Tuesday, October 19, 2010

Berbual Di Toilet

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, Ali singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu Ali ingin beli. Ketika Ali sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut Ali terasa memulas. Apalagi Ali pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas Ali tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi Ali pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, Ali terdengar orang dari sebelah bersuara,

"Haa, camna sekarang ?"

Memikirkan mungkin orang sebelah ingin menghabiskan masa, dia menjawab."Okgak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??"

Ali terus membalas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??".

Ali selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian Ali terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: Jgn bercakap ketika sedang melepas

1 comment:

Anonymous said...

lawak hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...