Saturday, October 9, 2010

6 tips bagaimana menjadi ketua [walaupun Anda bukan ketua]

1. Bijak membuat keputusan.

Untuk menjadi ketua walaupun Anda bukan ketua, fikir cadangan bernas kemudian beranikan diri mengutarakan idea itu sebagai satu keputusan yang lahir dari fikiran Anda sendiri. Setiap organisasi sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk menjadi semakin baik, bertambah baik. Dalam proses untuk menjadi lebih baik, ketua organisasi perlu membuat keputusan. Di sinilah peluang Anda. Anda perlu bijak membuat keputusan supaya kawan-kawan Anda menanggap Anda sebagai seorang ketua kerana Anda bijak membuat keputusan setanding ketua sedia ada.

2. Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.

Elakkan mengomen-ngomen, mengomplen-ngomplen, mengata atau memburukkan-burukkan. Untuk Anda menonjol menjadi seperti ketua, inspirasikan kawan-kawan sekerja Anda. Beri semangat, wujudkan rasa kekitaan, pentingkan manfaat bersama, wujudkan rasa bertanggungjawab di antara Anda dengan rakan-rakan Anda. Lebihkan memberi. Elak mempersoalkan hak, maruah dan kepentingan. No selfishness!

3. Rancang, organisasikan, pimpin, kawal.

Rancang apa yang perlu dilakukan, organisasikan (bahagi-bahagikan) tugas kepada kawan-kawan sekerja Anda, pimpin melalui teladan bukan melalui kekuasaan, kawal selia pencapaian. Teliti sejauh mana pencapaian organisasi. Untuk menjadi seorang ketua, Anda perlu membangkitkan rasa kekaguman di dalam hati rakan-rakan Anda. Lakukannya dengan menjadi penggerak, bukan pengikut.

4. Elak memarah, memaki, elak beremosi.

Emosi negatif menghancurkan Anda. Sebab sesiapapun tak akan suka berada dekat dengan orang beremosi negatif. JIka Anda selalu beremosi negatif, sesiapun tak suka mendekati Anda. Kawal diri Anda. Buang emosi negatif, pakai emosi positif sepanjang masa. Biar Anda yang kawal emosi, bukan anda yang dikawal emosi.

5. Pamerkan keyakinan diri

Berlakonlah menjadi orang konpiden. Kawal rasa gugup dengan mempamerkan keyakiann diri di wajah Anda. Lihat gaya orang berkeyakinan diri yang anda lihat di sekeliling anda kemudian tiru. Keyakinan diri di sini bukan maksudnya over confident, tapi keyakinan diri yang terpamer melalui air muka yang tenang serta kata-kata yang lancar.

6. Jangan tamak kuasa!

Jadilah ketua berwibawa, berkarisma dan positif perangainya. Jangan jadi ketua yang tamak kuasa, mahukan kuasa serta mahu dilihat sebagai orang berkuasa. Selalu amalkan tips pertama hingga tips kelima tadi berulang-ulang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...