Sunday, October 17, 2010

Fitri

Oleh: yalina insan


Fitri termenung ditepi tingkap memerhatikan jalan yang sibuk dengan kenderaan. Pagi-pagi memang begitu. Semua insan keluar memulakan rutin harian mereka dengan berkerja. Kerja. Satu perkataan yang menbuatkannya mengeluh sendirian. Hatinya diserang cemburu melihat insan lain memenuhi hidup mereka dengan berkerja sedangkan dia hampir tujuh bulan menunggu panggilan kerja. Berpuluh-puluh resume dihantar hampir keseluruh semenanjung Malaysia namun jawapannya hampa. Belum ada rezekinya agaknya antara kata-kata yang sering digunakan untuk memujuk dirinya. Kata-kata semangat agar dirinya tidak cepat berputus asa dengan rahmat tuhan.

"Buat apa temenung pagi-pagi dekat tingkap itu Fitri", tertiba terdengar suara emak menerjah lembut ke gegendang telinganya.Fitri pantas menoleh kearah emaknya lalu sebuah senyuman dilemparkan buat emaknya itu. Mak Som mengulangkan pertanyaannya pada Fitri. Fitri hanya mengelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa. Tapi hati emak yang mana yang tak tahu gelora apa melanda anaknya itu. Mak Som hanya mengelengkan kepalanya melihat Fitri hilang ke dapur.

Seketika kemudian Mak Som menyusuri anak gadisnya itu kedapur. Dilihatnya Fitri sibuk menyiapkan sarapan pagi. Lincah tangan anaknya itu bekerja. Mak Som tersenyum. Sejak Fitri habis belajar di Kuala Lumpur, segala kerja rumah dia yang uruskan. Ringan sedikit beban Mak Som. Fitri hanya menghabiskan masanya dengan memberi "tuisyen" pada budak-budak kampung yang tak berpeluang mengikutinya akibat kemiskinan.

Tiap-tiap petang adalah dalam lima hingga enam budak yang akan duduk bersama-sama Fitri diatas pangkin mengulangkaji pelajaran. Fitri mengajar mereka dengan sabar. Mak Som terhibur apabila mendengar keriuhan budak-budak yang galak ketawa bila Fitri menceritakan sesuatu pada mereka selepas selesai mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Mak Som gembira melihat Fitri ceria. Kadang-kadang Mak Som nampak ada ibu bapa budak-budak itu datang menemui Fitri sambil menghulurkan not not berwarna merah. Fitri hanya tersenyum dan menolak pemberian mereka. Fitri tahu mereka orang susah dan Fitri ingin membantu anak-anak mereka agar cemerlang dalam pelajaran. Mak Som bangga mempunyai anak seperti Fitri.

"Along bila sampai", ceria suara Fitri yang baru pulang dari pekan itu. Tangan Alongnya itu diciumnya. Alongnya hanya tersenyum lalu mengusap rambut adik bongsunya itu. "Adalah dekat dua jam . Adik pergi mana?"tanya Fakrudin. "Adik pergi pekan pos surat minta kerja along pastu adik pergi beli barang sikit. Kenapa balik tak cakap Along?"tanya Fitri. "Nak kena cakap ke adik sayang oii" usik Fakrudin sambil tersenyum memandang adiknya. "Tak adalah, kalau cakap boleh masak special hari ini" , terang Fitri pula. "Erm.. Along beli kereta baru ke?", tanya Fitri apabila melihat kereta Waja yang bernombor plat bermula dengan W tersadai dihalaman rumah.

"Taklah, Along datang dengan kawan along . Itu kereta dia. Kita orang ada kerja dekat sini itu yang singah rumah ni kejap", terang Along. "Mak mana?", tanya Fitri menyedari emaknya tiada semasa dia pulang tadi. " Mak dengan Anuar pergi beli jantung pisang dekat kedai Pak Usop tu". Fitri mengerutkan keningnya. Fakrudin ketawa. "Anuar tu kawan alonglah, dia orang pergi naik motor. Si Anuar tu katanya dah lama tak bawa motor tu yang dia bawa mak tu" Fakrudin memecahkan kebuntuan adiknya itu. Fitri hanya mengangukkan kepalanya. Dia kemudian pergi kedapur. Nasi sudah dimasak. Lauk asam pedas sudah siap dihidangkan bersama sayur pucuk paku goreng. Erm jantung pisang tu mesti nak buat ulam teka Fitri dalam hatinya. Dia kemudian mengambil segengam cili api, sedikit belacan untuk dibuat sambal. Limau diperahkan diatas cili yang siap ditumbuk dengan belacan tadi. Fitri kemudian memasukan sambal belacan itu ke dalam piring. Seketika kemudian terdengar deruan motor yang selalu digunakan dihalaman rumah. Tidak lama kemudian terdengar suara emak menuju ke dapur. Along pula riuh suaranya bersembang dengan suara yang tak pernah Fitri dengar sebelum ini. Gelak ketawa mereka berdua mengisi kekosongan rumah yang sebelum ini tiada dihiasai ketawa yang sebesar itu. Hanya bila along balik sahaja baru kedengaran suara gelakan yang besar itu.Fitri tersenyum sendirian.

"Dah balik dah Fitri", tanya emak apabila melihat Fitri ada di dapur. "Dah mak, Fitri ada belikan tudung buat mak nanti Fitri bagi ya" ujar Fitri. "Fitri, Fitri buat apa beli tudung untuk mak belilah untuk Fitri sahaja". Fitri hanya tersenyum mendengar kata-kata dari emaknya. Dia mengambil jatung pisang ditangan emaknya lalu dibasuhnya sebelum dikerat dua. "Mak jantung pisang ni nak rebus jekan" tanya Fitri pada emaknya. Mak Som hanya mengiakan sahaja. Seketika kemudian semuanya telah disediakan mereka berempat makan bersama-sama. Fitri hendak tergelak melihat kawan along yang berselera sungguh nampaknya dengan lauk-lauk kampung. Biasalah orang bandar bisik Fitri didalam hatinya. Petang itu alongnya dan rakannya Anuar berangkat ke Kuala Lumpur.

"Kak Fitri bila Dib besar nanti Dib nak jadi macam kak Fitri", kata Diba yang berusia 8 tahun itu. Fitri hanya tersenyum lalu diusapnya kepala Diba. "Diba tak nak balik lagi ke?", tanya Fitri lembut. Kanak-kanak lain sudah pulang cuma Diba sahaja masih belum mahu pulang. Diba memang begitu dia suka menghabiskan masanya dengan Fitri. Diba anak yatim emaknya meninggalkannya sejak dia berusia 2 tahun lagi. Diba menggelengkan kepalanya tanda belum mahu pulang. "Kak Fitri tak suka ke kalau Dib ada sini?", Fitri tergelak dengan suara Dida yang seakan-akan merajuk. "Dib sayang, akak takut ayah Dib risau. Dah petang dah ni, nanti bukan ke Dib nak pergi mengaji lepas magrib nanti", pujuk Diba perlahan. "Esok hari sabtu cuti Dib boleh datang lagi rumah akak ya", sambung Fitri lagi. Diba hanya mengangguk lalu menyalami tangan Fitri. Diciumnya pipi Fitri sebelum melangkah pulang. Fitri menghantarnya dengan pandangan.

"Dah balik budak Dib tu Fitri?", tanya Mak Som sebaik sahaja Fitri melangkah masuk kerumah. "Dah mak", jawab Fitri pendek. "Dib tu mak tengok suka sangat dengan kau takut nanti ayahnya pula yang berkenan pada kau Fitri". Fitri memandang emaknya. "Emak ni sampai ke situ pula dia. Abang Razif tak macam tu mak, dia setia pada Ramlah. Lagipun Ramlah itukan kawan baik Fitri masa sekolah dulu", Fitri cuba membuang sangkaan emaknya itu. Dia terbayang wajah abang Razif yang hampir separuh mati bila mendapati isterinya Ramlah meninggal dalam kemalangan jalanraya. Razif macam orang gila mujur Ramlah meninggalkan seorang zuriat buatnya, kalau tidak dia tak mahu hidup lagi jenuh keluarganya menasihatinya barulah sedikit demi sedikit dia berubah. Sudah sepuluh tahun peristiwa ini berlaku tapi Razif masih lagi membujang sampai sekarang. Begitu teguhnya cintanya pada Ramlah. Fitri kagum dengan abang Razif.

"Mak bukan apa Fitri, abang Razif kau tu ada menanyakan tentang kau". Mak Som memandang Fitri. Melihat reaksi anaknya itu. Fitri mengerutkan keningnya. "Tanya pasal Fitri? Kenapa mak?", tanya Fitri kehairanan. "Dia tanya sama ada kau dah berpunya ke belum", jawab Mak Som pula. Fitri kelihatan sedikit gugup. Tertiba kedengaran laungan azan menandakan masuknya waktu Magrib. Terbantut niat Fitri untuk menanyakan lebih lanjut tentang itu. Mak Som kemudian hilang didapur. Mungkin mengambil wuduk. Fitri kemudian pergi kebiliknya untuk membersihkan diri serta menunaikan solat berjemaah bersama emaknya.

Selepas solat isyak secara berjemaah dengan emaknya Fitri membaca Al-Quran. Merdu suaranya menbacakan surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat itu. Kemudian dia membaca surah Al-Waqiah yang menceritakan perihal hari kiamat. Buku amalan yang bakal diterima oleh manusia sama ada tangan kanan atau tangan kiri. Kalau menerima buku amalan tangan kanan maka baiklah amalannya tetapi jika menerima amalan dari tangan kiri adalah sebaliknya. Takut Fitri membaca terjemahan ayat itu. Selepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran Fitri merasakan dirinya tenang. Lalu kedua tangan ditadahkan memohon agar doanya dimakbulkan oleh Allah. Doanya diiringi dengan air mata. Terasa dirinya kecil mengadap tuhan yang Esa.

Petang semalam along balik kampung. Katanya dia cuti selama seminggu. Along pulang dengan kawannya Anuar. Tapi menurut Along kawannya itu hanya berada dikampung itu selama tiga hari sahaja. Dia nak rasa keindahan kampung. Hendak tahu macam mana rasanya hidup dikampung, mandi air perigi, tangkap ikan dekat sawah padi dan macam-macam lagi. Fitri hanya mengeleng kepala mendengar cerita abangnya yang bercakap melalui telepon sehari sebelum mereka sampai. " Nak mandi air perigi along?", tanya Fitri kemudian terdengar suaranya ketawa dicorong telepon. "Kenapa adik ketawa", tanya Fakrudin pada adiknya itu. "Orang sekarang mana mandi pakai air perigi lagi along, kawan along tu merepek ajer. Along tak cakap ke yang kita guna air paip. Air perigi tu sejuklah",kemudian kedengaran Fitri ketawa lagi. Fakrudin hanya mampu menggeleng kepala mendengar adiknya yang mentertawakan sahabatnya dicorong telepon.

Hari pertama puasa hari kedua along berada dirumah. Tak sangka dah masuk bulan puasa. Patutlah along balik. Nak berpuasa dan berbuka bersama-sama rupanya. Fitri bersyukur kerana diberi kesempatan berada di bulan yang penuh berakah ini. Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Hari ini hari kedua dia pergi menunaikan solat terawih bersama dengan emaknya, alongnya serta Abang Anuar. Mereka berjalan kaki sahaja kesurau memandangkan surau tak jauh dari rumah mereka. Abang Anuar kelihatan gembira. Kadangkala Fitri tenguk kegembiraan Abang Anuar mengalahkan budak-budak. Petang tadi Along dengan Abang Anuar pergi tangkap ikan dekat sawah padi. Mereka balik dengan pakaian yang penuh lumpur. Along kata Abang Anuar terjatuh dalam sawah masa tangkap ikan. Emak pula hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. Fitri yang berada didalam rumah hanya mengeleng kepala mendengar keriuhan dilaman. Yang pasti tiada seekor ikan pun yang mereka bawa pulang.

Hari ini masuk hari ketiga Abang Anuar berada dikampung. Tiap-tiap pagi mandi air perigi dengan Along. Memang kulit tebal betul kata Fitri dalam hatinya. Hari ini juga selepas berbuka dan menunaikan solat magrib secara berjemaah dirumah Abang Anuar kemudian meminta diri untuk balik Kuala Lumpur. Dia mengucapkan terima kasih pada emak yang bersusah payah selama tiga hari kedatangan dia disini. Emak juga membekalkannya lauk ayam masak lemak cili padi dengan sayur pucuk paku goreng buatnya. Buat pertama kalinya Abang Anuar mengucapkan terima kasih pada Fitri dan buat pertama kalinya Anuar melirikan matanya pada Fitri. Fitri cepat-cepat menundukkan wajahnya. "Terima kasih Fitri" ujar Abang Anuar. Fitri menganggukan kepalanya lalu melemparkan senyuman buat Abang Anuar. " Din aku balik dulu". Along kemudiannya memeluk erat sahabatnya itu lalu dihantarnya Abang Anuar sampai kehalaman rumah. Mak Som dan Fitri hanya memerhatikan dari muka pintu. Selepas kereta Abang Anuar hilang dari pandangan. Mereka bertiga bersiap untuk kesurau.

Seminggu sudah berlalu Along terpaksa berangkat ke Kuala Lumpur.Fitri nampak along berat nak tinggalkan emak. Along pun minta Fitri sabar tunggu tawaran kerja. Along kata jangan give up, jangan malas hantar resume. Cari peluang esok kalau dah tak ada sangat baru along tolong. Along suruh Fitri berdikari dulu. Fitri hanya menganggukkan kepalanya. Along memang macam itu dia nak kita belajar dari segala segi, dia kata biar kenal erti susah. Nak berjaya kena bersusah dulu barulah hasilnya manis. Fitri hanya mengangukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman buat alongnya yang tersayang itu.

Bulan puasa dilalui dengan penuh pengharapan agar segala ibadatnya diterima tuhan. Emak selalu pesan buat sesuatu biar dengan ikhlas. Dunia ini sementara sahaja, dunia ini fana jangan sampai kita cari kemewahan dunia sampai lupa pada hari kebangkitan, hari pembalasan. Maka perlunya menyiapkan bekalan. Dan pada bulan puasa inilah amalan pahala yang kita dapat akan berganda-ganda maka emak selalu pesan jangan dibiarkan setiap malam dibulan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Umat Nabi Muhammad s.a.w patut bersyukur kerana bulan Ramadan ini adalah bulan anugerah bagi mereka yang tiada pada umat nabi lain. Fitri ingan lagi kata-kata emak sampai sekarang. Emaklah segala-galanya bagi dirinya selain Along. Arwah ayah dah lama meninggal semasa Fitri dalam kandungan lagi. Masa itu Along tujuh tahun. Emak bekerja menjahit pakaian serta berkebun sayur dibelakang rumah untuk menampung perbelanjaan keluarga. Emak memang seorang yang tabah. Along pula disebabkan kepandaiannya dia menerima biasiswa dari dia sekolah rendah sampai kemenara gading. Fitri juga mendapat biasiswa. Tapi semenjak along sudah bekerja alhamdulillah hidup kami menjadi senang. Alang setiap bulan tak lupa mengirimkan duit untuk emak. Memang along anak yang baik. Fitri yang belum berkesempatan mengeluarkan duit untuk emak sebabnya Fitri belum kerja lagi. Emak kata bulan Ramadhan setiap doa akan dikabulkan Fitri pun ada membaca buku yang menyatakan perkara yang sama maka setiap hari Fitri berdoa agar dia mendapat kerja didalam sujudnya yang terakhir.

"Fitri hari ini kita buat bubur pulut hitam untuk berbuka ya", cadang Mak Som. "Sedap tu mak lagipun Fitri dah lama tak makan bubur pulut hitam biar Fitri kupas kelapa ya mak" Fitri menawarkan dirinya. Mak Som hanya tersenyum kemudian dia membasuh pulut hitam yang telah di dipilih. Sepuluh minit kemudian Fitri muncul dengan tangan kanannya ada sebiji kelapa yang telah dibelah dua dan ditangan kirinya ada sebilah parang. Fitri kemudian menyimpan parang yang telah digunakan itu di bawah sinki. Dia membasuh kelapa tadi di sinki sebelum memarutnya. Mak Som sedang merebus pulut hitam dengan air supaya empuk sebelum dimasukkan santan dan gula merah. Fitri sedang memerah kelapa yang telah diparutnya tadi. Petang itu mereka berbuka puasa dengan bubur pulut hitam dengan kuih popiah. Untuk bersahur Fitri mengoreng bihun atas permintaan emaknya yang teringin hendak menjamah bihun goreng.

Malam ke 24 Ramadhan selepas menunaikan solat terawih bersama emaknya. Dalam perjalanan pulang mereka terserempak dengan Abang Razif dan anaknya Diba. Sebenarnya memang selalu juga Fitri dan Mak Som teserempak dengan Abang Razif cuma kali ini berbeza sedikit. Abang Razif tersenyum sementara Diba seperti biasa akan mendapatkan Fitri. Abang Razif mendapatkan Mak Som entah apa yang dibincangkan Fitri pun tak tahu tapi tak lama hanya sebentar. Sampai sahaja rumah Mak Som terus meminta Fitri duduk diruang tamu bersamanya. Mak Som hanya memerhatikan anaknya itu. Fitri tidak selesa ditenung begitu. Mak Som kemudian perlahan-lahan bersuara. "Fitri tadi Abang Razif tanya Fitri ni dah berpunya atau belum dia nak tahu sangat".Mak Som mengeluh panjang sebelum menyambung kata-katanya. " Dia kata lagi kalau Fitri masih belum berpunya dia nak hantar rombongan meminang selewat-lewatnya raya ni". Kata-kata Mak Som hanya berhenti disitu dan Mak Som memerhatikan reaksi Fitri akan perkara yang dibangkitkan tadi. Fitri hanya terdiam. Dia tak tahu apa yang harus diluahkan. Dia tak sangka Abang Razif ingin meminangnya. Apakah sudah hilang kasih yang dibinanya untuk Ramlah? Apakah tembok pendiriannya itu telah musnah? Apakah kesetian Abang Razif selama 10 tahun ini pada Ramlah hanya bertitik nokhtah disini? Fitri buntu. Dia tidak mampu berkata-kata.

Malam 26 Ramadhan, terasa bulan yang mulia ini semakin ingin menghilangkan diri. Hati Fitri sayu apakah masih ada peluang untuknya tahun depan? Syawal kian menjelma menolak Ramadhan yang kian bersisa. Fitri dapat lihat penduduk kampung sedang membuat persiapan akhir menyambut raya. Fitri juga tidak ketinggalan membuat biskut raya dan sebagainya. Setiap malam dia tidak pernah lupa berdoa agar dirinya serta keluarganya menjadi hamba Allah yang taat, berjaya didunia dan akhirat, mati dalam khusnul khatimah disamping doa rutinnya agar dia dimurahkan rezeki dan mendapat peluang bekerja.

Pagi-pagi lagi Fitri telah memulakan rutin hariannya dengan menyapu laman. Mak Som pula sedang membaca Al-Mathurat, dia memang selalu begitu selepas menunaikan solat subuh dia akan terus berteleku di tikar sejadah membaca Al-mathurat dan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sementara menunggu masa untuk menunaikan solat Dhuha. Fitri suka menyapu laman pagi-pagi kerana suasana pagi yang segar dan nyaman. Padanya menyapu laman ini adalah satu senaman buatnya. Selepas menyapu laman Fitri mengemas rumah. Dia akan mula membuat biskut raya selepas menunaikan solat zohor. Kiranya sampai hari ini banyak juga biskut raya yang telah dibuatnya. Fitri hanya membuat biskut-biskut moden sementara kuih tradisional seperti bahulu dan kuih bangkit Mak Som yang buat. Fitri juga membuat biskut untuk orang kampung yang menempah padanya. Petang seperti kebiasaannya dia akan mengajar budak-budak di pangkin yang terletak dihalaman rumah.

28 Ramadhan Along akan pulang kekampung. Fitri gembira menunggu kepulangan abangnya yang tersayang itu. Mak Som dan Fitri bercadang nak masak makanan kegemaran Fakrudin. Asam pedas kepala ikan dengan jantung pisang masak lemak cili padi menjadi menu utama disamping ulam-ulaman dan juga buah-buahan untuk pencuci mulut. Fitri juga membuat kuih kegemaran Alongnya iaitu cucur badak. Suasa berbuka puasa pada hari itu sungguh meriah dengan kehadiran Alongnya itu. Fitri tersenyum gembira begitu juga yang terdapat diwajah emaknya apabila menerima kepulangan anak tersayang dihari yang mulia ini.

"Fitri ada surat dekat atas meja" kata Along apabila melihat Fitri keluar dari biliknya. Fitri mendapatkan surat yang dikatakan oleh Along. Dia berdoa agar surat yang diterima itu adalah surat tawaran kerja. Fitri mencapai surat yang terletak diatas meja yang tertera namanya Nur Fitri Suhada Binti Mohd Fadhil. Dia kemudiannya duduk disisi abangnya itu lalu membuka surat. Mak Som juga ada disitu. "Macam surat tawaran kerja sahaja", kata Alongnya. Hati Fitri berdebar-debar menbuka surat itu. Dalam hatinya dia berdoa agar ditawarkan satu pekerjaan. "Baca kuat-kuat sikit Fitri mak pun nak dengar", pinta Mak Som. Fitri tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia kemudian membuka lipatan surat yang bertaip itu.

"Sukacita dimaklumkan bahawa saudari Nur Fitri Suhada Binti Mohd Fadhil telah ditawarkan untuk bekerja disyarikat kami. Semoga dengan kehadiran Saudari dapat membantu membangunkan syarikat kami. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut. Sila telepon kami untuk menyatakan tarikh untuk ditemuduga" laju Fitri membacanya. Alhamdulillah katanya sambil menadah tangan. " Apa jawatannyanya dik", tanya Along pula. Fitri kemudian kembali menatap surat itu. "Tempatnya boleh dibincang. Jawatannya .... Hah!! Biar betul?", jerit Fitri tercenggang memandang abangnya itu. Fakrudin hanya ketawa melihat gelagat Fitri. "Jawatannya isteri kepada Anuar b. Ibrahim" teka Alongnya sambil tersenyum. Fitri kehairanan mana Along tahu padahal surat ini baru dibukanya. "Adik-adik.. Sahabat along tu dah berkenan pada adik. Tapi along tak sangka pula sampai sangup dia buat macam ini. Tapi cop syarikat dekat depan surat itu memang cop syarikat tempat abang kerja, yang pasti Anuar pun kerja dekat situ". Fakrudin masih lagi tergelak. Fitri kehairanan begitu juga dengan Mak Som. " Along cakap yang Fitri tengah tunggu kerja itu yang dia offer adik kerja jadi wife dia. Pandai betul kau Anuar".Fakrudin meneruskan tawanya sambil menggelengkan kepalanya.

"Anuar kawan kau tu ke Din", tanya Mak Som pada nak terunanya itu. "Yelah mak Anuar mana lagi.. Anuar bertuah itulah" jawab Fakrudin yang kini telah reda tawanya. "Adik.. kawan along itu baik. Along kenal sangat dengan dia satu university dengan Along, sewa rumah yang sama, tempat kerja sama. I"am really know his .Beliave me he is the righ person for you! . Fitri hanya memandang emaknya kemudian abangnya itu silih berganti. Malu dia dengan situasi itu. Mak Som hanya tersenyum. Memang sebelum ini Fitri ada dengar emaknya memuji Anuar dihadapannya tapi dia buat tak tahu sahaja. Abang Anuar, Abang Anuar Fitri membisikan nama itu beberapa kali didalam hati. Jaga kau nanti sambungnya lagi.

Malam ini adalah malam 1 Syawal. Kedengaran Takbir raya berkumandang di corong radio juga di televisyen cukup menyentuh hati. Mak Som dan Fakrudin sibuk memansang langsir baru. Fitri pula sedang berbual dengan seseorang. Sesekali mata Alongnya mencuri pandang padanya sambil tersenyum nakal. Begitu juga dengan emaknya. Anuar berada ditalian. Anuar meminta kebenaran daripada Mak Som untuk bercakap dengan Fitri. Fitri tak mahu tapi setelah maknya dan alongnya memaksanya dia terpaksa berbual dengan permuda itu.

"Maafkan Abang ya Fitri andai Fitri tak suka dengan kehadiran surat itu", lembut suara Anuar berbicara. "Fitri marah abang ke?" tanya Anuar lagi. " Tak", jawab Fitri ringkas. "Habis itu kenapa tak nak cakap dengan abang?" tanya Anuar lagi. Fitri serba salah. "Erm.. Fitri tak tahu nak cakap apa?" jawab Fitri. Kedengaran suara Anuar ketawa disebelah sana. " Fitri kalau boleh abang nak masuk meminang Fitri. Itupun kalau Fitri izinkan". Fitri terkedu. "Fitri" Fitri dengar tak apa yang abang cakap ni. Abang dah minta izin pada emak Fitri tapi mak suruh abang tanya pada Fitri", terang Anuar lagi. "Mak? Mak mana?", tanya Fitri. "Mak Fitrilah" jawab Anuar. "Belum jadi menantu dah panggil mak kita mak ke?" tanya Fitri. Anuar ketawa. " Tak boleh ke?" Anuar menduga. Ya Allah kuatkanlah imanku ya Allah, Fitri berdoa didalam hatinya. "So macam mana kita ni?"sambung Anuar lagi apabila didapatinya Fitri hanya mendiamkan diri. "Erm..Fitri tak tahu abang bincang dengan mak dengan abang Fitri ya" jawab Fitri. "Terima kasih Fitri, terima kasih sebab terima diri ini. Abang bersyukur sangat". Tak lama kemudian talian dimatikan setelah mengucapkan salam.

Baru sahaja Fitri meletakan gangang telepon. Alongnya datang menghampirinya. "Macam mana adik. Setuju?" tanya Alongnya sambit tersenyum. Mak Som juga menantikan jawapan dari Fitri. "Fitri serahkan segalanya pada mak dengan Along" jawab Fitri perlahan. Alongnya tersenyum. Mak Som gembira dengan pilihan anaknya itu. "Kak Fitri" Kak Fitri" tertiba kedengaran suara orang memanggil diluar rumah. Fakrudin segera menjenguk. "Abang Din, Kak Fitri ada? Ini ada surat untuknya. Posmen salah antar dia antar kat rumah saya" jelas Syamsul anak ketua kampung yang masih menuntut di tingkatan lima. Syamsul kemudian menghulurkan surat itu kepada Fakrudin. "Terima kasih Syamsul" ujar Fakrudin kemudian melihat Syamsul yang berlalu pergi. "Adik ada surat untuk adik", Fakrudin memberi sampul surat yang berwarna coklat itu kepada Fitri. Fitri berdebar menyambutnya. Tangannya pantas membuka sambul surat itu mengeluarkan isinya untuk mengetahui isi kandungannya. "Alahamdulillah mak Fitri dapat kerja" Fitri melompat sambil memeluk emaknya itu. " Adik tengok betul-betul takut dapat surat yang macam petang tadi" usik Alongnya. Fitri mencebikkan bibirnya pada Alongnya. "This is the true letter. Science officer Along not wife position" terang Fitri sambil matanya bersinar memandang abangnya itu. " Mak Fitri dapat tawaran jadi pegawai sains, kiranya temuduga yang Fitri pergi enam bulan lepas berjaya mak" jerit Fitri. "Alhamdulillah", ujar Mak Som yang turut gembira dengan kejayaan anaknya itu.

Malam itu Fitri tidur dengan linangan air mata. Tanda kesyukuran pada yang Esa. Dipertemukan dengan Abang Anuar serta tawaran kerja sebagai Pegawai Sains yang ditunggu-tunggunya selama ini. Takbir raya yang berkumandang dari radio kecil dalam biliknya itu membuatkannya lebih bersyukur lalu dia mengangkat wuduk untuk sujud pada yang Esa. Dia benar-benar gembira mungkin ini sinar syawal cahaya aidilfitri buatnya. Dan baru tadi juga Fitri tahu yang Abang Razif itu sebenarnya sepupu Abang Anuar. Dia tanya pasal Fitri untuk Abang Anuar rupanya. Ternyata kasihnya masih teguh buat Ramlah. Ya Allah aku bersyukur. Aku yakin pada janjimu ya Allah "Mintalah PadaKu Nescaya Aku akan kabulkan" ternyata segala yang aku inginkan telah Kau makbulkan ya tuhanku. Aku bersyukur dan hanya padaMu akan kuletakkan segala pengharapan dan pengabdian. Air mata Fitri menitis lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...