Friday, October 29, 2010

mulianya kedudukan seorang isteri

Betapa mulianya kedudukan seorang isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, tapi sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang, tetapi Allah nilai diwaktu itu dia bersembahyang yang terbaik.

Cuti bersalin pun dapat sehingga 60 hari. So, para ibu sekalian, bila dah bersalin, susukanlah anak tu. Dan si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri, sebab dia bekerja dengan Allah.

Tapi ingat, bila dah habis cuti tu, layan lah suami pula. “Offer” lah pada suami. Jangan buat alasan itu dan ini pulak. Tolong ingat yer para isteri semua! Kata nak pahala lebih, maka beri la khidmat pada suami lebih-lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib bagi seorang lelaki bermula dari baligh sehingga habis nyawanya. Tiada sebarang alasan untuk mereka ‘ponteng’ sembahyang.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila lahir saja bayi itu seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan dia terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua, wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri akan dapat pahala yang sama, tetapi dosa-dosa suami pula, isteri tak terbabit dan tak perlu tanggung. Untung nya kan jadi isteri?

Di akhirat nanti, seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedarinya. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu dan bersedekah, maka ganjaran pahala dari Allah keatasnya adalah sama jua seperti suaminya dapat.

Bila isteri lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak mahu masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia boleh memberi pahalanya kepada suami untuk suaminya turut masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan, isteri boleh bantu. Tambahan lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami, maka dia tak layak untuk dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik DENGAN AGAMA,MEMBIARKAN PEKARA YANG MUNGKAR DILAKUKAN, maka suami akan tanggung dosa-dosa tersebut, malah ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Oleh itu, dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah, agar tidak derhaka denganNya. Ingat wahai para wanita muslimin, keutamaan kamu ialah ;
- Taat segala perintah Allah & Rasul
- Taat pada suami
- Dan kemudian baru taat pada yang lain-lainya…

Ingat, taat pada suami adalah keutamaan nombor 2 dalam hidup anda sebagai seorang isteri. Maka taati lah suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan syariat Allah.

“Ya Allah…jadikanlah kami hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”……

Hasil tulisan : Uwais Qarni

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...