah anda bersih, kemas, sedap mata memandang, sejuk je jiwa ;)

BUT, for those yang awal-awal cakap “TAK BOLEH KUT” then this tip takkan works for you or them yang berfikiran negatif dan tidak mahu mencuba. Begitu juga kepada mereka yang tidak mahu berubah…it will never work for you either! It’ll only work for those who believes in miracles, universe, hukum alam, positive thinking, determine… seperti siapa ya?

Mengapa lelaki ‘BERUBAH ARAH’?

Satu persoalan yang pasti ramai wanita ingin tahu tentang lelaki sebegini kan?

  1. Lelaki yang dalam hebat bercinta, tiba-tiba hilang entah kemana. Tahu-tahu nak putuskan hubungan.
  2. Bertahun dicurahkan kasih sayang kepadanya tiba-tiba dia berubah arah suka kepada yang lain.
  3. Malah ada pula lelaki yang mendapat zuriat sempurna dan cantik hasil dari perkahwinannya, tidak berpuas hati lantas mulai keluar-keluar dan tinggal-tinggalkan keluarga.

“Pelik betul rasanya apabila dia kelihatan bahagia selama ini. Dia benar-benar ingin bersama dengan kita. Dia yang beriya-iya mahu bercinta…BUT at the end of the day…dia BERUBAH ARAH!”

Paling menyakitkan hati wanita, si lelaki ni boleh jatuh cinta dengan :-

  • Wanita yang tidak cantik, malah bercinta dengan wanita yang sudah ‘lesu’
  • Wanita yang sudah bercerai berkali-kali, janda yang sudah punya 4-5 orang anak
  • Wanita yang jauh lagi tua darpada anda, malah tua darinya…

why?…Why?… WHY?!!

Mesti ada sesuatu yang dia tidak dapat kecapi di dalam perhubungannya sebab itulah dia boleh berubah arah. Dan wanita-wanita yang tersenarai di atas itu pula BIJAK mengambil kesempatan itu. Malah dengan hebat melayan dan memberinya peluang…

Put aside ‘Minyak Senyonyong’ or ‘Minyak orang mati dibunuh’ laaa…itu dah Black Magic, ilmu hitam kira dayus lah siapa-siapa guna. What we want to know, natural cause, why lelaki berubah?!


Tanya diri anda sendiri soalan-soalan ini…

  1. Adakah dia tidak happy yang sebenar-benarnya?
  2. Adakah sesuatu perkara yang dia mahu lakukan tetapi anda tidak benarkan?
  3. Adakah fizikal and shape anda sudah tidak seperti dulu, oleh sebab itu lelaki anda berubah arah?
  4. Adakah anda menghalang cita-citanya?
  5. Mungkin cara percakapan anda sudah agak kasar dan tidak semesra dulu lagi?
  6. Mungkin juga anda sudah agak ‘MALAS’ di ranjang?

Cuba jawab seikhlas mungkin, dan pasti…naluri anda akan memperkatakan hal yang sebenar.
To me, seorang lelaki yang benar-benar cintakan wanita, dia tidak akan tiba-tiba berubah arah, melainkan kerana ada sesuatu kejadian yang sudah terlalu lama dipendamnya, yang tidak dapat dia lakukan atau keluarkan…

Lalu, hadir pula wanita-wanita yang membawa cahaya kepadanya yang bagai sesat di dalam terowong yang gelap itu…Datang membawa sinar harapan, membawa berbagai peluang…

Di kala itu, anda cantik macamana pun, anda masih solid, bergetah, anda bagus dan hebat layanan anda…sedap atau tak sedap layanan seks anda, well… sudah tidak penting! sudah tidak dihiraukan lagi. Yang difikirkan mereka adalah FREEDOMMM!!!

…tanpa mengira yang hadir itu wanita cantik atau hodoh, tua atau muda, janda atau dara, Itu bukan persoalannya, yang dia mahu hanyalah FREEEDOMMM!!!

Now, you nak cakap, “aku punya lawa, punya solid, sexy…dia boleh pergi bercinta dengan yang hodoh tu? apa kelas? Tak hengat!!” …nope no point in that! Because look is got nothing to do with….compare to companionship!

The key to a good and great relationship is jadilah…
Teman setia, teman berbual, teman tempat meluah rasa, teman yang selalu menyokong, teman yang bukan suka mengkritik, menghina, teman yang tidak memeningkan kepala, tidak cemburu, teman yang ghairah berkasih sayang, teman yang menghiburkan…all this compile to one, we call it A GREAT COMPANION!

you berani bercinta?

Dunia lelaki hari ini, tidak mengimpikan seorang wanita yang hanya duduk ‘terpencil’ …kecut sendirian dan menunggu untuk lelaki menyedari ujudnya dia, dan menanti lelaki datang memikat!

Nope, no way! Sebagai wanita hari ini, anda seharusnya BERANI dan bijak berjuang dalam kancah memikat cinta yang datang dan pergi. Bukan hanya lentuk memandang jika ia datang dan bukan menunduk jika ia pergi. Sebaliknya, anda kena bangkit dengan berani dan ‘melaungkan’ pada lelaki, “Hey, Im here!”

NAMUN, sememangnya agak susah untuk memahami lelaki itu saya tidak nafikan. Oleh sebab itu, anda sepatutnya “bukan memikirkan susah memahami lelaki sebaliknya, persiapkan diri anda, cantikkan diri anda, ubah penampilan diri anda untuk menghadapi lelaki!”

Jadi wanita yang menjadi kegilaan lelaki masa sekarang. Berbagai info tentang mencantikkan diri ada di internet, get it now! Ubah fesyen lama anda, be up to date!!
“Tak perlu sibuk nak faham lelaki, lelaki akan buat anda faham jika anda dapat menarik hati mereka dan membuatkan mereka tersangkut pada anda!”
Simple notes for all the girls :-

Nota 1 : Lelaki sejati nowadays sudah TIDAK terpikat pada wanita yang hanya mendengar kata lelaki. Sebaliknya, lelaki akan lebih terpikat kepada wanita yang punya pendirian sendiri. Malah jika anda bijak menyuarakan pendapat dan juga menyumbangkan kepintaran anda, maka andalah wanita pilihan lelaki hari ini!

Nota 2 : Berikan cabaran kepada lelaki, buatkan mereka merasa teruja bila tercabar! BUT at the same time, anda masih amat menghormati lelaki. Dengan cara ini, anda mempamerkan yang anda tahu apa yang anda mahu dan sekiranya anda menjadi seorang isteri, anda akan menjadi isteri yang dianggap pintar serta dihormati!

Nota 3 : Jangan takut untuk memulakan dahulu memikat lelaki, kerana sebenarnya lelaki juga takut untuk memikat wanita. So, yakin dengan langkah anda dan ikhlas.

Nota 4 : Bijak berbual, dan tunjukkan yang anda adalah seorang yang caring. Kagumi kerjayanya, bakatnya. Let him know, yang dia adalah sumber inspirasi you… lelaki suka tu!

Nota 5 : So, kalau dia berminat, dia suka kat you, ON….kalau dia tak suka well, at least you tahu dia tak suka dan you boleh go on with the next guy hehe

Air Kencing Anjing Hitam

Semua orang tahu bahawa meninggalkan solat adalah satu dosa besar. Cuba baca kisah dibawah ini seperti yang dikisahkan berlaku semasa zaman Nabi Musa a.s menggambarkan betapa hinanya mereka-mereka yang meninggalkan solat.

Begini kisahnya.

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan sangat menginginkannya. Lalu terdetik dalam hati dia (bernazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Takdir Allah S.W.T., isteri si lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak tunaikan nazar nya itu?

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air tu.

Lelaki itu pun berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Ker selamba dan tak kesah???

Monday, November 8, 2010

Yang hadir dan yang kembali

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg menutupi wajahnya...Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Alllah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ...Pasti!

"Huda....bangun.,...jom kita solat."

Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak anak'nya....Ahh.aku sayang padamu Huda...

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : "Ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.."

Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua kudapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam,..merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.

" Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.... Semakin menjadilah rajuknya.

" Kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya...Aku tersenyum cuma.

"Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar..

"Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.

"Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.

Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :

" Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja..Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?

"Hai. tak takut cemburu ke..? Umpanku pula..

"Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar.

"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?

"Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi..

"Kahwin satu lagi.."

"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.

"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur.

"Huss..Huda sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail..berilah peluang abang meneladani
Zakaria bapa Yahya.." Ku tamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya..

Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku.......

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh...umurku sudah merangkak 33 tahun...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku..Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar.

Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan.

Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..:"

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .."Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .!

Abang ni tak sabarlah.."

Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..

" Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..

"Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!"

Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian lama penantian ini.!

Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kuranngkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!

"Kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes..

"Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..

Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,.. Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar-benar lupa membawanya ke klinik.

Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima. kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya.. Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..

Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa'.. ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,.. dia berkhutbah panjang.

"Abang sayangg.abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abang nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,..

Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam kandungan..

Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini ,..bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..?

Abangkan kan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'..Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,.. Peluh mengalir laju membasahi dahinya.. Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya,.. panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei, ...hari ni baru 26 April,..Aku panik..Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir..Ya Allah.selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali..

"Encik Saifuddin..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit puan rujukan isteriku,..

"Ya,..saya doctor,.." sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah..

"Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman..Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah segera.."

"Bedah..?"

"Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dng nada separuh ketar.bimbang.

"saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,..Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."

Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..

Ya allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai dipintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya.

"Encik saifudin..?" "Ya..saya.."

"Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..

"Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?"

Dr, Khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar
keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,...

Tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk..

Mulutku ternganga seketika,..

"Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,.Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn..DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa esedari ku dakap Huda seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!

"Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,..

"Nurse,..tolong bawa anak encik saifudin.." katanya lagi,..Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,...perlahan
kuambil dan kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matatanya,.. hidungnya,.. mulutnya,..

Allahuakbar..!!!

Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..

Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,..

" Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang
kembali.."

Huda,..rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya.

Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,..Tidak,..Tidak, itu semuanya ketentuanMu YaRabb.Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Huda,..

~Fithratul haqq..~

Ketetapan adalah tetap ketetapan Allah. Manusia dengan ikhtiarnya.

Inilah tarbiyah Allah buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada Allah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa nabi , janganlah Ya Allah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dan simpatimu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku. berdoalah .. berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah... redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya .. redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan... bertajahud lah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaAllah itulah ubat mengistiqamahkan iman alfaqirah ila Allah.

Indahnya kemaafan

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”

Sumber: http://feryco.com/indahnya-kemaafan

Ahmah Izzah

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

Sumber: iluvislam

"hantaran bukan jaminan kebahagiaan"

Maskahwin

Maskahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.

"pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang”. Mankala ‘Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan”. - seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’ bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]


Hantaran

Hantaran pula lebih menjurus kepada adat resam sahaja, ia bergantung kepada bangsa, gaya berbelanja, budaya dan keturunan wanita yang dikahwini. Kelaziman masyarakat Malaysia yang hampir tidak meninggalkan amalan hantaran perkahwinan menjadikannya sebagai kewajipan yang tidak tertulis selari dengan maskahwin yang diwajibkan syarak dan dikuatkuasakan melalui undang-undang keluarga Islam setiap negeri dan wilayah.

Dimaksudkan dengan hantaran oleh kamus dewan edisi keempat adalah:

“wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mertua untuk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus”. “(dalam majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian dan sebagainya) yang dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang”.


Beza Maskahwin dan Hantaran

Maskahwin merupakan hak isteri yang berkaitan dengan pernikahannya manakala hantaran bebas dibelanjakan samada oleh isteri, ibu bapanya atau sesiapa sahaja yang diberi keizinan oleh adat atau si isteri itu sendiri. Tiada sebarang nas yang bersandarkan kepada hukum syarak menyebabkan kadar dan penyediaan hantaran semasa majlis perkahwinan kadangkala membawa beban kepada kedua-dua belah pihak.

Maskahwin datangnya daripada duit suami manakala hantaran boleh dibiayai oleh sesiapa sahaja yang berniat untuk memeriahkan lagi walimah yang diaturkan oleh kedua belah pihak, maka tidak hairanlah jumlah maskahwin lebih rendah daripada belanja hantaran secara umumnya.

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, sekiranya belanja perkahwinan dikira daripada kadar maskahwin sahaja nescaya kadar perkahwinan pada usia muda dapat ditingkatkan dan ruang maksiat dapat ditutup dalam usia nafsu lelaki dan wanita yang sedang bergejolak.

Antara perbezaan lain antara keduanya adalah, maskahwin dalam bentuk matawang atau dinar emas yang semakin popular digunakan datangnya dari pengantin lelaki sahaja manakala hantaran dalam bentuk benda atau perkakasan akan datang dari kedua-dua belah pihak dengan kaedah balasan, pihak yang mendatang akan memberi hantaran dalam jumlah kiraan dulang yang ganjil dan akan dibalas oleh pihak yang menyambut dalam jumlah yang ganjil dengan bilangan yang lebih daripada pihak tetamu.

Ketiadaan kekangan agama ini disalah erti oleh sesetengah pihak yang mengenakan kadar hantaran yang tinggi sehingga membebankan malah boleh dikategorikan sebagai zalim apabila pihak pengantin terpaksa berhutang semata-mata memenuhi kehendak pihak penentu hantaran, bukannya dari penerima mutlak yaitu pengantin perempuan itu sendiri.

Kita boleh berhujah menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah dikenali sebagai ‘Al-Adah Muhakamah’ yang bermaksud setiap adat yang tidak melanggar hukum syarak boleh diamalkan, namun pembaziran atas sesuatu yang tidak perlu atas nama adat boleh ditinggalkan, kerana ‘pelaku pembaziran adalah saudara syaitan’ ditambah pula dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang dikhuatiri membawa sifat riak dan taajub dengan diri sendiri.

Dalam takrifan umum hantaran berasaskan kepada adat, manakala maskahwin ditetap dan wajibkan oleh syarak, walaupun tiada kadar minimumnya, seharusnya pihak lelaki memberi pihak perempuan dengan jumlah tidak kurang dari 10 dirham dan tidak lebih dari 500 dirham, jika tidak disebut dalam akad mahupun perjanjian perkahwinan maka kadar maskahwin akan diberikan dengan kadar seimbang dengan keadaan dan kedudukan perempuan dan keluarganya dalam masyarakat, mengikut adat jumlahnya ditetapkan oleh bapa pengantin perempuan. Ini berbeza diantara negeri-negeri yang lain, sebagai kemudahan umat Islam maklumat tentang kadar maskahwin setiap negeri boleh didapati dari laman web JAKIM.

Berapapun jumlah maskahwin ataupun hantaran yang ditentukan samada oleh adat atau keturunan seseorang, akhirnya kita perlu kembali kepada sebaik-baik jumlah yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW terjemahannya berbunyi: “Sebaik-baik maskahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah” [Abu Dawud]

Atau sekiranya tidak berkemampuan langsung maka sabda rasul lagi; Carikanlah (sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mas kahwin) walaupun sebentuk cincin dari besi. [Bukhari dan Muslim]

"hantaran bukan jaminan kebahagiaan"

Sumber: http://aburazeen.blogspot.com

Cinta Si Buta

Virgil Adamson (Val Kilmer), adalah seorang lelaki buta yang begitu bijak menjalani hidup seharian seperti seorang lelaki biasa walaupun dia buta. Kehidupannya yang cukup menarik telah membuatkan Amy (Mira Sorvino) seorang gadis dari New York, begitu terpesona dengannya dan merasa begitu pelik seorang yang buta sepertinya boleh menjalani hidup seperti seorang yang normal, seolah-olah dia langsung tidak buta.

Lama-kelamaan, persahabatan mereka telah bertukar menjadi satu percintaan! Masing-masing begitu menyayangi sesama sendiri dan saling ingin memberi yang terbaik. Tetapi, Amy yang tersangat cintakan Virgil, merasakan dia perlu melakukan sesuatu agar Virgil dapat melihat semula…
Amy ingin cuba MENGUBAH kehidupan Virgil dengan memperkenalkannya kepada doktor pakar bedah mata. Kerana cintakan Amy, Virgil yang sememangnya sudah selesa dengan dirinya buta, telah bersetuju untuk melakukan pembedahan itu. Dan akhirnya, dia dapat melihat semula dan berpindah ke New York.
Di New York,
Amy sekali cuba MENGUBAH kehidupan Virgil dengan cuba memberi kehidupan yang lebih tinggi tarafnya kepada lelaki itu dan membawanya ke party-party dan memperkenalkan kehidupan ahli perniagaan yang jauh berbeza daripada kehidupan Virgil di kampung yang biasa di laluinya.
Di saat ini,
Virgil dapat merasakan itu semua bukanlah dirinya. Buta atau Celik bukanlah yang menjadi keutamaannya. Tetapi, keselesaan dan kebahagiaan hidup sederhana itu sahaja yang diingininya.
Mereka akhirnya berpisah kerana tidak sehaluan. Dan penyakit retina mata Virgil kembali menyerang hinggalah dia kembali buta. Ceritanya ini happy ending actually, Amy menyedari kesilapannya yang cuba MENGUBAH nasib dan kehidupan kekasihnya. Virgil lelaki buta, pulang semula ke New York kerana cintakan Amy dan bekerja di pusat asuhan kanak-kanak buta. Akhirnya, Amy menerima Virgil dengan seadanya…

Ada satu soalan yang ingin ajukan kepada anda semua,

“Mengapa anda suka menegur? dan selalu berfikir yang kehidupan orang lain itu tidak sehebat kehidupan anda. Lalu anda cuba mengubahnya. Mengapa?”

Seperti dalam movie ini, bukankah Amy jatuh cinta dengan Virgil yang buta dan penuh sederhana? Mengapa mesti dia cuba untuk mengubahnya? Sedangkan Virgil sudah cukup bahagia, malah Amy pun juga sedari awal lagi, sudah bahagia dengan keadaan Virgil yang buta dan hanya seorang lelaki kampung!

Treasure the moment that you and your loved ones spend together with love, happiness and tenderness BUKAN sibuk nak menegur pasangan anda, sibuk nak membetulkan orang, nak mengkritik pasangan, …asyik fikir orang tak bagus, dia aje yang bagus…of all you know, You yang sebenarnya tak bagus, you yang sebenarnya tidak berjaya! Malah you yang banyak tak betul!!…

Apabila setiap perkara nak ditegur, nak kritik, nak diperbetulkan, masa anda untuk happy-happy dah limited, masa untuk bergurau senda dengan yang tersayang juga terbuang begitu sahaja. Yang tinggal hanya KEBOSANAN dari sikap anda yang sentiasa fikir anda betul dan semua orang lain tak betul…

Jika anda terus mengamalkan sikap sebegini, …at the end of the day, pastinya tinggallah anda keseorangan diri kerana tiada siapa lagi yang ingin menjadi kawan anda jauh sekali kekasih…

Sunday, November 7, 2010

Nikmat hidup

Oleh: AMINAH MOKHTAR

KETUKAN di pintu semakin bertalu-talu. Dia bangun perlahan. Sebaik daun pintu terbuka, wajah jiran sebelahnya terjengul di tangga. Dia mempersilakan masuk, tetapi jiran itu hanya mahu bercakap di tangga dan terus bercerita tentang anaknya yang menjadi pembantu rumah di Kuala Lumpur memberitahu, kenalan tuan rumahnya memerlukan seorang pembantu rumah - sebuah keluarga ternama, seorang tokoh korporat yang punya syarikat pembuatan besar bernilai jutaan ringgit. Seorang lelaki yang baru menceraikan isterinya dan tinggal bersama seorang anak gadis tiga belas tahun.

``Kau hanya menguruskan rumah, bukannya payah. Kerja yang kau buat hari-hari.''

``Tapi saya tak pernah...''

``Kau kena belajar, Rabiah. Mana ada satu perkara dalam hidup ini yang tak kena belajar?''

Dia mengeluh panjang. Anak mata masih tidak terlepas dari memandang pangkin tempat mandian tubuh arwah emak yang masih basah. Bau kapur barus masih meremang. Hatinya tersayat.

``Kampung nelayan ini terlalu miskin untuk kau hidup, Rabiah. Pergilah. Jadi pembantu rumah bukannya hina. Kau nanti diberi gaji.''

``Kubur emak masih basah, mak cik.''

``Nak tunggu kubur emak kau kering? Nanti kau terlepas peluang.''

``Saya mahu jaga ayah dan emak, mak cik.''

``Emak dan ayah kau kan dah tak ada.''

``Ayah dan emak tetap ada dalam hati saya. Saya akan jaga emak, jaga ayah, dari hidupnya hingga ketika matinya dan sampai bila-bila.''

Hati mak cik jiran itu jadi libang-libau. Suara gadis bermata redup itu terasa sayu menghiris. Suara itu suara jiwa, suara hati anak yang baru kematian emak. Sayu dan begitu menghiba. Hah, mak cik jiran itu terus memujuk anak gadis itu untuk bekerja di Kuala Lumpur, bukan untuk mendengar sayu hati gadis lara. Bukan. Pantas dia bersuara tegas.

``Mana ada orang hidup jaga orang mati sampai bila-bila, Rabiah?''

``Ada mak cik.'' Suara itu masih rawan, masih tenang.

``Siapa?''

``Saya.''

``Rabiah.'' Mata mak cik jiran itu berkelintar penuh khuatir. Mata itu meraba-raba kewarasan fikiran anak gadis yang baru menjadi yatim piatu pagi tadi.

Gadis sebatang kara itu tunduk hiba di anak tangga.

``Mak cik kesiankan kau, Rabiah. Hidup seorang diri. Bukannya mak cik tak mahu tolong, tapi dengan apa mak cik nak tolong? Kau bukannya tak tahu, mak cik hanya ada beras yang cukup dimakan anak-beranak, sehari sekali.''

Mata gadis piatu itu mula menghangat. Dikentalkan hati agar tidak sayu. Pesanan arwah emak masih basah dalam ingatan - janganlah menangis mengenang nasib diri, menangislah, menangislah bila berhadapan dengan Allah. Menangislah, menangislah dalam sujud-sujud solat.

``Mak cik,'' dikuatkan hati menahan sebak.

``Masa hidup, bubur nasi makanan kami sekeluarga, bila ayah dan emak dah meninggal, bacaan al-Quran dan amalan makruf saya dapat tolong arwah emak dan arwah ayah di sana.''

``Jadi orang gaji pun kau boleh beramal.''

``Saya lebih suka dekat dengan kubur arwah emak, mak cik.''

``Hanya kubur arwah emak kau, kubur arwah ayah kau bukannya ada.''

``Saya dekat dengan laut mak cik. Arwah ayah meninggal di laut. Laut itulah kubur arwah saya. Saya mahu tinggal di sini mak cik.''

``Kau terima sajalah kerja itu. Itu saja yang dapat tolong kau nanti Rabiah.''

``Saya masih ada beras mak cik.''

``Tapi kalau kau tak kerja, beras itu akan habis.''

``Tapi saya masih boleh menoreh di kebun Usu Muhanaz.''

``Di Kampung Muara?''

Dia mengangguk lesu.

``Kau jangan bermimpi Rabiah. Dah setahun kau tak menoreh, kau ingat Usu Muhanaz masih tunggu kau?''

``Saya boleh menoreh di kebun orang lain. Kampung Muara banyak kebun getah mak cik.''

Lama mak cik jiran itu terdiam. Mukanya berkerut. Segala usaha untuk memujuk Rabiah masih gagal. Fikirannya buntu. Dia hanya mampu mengeluh panjang.

``Kau fikirlah baik-baik Rabiah.''

``Saya mahu tinggal terus di sini, mak cik.''

``Kau mahu miskin sampai mati?''

``Saya tak pernah miskin mak cik.''

Mulut mak cik jiran itu ternganga. Matanya terbuntal menerjah wajah gadis kampung nelayan yatim piatu yang kuning langsat, mata redup, pipinya merah jambu (tidak hangus dibakar terik matahari pantai) dan hidung dan bibir seulasnya terletak manis. Dia gadis tercantik kampung nelayan yang jauh di pedalaman ini. Itu kata burung, kata awan, kata angin yang sentiasa berterbangan di langit kampung nelayan. Orang kampung nelayan tidak punya masa menilai erti cantik dan halus kulit gadis kampung nelayan. Ulas-ulas nasi yang putih berbau harum, itu sahajalah kecantikan yang tiada tolok bandingnya dan indah dalam perkampungan yang tidak ada orang makan nasi tiga kali sehari itu.

``Kau terlalu angankan hidup kaya Rabiah, kasihan.''

``Kata arwah emak, kami sudah cukup kaya mak cik.''

``Emak kau yang mati berkapankan selimut itu?''

``Selimut itu sudah saya bersihkan seminggu sebelum emak pergi. Baunya masih harum dan bersih lagi.''

``Emak kau teringin jadi kaya. Tapi kampung nelayan yang tidak ada seorang pun punya rumah, semuanya berpondok atap nipah, tidak mampu tunaikan impian kau anak-beranak, sampai malam tadi, emak kau mati masih miskin Rabiah. Sekarang ini, hanya kau sahaja yang boleh jadikan mimpi emak kau itu jadi benar. Kau pergilah.''

``Supaya nanti saya mati kaya?''

``Rabiah.'' Mak cik jiran itu kepupusan kata-kata. Dadanya berolak deras.

``Emak dan saya selalu mimpikan hidup senang di sana mak cik.''

``Di mana?''

``Di sana.'' Ulas bibir gadis kampung nelayan itu tersenyum.

``Rabiah, di mana pun kau tak akan hidup senang kalau masih dalam kampung nelayan ini.''

``Boleh mak cik, kalau kita ikhlas beramal dan memohon taufik dan hidayah Allah, kalau kita rajin berusaha jadikan hidup kita ini berharga.''

``Kau selalu berdoa?''

``Mak cik tak pernah berdoa?''

``Kalau kau dan emak kau benar-benar alim kenapa doa tak menjadi?''

``Sudah lama doa saya, emak dan ayah dimakbulkan Allah, mak cik.''

Sekali lagi mak cik jiran itu tercengang.

``Macam orang gila kau ni Rabiah. Cakap tak tentu hujung pangkal.''

``Kata arwah emak, bermulanya di pangkal hati, berakhir di hujung lidah, itulah kata-kata yang kita lafazkan mak cik.''

``O, itu yang kau kata doa kau sekeluarga terkabul? Ayah kau mati karam di laut. Mak kau mati sakit busung dianiaya orang?''

``Mak cik, arwah ayah saya meninggal dalam iman. Kawan-kawan arwah ayah kata, arwah sedang azan sekuat hati dalam laut yang bergelora bila perahu arwah karam.

Arwah emak sakit dah suratan, bukan dibuat orang tapi, itulah qada Allah. Tapi arwah emak tetap redha dan akhirnya arwah mati ketika sedang solat malam. Masa tu, arwah emak sedang menangis mak cik. Air mata arwah hangat dan basah di hujung jari saya ketika saya rasa, nafas arwah dah tak ada.'' Suaranya sebak. Dia cuba tersenyum. Tetapi air matanya bergenang.

``Itu doa?''

``Ya, itulah doa yang paling mustajab. Allah telah kabulkan, hanya tinggal saya yang belum tahu lagi keadaan mati saya. Kalau boleh saya pun nak mati ketika sedang khusyuk rindukan Allah. Seperti rindu arwah ayah, seperti rindu arwah emak.''

Mak cik jiran itu pun tidak mampu berkata-kata lagi.

Pondok buruk, di hujung kampung itu pun semakin hari semakin kering pangkinnya. Semakin hari semakin hilang bau kapur barus di pangkin itu. Dan semakin hari semakin berkalih surah-surah dari Quran buruk di atas rehal usang.

Dan kubur di bawah pohon kemboja ungu terus dikunjungi gadis berkerundung ungu, membaca surah-surah Yassin, al-Waqiah dan al-Mulk, memohon kesejahteraan hidup di alam barzah, penghuni mulia yang wajahnya bercahaya hingga ke liang lahad, meskipun tubuh layu itu tidak pernah kenyang mengunyah nasi berlauk dan makanan yang lazat-lazat.

Kini benar-benar gadis berkerundung ungu itu terasa akan benarnya kata-kata arwah emak - orang yang alim dan dikasihi Allah itu tidak pernah mati. Jiwanya akan hidup dalam amalan orang yang ditinggalkan, amalan yang tinggi martabat imannya, amalan yang menjadikan jiwa dan hati sanubarinya kaya tidak terkata.

``Kaya itu apa emak?'' Itu suaranya sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu umurnya lima tahun. Dia baru selesai mengaminkan doa khatam Quran yang emak bacakan untuknya dalam liuk-lintuk api pelita dalam pondok buruknya di suatu malam Jumaat di bulan Ramadan.

Lama emak terdiam. Mata emak mengusap anak yatim yang dikandungnya dengan penuh rasa syukur dalam limpah kebahagiaan hidup bersama suami yang cepat benar bahagia itu dihantar ke penghujungnya. Ah, hidup ini, emak me-ngeluh, tetapi cepat-cepat dipandamkan keluhan itu dengan istighfar.

``Kaya itu apa emak?'' Suara tulus itu masih disemerbaki rasa ingin tahu yang polos.

``Kaya itu macam kita inilah nak.''

``Macam kita?''

``Kita cukup semua nak, nasi bubur buat kita kenyang. Api pelita, boleh terangkan kita untuk baca Quran untuk sembahyang malam.''

``Ada orang tak dapat makan nasi bubur? Tak ada pelita nak baca Quran dan sembahyang malam?''

Dalam samar api pelita hati emak bergemuruh dengan rasa syukur yang melimpah, diusap anak bertubuh kecil lima tahun. Air mata emak berasak-asak keluar. Hati emak terhiba-hiba, Tuhan, terima kasih Tuhan, Kau kurniakan aku anak sebaik ini. Terima kasih Tuhan, Kau berikan aku anak sepintar dan semulia ini. Tuhan, jadikanlah anak aku ini, semulia-mulia manusia. Jadikanlah dia ya Allah, tempat yang boleh hamba-Mu ini gantungkan harapan, semasa hidup, ketika mati dan sesudah mati.''

``Emak, kenapa emak menangis?''

Emak tidak terkata. Pantas emak memeluk dan menciumnya dengan cucuran air mata.

Dia turut memeluk dan mencium muka emak yang basah dan hangat. Hatinya tersenyum puas dan lembut berkata; O, inilah yang dikatakan kaya.

Dia tersenyum dan terus tersenyum. Berjalan pulang dari tanah perkuburan emak dan kitab al-Quran dipeluk erat ke dada dan hujung tangannya mencebet sekendi air bacaan tahlil. Menyusur pantai pagi itu, suara ombak berdebur-debur memukul pantai. Angin pantai yang hamis sejuk menerjah mukanya. Kerundung ungunya terkiwir.

Angin terus menderu. Dalam deruan angin dan deburan ombak pantai itu dia bagai terbisik suara arwah ayah.

``Kubur itu bukan syarat masuk syurga. Hanya peringatan dan kewajipan menyempurnakan mayat bagi yang hidup. Kalau kita orang beriman, dan banyak berbuat amalan soleh dengan hati yang ikhlas kerana Allah, Allah tetap akan menjanjikan syurga itu walaupun mayat kita berkecai dalam laut. Walaupun mayat kita lumat dalam perut binatang buas.'' Arwah emak kata itulah kata-kata arwah ayah yang terakhir sebelum turun ke laut pagi itu dan tidak pulang sampai sekarang.

Dan sekarang dia berdiri menghadap laut. Ombak-ombak kecil di gigi pantai itu menampar kakinya. Disedekahkan Fatihah dan Qulhu kepada arwah ayah. Dan berdoa semoga Allah menempatkan roh emak dan ayah di satu tempat yang jadi harapan para solehin. ``Tuhan, pertemukan roh emak dan ayah, di sebaik-baik tempat di sisi-Mu walaupun, jasad mereka terpisah di darat dan di lautan. Mereka emak dan ayah yang amat merindui-Mu Allah, amat mengasihi, rasul-rasul-Mu, amat mengasihi kitab-kitab-Mu, amat mengasihi malaikat-malaikat-Mu dan amat redha akan qada dan qadar-Mu.''

Hatinya sebak. Titis air matanya gugur ke gigi laut yang berombak itu. Air mata masin itu berpadu dengan garam laut dan berpadu dengan peluh hamis masin para nelayan kawan-kawan ayah. Berpadu dalam perut laut. Dan ikan-ikan pun berenang simpang piranang.

Ombak yang masin itu bergulung-gulung pergi. Gadis yatim piatu kampung nelayan itu mengesat air mata dan melangkah pulang. Kerundung unggunya terkiwir-kiwir mengejar angin pantai. Hatinya puas.

Hidup yatim piatu, berpondok tempat berlindung, bersuluh liuk-lintuk api pelita di helai-helai kitab Quran dan rehal usang tinggilan arwah emak dan ayah, kepalang kayanya. Kerana tinggalan itu adalah harta yang tidak tersukat nilainya ditambah dengan hidup ini sendiri yang menjadi harta kurniaan Allah yang berganda-ganda nilainya.

Begitu arwah emak dan ayah mengajarnya menikmati hidup.

~TAMAT~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...