Sunday, October 31, 2010

Kenapa dipukul?

Oleh Dr Suriya Osman di Nursyifa

Isteri yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segala penderitaan sama ada dengan alasan mahu mengekalkan rumah tangga atau takutkan suami. Inilah dilema yang kerap berlaku dalam masyarakat sekarang.

Senario 1

Zainon (Bukan nama sebenar) mengatakan dia jatuh tangga dan kepalanya terhentak. Lebam di lehernya tidak konsisten dengan riwayat yang diberi. Lebam di leher mempunyai kesan jari. Saya bertanya , "Siapa yang mengkasari anda? Siapa melakukan ini pada anda?"

Zainon menangis, "Doktor, sebenarnya suami saya yang mencekik saya semalam. Kini leher saya sakit, saya tidak dapat pergi kerja, saya terpaksa minta rawatan dan surat cuti sakit."

Zainon kerani di sebuah bank. Suaminya graduan yang menganggur, tinggal di rumah sementara Zainon bekerja. Ke semua duit gajinya diserahkan kepada suaminya.

Suaminya bersifat cemburu dan mengawal, sering memukul dan menengking apabila dia berasa bahawa Zainon sengaja balik lambat atau memberikan wang yang kurang. Zainon menguruskan rumah, sapu simpan, memasak dan juga bekerja. Suaminya lebih suka termenung dan menonton television.

Anak-anak Zainon yang berusia tiga tahun dan lima bulan dijaga oleh ibu Zainon semasa Zainon ke pejabat. Zainon akan menghantar dan mengambil mereka setiap hari. Zainon kurang kepercayaan bahawa suaminya berupaya menjaga anak-anak mereka di rumahnya sendiri.

Senario 2

Linda (bukan nama sebenar) pula baru kahwin lima bulan. Linda berumur 17 tahun, belum bersedia mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang menjadi temannya sehingga dia mengandung. Keluarga kedua belah pihak bersetuju bahawa jalan keluar adalah menyuruh mereka berkahwin. Anak kecil berusia dua bulan didukung Linda dengan erat.

"Suami saya marah bila anak ini menangis menganggu tidurnya. Dia naik berang, hampir melemparkan anak ini," ujar Linda dengan berlinangan air mata.

"Saya tak tahan Doktor, suami saya garang dan baran. Saya tinggal di rumah mertua sebab suami saya tidak mampu menyewa berasingan. Saya lihat mak mertua saya pun sering kena pukul dengan Pak Mertua saya. Saya tidak ada tempat nak mengadu."

Semasa Linda didapati mengandung, saya telah syorkan jangan teruskan perkahwinan itu sebab saya takutkan perkara yang mungkin berlaku akibat kedua-duanya, Linda dan pasangannya belum bersedia untuk menjadi ibu/ayah serta suami/isteri.

Begitulah secebis kisah dari file klinik saya. Ramai dari wanita ini tidak mahu melapurkan perbuatan suami dan akan menyembunyikan kejadian-kejadianny a. Ada juga yang memikirkan bahawa suami mereka berhak memukul mereka sebab sering dengar suami atau ustaz mengatakan bahawa ada ayat Quran yang membenarkan suami memukul isteri. Selain dari ini, ada juga pesakit wanita saya yang telah tidak tahan dengan penderaan berjumpa dengan pegawai di pejabat ugama untuk membuat aduan dan mereka dinasihatkan untuk jangan lari dari rumah sebab perbuatan itu adalah nusyuz dan derhaka kepada suami.

Ayat 34 dari surah An Nisa sering dijadikan hujah bagi mereka yang mempertahankan hak lelaki Muslim memukul isteri. Ayat ini telah diterjemahkan begini, "Lelaki adalah pelindung kepada wanita (qawamuna sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka memberi belanja dari hartanya). Wanita yang baik (qanitat) menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan dari tempat tidur dan pukullah (daraba). Kemudan jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka."

Dari ayat ini ramai penafsir mempunyai dua fakta:

1. Suami berhak memberi perintah kepada isteri dan menuntut isteri mengikut perintahnya.

2. Jika isteri tidak patuh, maka suami berhak memaksanya patuh dengan memukulnya.

Jika dilihat pada seluruh ayat yang sebenarnya bermula dengan menyebutkan bahawa lelaki yang bergelar rajul adalah pelindung wanita disebabkan rajul mempunyai kelebihan di atas wanita disebabkan lelaki rajul membelanjakan dari pendapatannya untuk wanita. Ini bererti bukan sebarang lelaki yang mempunyai kelebihan di atas wanita tetapi lelaki yang mempunyai sedikit kelebihan adalah lelaki yang memberi nafkah kepada wanita (isterinya).

Ayat ini seterusnya membicarakan tentang kehormatan wanita dan kesimpulan perkataan nusyuz adalah bererti wanita yang tidak menjaga kehormatan dirinya dan bukan wanita yang tidak dengar kata sebagaimana difaham umum.

Mengikut Dr Nasaruddin Umar, istilah rajul tidak boleh disamakan dengan gender lelaki. Gender lelaki disebut zakar, sedangkan rajul adalah peranan sosial seorang lelaki yang telah mencapai kelebihan dengan menunjukkan ciri-ciri tanggung jawab yang dikaitkan dengan istilah rajul. Ini bererti kanak-kanak lelaki tidak boleh digelar rajul. Begitu juga lelaki yang tidak mempunyai ciri-ciri rajul bukanlah rajul.

Mengikut penafsir mutakkhir, di antaranya Dr Nasarudin Umar, perkataan daraba yang telah ditafsirkan sebagai pukul mempunyai lebih dari satu erti. Di antaranya mendidik, memelihara, mencangkul, memberi contoh dan lain-lain. Dr Nasarudin bertanya, mengapa pula harus perkataan ini ditafsirkan dengan memukul sedangkan pada lain tempat di dalam Al Quran ia membawa maksud memberi contoh?

Pemahaman ayat ini secara literal tanpa merujuk kepada amalan Rasulullah SAW dan juga tanpa mentelitikan ayat-ayat lain di dalam Al Quran adalah tidak mengikut lunas-lunas penafsiran. Lebih banyak ayat Quran menyebutkan tentang rahmat , kasih saying, kesetaraan dan persefahaman di antara pasangan suami isteri.

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan1997, mukasurat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi begini, "Umar pernah berkata, Ya Rasul mahukah engkau mendengar aku? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami. Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana laki-laki dikuasai isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari aku memarahi isteriku dan dia membalasnya. Aku tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, “Apakah engkau tak menyukai aku menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah membalas beliau. Sebahagian mereka mendiamkan beliau sepanjang hari sampai malam.” Umar lalu berkata, “Dia celaka dan merugikan. Apakah dia merasakan aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan dari Sayidina Umar."

Demikian satu ciri khas Rasulullah SAW. Senyum, suatu senjata yang menimbulkan karisma yang begitu kuat. Bahkan ketika Umar mengutarakan ketakutan terhadap bahaya yang dihadapi kaum lelaki yang disebabkan oleh potensi pemberontakkan kaum wanita Rasulullah membalas dengan sebuah senyuman sahaja.

Perlu juga kita lihat pada contoh Rasulullah SAW. Kajian riwayat hadis menunjukkan Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isterinya malahan ada sebuah hadis Baginda Rasulullah SAW yang berbunyi begini, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya.” Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?

Baginda Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Rasulullah SAW. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? " Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”

Contoh Rasulullah SAW menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan sewenang-wenangnya. Ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan 'daraba' tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan perkataan daraba sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang dimaksudkan tidak boleh menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku bila suami memukul isteri.

Mengapa berlakunya penganiayaan seperti saya riwayatkan dari kisah benar di klinik saya? Jawapannya ada di dalam budaya kita yang mempunyai berbagai tanggapan dan pendirian yang meletakkan kuasa mutlak suami terhadap isteri dengan tiada pertimbangan tentang hak-hak isteri terhadap suami.

Masyarakat bertanggapan penderaan di dalam sebuah rumah tangga adalah "hal suami isteri" atau "perkara dalam kelambu" dan perlu diselesaikan di antara suami isteri tanpa campur tangan orang lain.

Juga terdapat sikap yang meminta wanita bersabar atas kerenah suami demi untuk memelihara keutuhan rumah tangga kononnya. Masyarakat lebih suka melihat isteri yang didera mengekalkan kedudukannya sebagai isteri daripada menjadi janda disebabkan penceraian. Isteri yang didera juga takut pada status janda yang mempunyai stigma tersendiri. Ramai wanita yang bergantung rezeki sepenuhnya pada suami tidak berupaya menyelamatkan dirinya dari situasi keganasan yang dialami.

Kurang kesedaran tentang tanggung jawab dan lebih penekanan tentang kelebihan lelaki juga menghasilkan lelaki yang tidak berciri rajul seperti yang disebutkan sebelum ini. Kita sebagai anggota masyarakat dan umat Islam yang cintakan kedamaian dan bersifat kasih sayang sesuai dengan kalimah "bismillahirahmanir ahim" perlu lakukan untuk membenteras gejala penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berleluasa masakini dengan meningkatkan kesedaran tentang hak suami dan isteri adalah antara langkah-langkah yang perlu.

Memupukkan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati juga adalah penting. Dan yang paling diperlukan adalah didikan ugama yang sempurna yang menghidupkan di dalam jiwa sanubari sifat penyayang, tanggung jawab dan adil yang mana sifat-sifat ini terserlah di dalam watak Rasulullah SAW contoh ikutan yang agung.

isteri terbaik

Pengenalan

Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan sehingga menjadikan anak-anak dara merasakan bahawa terus menjadi dara adalah yang terbaik.

Sekiranya, kita menoleh dan merenung sejarah nenek moyang kita dahulu, sepatutnya mereka lebih-lebih lagi mempunyai alasan untuk mengeluh, namun kita dapat saksikan orang-orang lama ini akan bertahan lama dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mempunyai mesin untuk membasuh pakaian. Mereka perlu mencari kayu api untuk memasak. Ah, banyak lagi alasan yang boleh digunakan untuk menunjukkan ibu-ibu kita pada zaman dahulu mempunyai sejumlah kerja yang berkali ganda untuk dibandingkan dengan tugasan kita ini!

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat? Mungkin ada baiknya jika kita menilik semula tabiat baik yang telah diamalkan oleh ibu-ibu kita dan diaplikasikan mengikut kesesuaian pada masa sekarang.

Sekiranya, ibu-ibu kita berjaya dalam kepayahan maka kita perlu lebih berjaya dengan kemudahan yang kita ada. Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menjadi 'Isteri High Class'.

Antara tip-tip yang berkesan:

1. Kurangkan leteran

Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah, kita telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan. Sebenarnya, leteran bukanlah menghilangkan tekanan.

Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya.

Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, namun menyengat sanubari sasaran kita.

Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur.

i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah menanggalkannya;

"Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik baju abang di tempatnya. Aci tak?"

ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedang-kan rumah penuh dengan aktiviti yang wajib dilakukan;

"Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?"

iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam lampin pakai buang. Mungkin dia geli;

"Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu, papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak papa?"

iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen;

"Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik. Satu lagi, adik tak boleh keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai. Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!"

Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian dengan orang yang anda ingin leteri. Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya juga. Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda dengan tepat.

Sekiranya mereka telah membantu anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang maksimum daripada mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka bosan untuk membantu lagi kerana buat salah, tinggalkan pun salah. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan sahaja tugasan itu. Bukankah ini lebih merugikan. Sekiranya kerja mereka tidak serapi mana sekalipun, ucapkanlah terima kasih dan hal ini akan membangkitkan rasa suka mereka untuk membantu anda pada masa lain.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 7: Menghadapi Cabaran dalam buku Manual Kerja Super Isteri. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

Wanita Jadi Mangsa Kerana Pilihan Sendiri

``Wanita yang kecewa mendakwa jadi mangsa apabila suami sudah kaya dia ditinggalkan, ada juga yang mendakwa suami berkahwin lagi sedangkan dia sudah banyak berkorban harta benda, wang ringgit kepada suami, tetapi semuanya dilupakan setelah suami jadi kaya atau terjumpa wanita yang lebih baik daripadanya.

Demikian cerita Norwati dalam e-mel yang dihantarkan kepada penulis dan ketika saya menghubunginya sambil berbual panjang pada satu petang, sambil tertawa terkekek-kekek beliau menambah kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah keciwa mereka menyalahkan satu sama lain.

``Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang menimpa mereka, malah ada kawan-kawan wanita yang datang bertanyakan pendapat dan pandangan saya bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa diri mereka. Saya juga kesian dengan nasib wanita yang teraniaya dan boleh saya katakan secara singkat di sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi mereka sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.

``Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang menganggap diri mereka sebagai 'mangsa' lelaki atau suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai "orang yang suka diri menjadi mangsa - Playing the role of victims. Mana tidaknya, mereka yang sanggup berkorban atas dasar cinta atau bertolak-ansur dengan suami demi kebahagian keluarga.

``Sedangkan, sikap bodoh dan ego mereka itulah sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka. Puan, saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan khas untuk digunakan bagi memberi nasihat kepada mereka yang bermasalah seperti ini.

`` Namun, selalu juga kawan-kawan datang, meminta nasihat saya. Biasanya, terdiri daripada mereka yang mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan kecil, berpendidikan rendah dan umur teman lelakinya jauh lebih rendah daripada mereka (tidak sekupulah dari sudut agama). Mereka bertanya kepada saya, ``Boleh kah, saya kahwin dengannya lelaki itu?".

``Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini terdiri daripada kaum wanita yang sudah berumur. Ada yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji 4 atau 5 bahkan ada yang lebih 6 ribu ringgit sebulan. Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah mengerjakan Haji dan pergi Umrah berkali-kali. Jadi mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki seperti itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan umurnya lebih muda)?

``Soalan mereka ini sebenarnya sulit untuk saya jawab, tetapi saya berikan jawapan yang lebih mudah, saya katakan sudah tentu tidak ada masalah kalau hendak kahwin tentu sahaja boleh!

``Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup mereka sudah jauh lebih senang berbanding dengan calon lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah mempunyai pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak dalam mengurus hidup sendiri. Malah boleh dikatakan wanita golongan ini hidup mereka sudah lebih daripada bahagia dan amat selesa tanpa suami.

``Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum keluarga, saudara mara yang kaki penyebuk. Terutamanya ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka mati nanti tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah berumur ini 'tak diselamatkan' (tidak dikahwinkan) .

``Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah sangat tentang pasangan hidup mereka, sebab kehidupan mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau setiap masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum keluarga mulalah mendongengkan kisah anak dara tak kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak larat nak dengar lagi.

``Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah. Mengikut! Jadi, sebagai kawan yang lebih berumur dan dewasa daripada mereka, bila mereka bertanyakan pendapat saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah sahaja supaya ibu bapa mereka boleh menutup mata betul-betul rapat bila mati nanti, tapi ingatlah kepada beberapa nasihat saya.

``Saya memberi mereka 7 petua, kalau nak kahwin juga dengan lelaki yang jauh lebih rendah pendapatan dan pendidikan dan berumur jauh lebih muda daripada diri mereka sendiri. Kata saya kalau ikut tujuh petua atau panduan ini kalau terjatuh pun taklah parah sangat, sebab anda sudah bersedia. Berikut adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.

``Pertama saya katakan kepada mereka dia hendaklah membeli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami? Saya percaya pembaca sendiri pun tahu.

``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya.

``Atas dasar apa sekali pun (contohnya: bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil-alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggung jawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul.

``Kalau anda sudah bersedia lepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi

``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja.

``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mertua anda biar suami puas hati dan mertua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.

``Ketiga, jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri.

``Bagaimana pun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.

``Keempat kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.

``Kelimanya jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. Kalau dia hendak menyambung pelajarannya, dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan.

``Jangan pulak kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.

``Kerana pada pandangan saya semuanya adalah salah anda, anda tidak berterus-terang dari awal dan jika ditakdirkan anda dimadukan terima saja jangan menangis jangan meratap atau membebel kepada Puan Maimunah untuk ditulis cerita anda dalam DCCK nanti.

``Keenam, jangan sekali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda. Contohnya kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan keciwa.

``Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuh nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat.

``Terimalah kenyataan, bukan semua orang boleh menjadi usahawan berjaya seperti Tan Sri Nazamuddin atau Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Anda sepatutnya terima keadaan suami anda seperti seadanya, seperti mula-mula anda bersedia berkahwin dengannya dahulu.

``Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Datuk Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apa lagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.

``Nasihat saya yang ketujuh dan terakhir, jangan sekali-kali buat joint akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari.

``Inilah tujuh nasihat saya kepada semua rakan-rakan yang ingin mendapatkan nasihat saya, dan insyaAllah mereka berjaya dalam hidup hingga beranak pinak, ini bukan soal ego, tetapi sensibility. Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggpa diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.Demikian nasihat Norwati.

Norwati seorang pesara kerajaan berjawatan tinggi juga, kini bekerja secara kontrak dengan kerajaan. Tidak berumah tangga, mungkin kerana tidak ada jodoh dan lebih selesa bekerja. Ketika ditanya apakah beliau merasa sunyi setelah bersara kerana tidak mempunyai keluarga, katanya hidupnya terlalu sibuk, selain membaca, melayari internet, menulis, mendengar ceramah agama beliau juga suka melancong. Jadi hidupnya tidak pernah sunyi.

Betul juga, sunyi sebenarnya terletak kepada diri sendiri, kalau tidak tahu menggunakan masa memanglah sunyi. Ada juga mereka yang mempunyai keluarga terasa hidup mereka sunyi apabila anak-anak dah besar, bekerja dan meninggalkan mereka. Ada juga yang terlalu sibuk, sudahlah semasa mudanya sibuk mengurus anak-anak, dah tua pula terpaksa menjaga cucu, itu terpulang kepada diri sendiri menguruskan hidup masing-masing.

Kata Norwati walaupun tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak dia selesa dengan hidupnya sekarang, yang penting mesti membuat persediaan dari awal, ada simpanan wang, ada rumah dan kereta, jadi kita tidak perlu bergantung kepada orang lain, kita boleh urus diri sendiri.

Demikian pandangan seorang wanita yang tidak mempunyai keluarga, bagaimana pun terpulang kepada anda memikirkannya mengikut pilihan anda sendiri sama ada mahu berkahwin ataupun tidak. Tapi yang penting katanya jangan menyesal kalau menjadi mangsa suami, kerana ia adalah pilihan anda sendiri. Sebaik-baiknya kaum wanita hendaklah mempunyai perancangan masa depan untuk diri sendiri.

-Maimunah

Petikan: www.ceria.com.my

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan ..

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin,kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada di bawah naungan suami.


Sumber: www.lelakiperkasa.com

Hidayah6

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Sumber: Utusan Malaysia

DARIPADA Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan, ia akan beroleh pahala seperti pahala pengikutnya dengan tidak berkurangan pahala mereka sedikit pun. Sesiapa yang mengajak kepada kejahatan, ia akan mendapat dosa seperti dosa yang mengikutnya tanpa mengurangkan dosa mereka sedikit pun. (Hadis riwayat Muslim)

Penglibatan insan berketurunan Baba Nyonya Melaka ini dalam kerja-kerja sukarela serta dakwah, terutamanya di kalangan mualaf atau saudara baru bukannya bersebab atau mempunyai misi untuk kepentingan peribadi.

Bahkan, bapa kepada dua orang anak ini telah memulakan tugas-tugas kebajikannya dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau Perkim dan semakin serius apabila mendapat sokongan daripada Ustaz Amran, Pegawai Dakwah di Perkim.

Malahan atas kesungguhan yang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan berdedikasi, akhirnya Mohd Najib Chan Abdullah, 49, ditawarkan menjadi ahli keluarga pertubuhan tersebut, iaitu sebagai Pembantu Dakwah pada awal tahun ini.

Katanya lagi, aktiviti seperti program ziarah, menolong saudara baru yang memerlukan serta memberikan tunjuk ajar dari segi pengetahuan ilmu agama Islam dan bergerak aktif atas platform Perkim Cawangan Pergerakan Belia, Wilayah Persekutuan atau singkatannya Perkim Gerak.

``Hati saya lega setiap kali berjaya membantu mereka yang memerlukan. Kegembiraan raut wajah yang terpancar di air muka mereka ini, benar-benar membuat hati saya puas dan tenteram.

``Memang sukar hendak diluahkan dengan perkataan. Sekurang-kurangnya, bantuan yang dihulurkan ini menjadi penawar duka dan kemantapan iman, sekali gus menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang walau apa dugaan yang melanda,'' luah Najib redha dengan dugaan Allah s.w.t. iaitu kehilangan isteri tercinta pada Jun lalu akibat penyakit kanser.

Akui Najib, walaupun beliau pernah diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti diberhentikan kerja dan bergelar penganggur berbulan-bulan lamanya, namun pemergian Nor Aisah Omar, meninggalkan kesan mendalam kepada mereka sekeluarga termasuk ibu mentuanya, Zainah Abu Bakar yang tinggal bersama sejak tahun 1996.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semuanya ini ketentuan Ilahi dan sebagai hamba-Nya kita mestilah menerimanya dengan penuh kesabaran.

Menyedarinya, Najib menerima kenyataan ini. Beliau lega kerana telah memberikan layanan terbaik kepada isterinya.

Selain itu, beliau juga yakin dan percaya bahawa kesabaran itu ada ganjarannya yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Malah bergelar ketua keluarga, Najib sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar dugaan diterima dengan redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Manakala, bagi Zainah pula tidak ada gunanya meratapi pemergian anak sulungnya kerana Allah s.w.t. lebih menyayangi Nor Aisah.

``Makcik pernah menyuarakan kepada cucu yang Makcik tidak mahu menyediakan juadah-juadah seperti sambutan raya sebelum-sebelum ini kerana tidak mahu terkenangkan arwah.

``Tetapi apabila didesak dan dipujuk oleh cucu-cucu, barulah Makcik sedar, yang pergi tetap akan pergi tapi kita yang hidup kena teruskan kehidupan,'' kata Zainah dengan suara tersekat-sekat cuba menahan kesedihan.

Tambah dua beranak ini lagi, arwah merupakan seorang yang periang, pemurah, bersikap keibuan dan sering bersama Najib mengikuti pelbagai aktiviti kebajikan dan program ilmu, terutamanya semasa beliau disahkan mengalami kanser tangan.

Laungan azan

Najib memeluk Islam pada tahun 1985 setelah terdengar laungan azan dari Masjid Jamek yang terletak di Jalan Tun Perak. Insiden tersebut telah mengimbau kembali memori beliau pada zaman kecilnya.

``Kali pertama saya terdengar bunyi azan semasa berusia 10 tahun. Saya berada di dalam kereta bersama ibu dan ayah di hadapan Masjid Tengkera di Melaka. Secara spontan saya tanyakan kepada ibu, bunyi apakah itu? Jawab ibu, itu lagu orang Melayu.

``Selepas saat itu, ia terkubur begitu saja. Pada tahun 1975 saya berhijrah ke Kuala Lumpur sehinggalah pada saat saya mendengar kembali laungan azan, perasaan saya bagai diseru-seru,'' cerita Najib yang mengucap dua kalimah syahadah di Perkim Petaling Jaya setelah mendalami ilmu agama Islam di bawah tunjuk ajar Ustaz Yusuf dan Ustaz Hafizan Abdullah di situ.

Tambahnya, pembelajaran secara formal dan konsisten, secara tidak langsung menjadikan matlamat bergelar Muslim sejati semakin hampir tercapai.

Malah katanya, nama Mohd Najib diperoleh daripada buku panduan telefon. Beliau menyenaraikan kira-kira lima atau enam nama tetapi nama yang bererti keturunan yang mulia, yang cerdik ini menjadi pilihan bakal ibu mentua.

Bercerita detik perkenalan dengan isterinya, kata Najib, mereka merupakan teman sekerja. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Balai Polis Beruas, Perak secara besar-besaran.

``Waktu itu perkahwinan campur merupakan sesuatu yang istimewa. Jemputan mencecah 1,000 orang kerana bukan sahaja unik tetapi ini merupakan majlis perkahwinan anak sulung kepada pasangan Omar dan Zainah,'' cerita Najib sambil diakui oleh ibu mentuanya.

Mengenai halangan yang dilalui sebelum dan selepas bergelar Muslim, kata anak keempat daripada lima orang adik-beradik ini, budaya orang Melayu dengan bangsa Baba Nyonya tidak banyak berbeza.

Kehidupan seharian antara dua golongan ini banyak persamaan cuma yang membezakan ialah dari segi kepercayaan dan pegangan agama.

Rahsia

Oleh kerana itu beliau tidak merasa asing dan keluarga pula tidak menentang. Walaupun pada awalnya, beliau merahsiakan pengIslaman daripada pengetahuan keluarga dan saudara mara.

Kata Najib lagi, beliau tidak menghebohkan berita pengIslamannya kepada teman-teman, sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam kerana takut kehilangan mereka serta dipandang serong.

``Beberapa tahun selepas pengIslaman, barulah pecah rahsia. Itupun selepas mereka nampak saya berpuasa dan menunaikan solat Jumaat barulah mereka tahu,'' kata Najib yang pernah mempraktikkan ibadah-ibadah seperti puasa sebelum memeluk agama Islam.

Akui bapa kepada Nabilah Farhanah, 15 dan Mohamad Nazmi, 10 tahun ini lagi, kesungguhannya mendalami ilmu diteruskan selepas berumahtangga, iaitu sentiasa berkunjung ke masjid atau surau serta menyibukkan diri dengan aktiviti kebajikan.

Jiman

Ceritanya berkenaan seorang pemuda yang lurus. Jiman namanya. Rasanya takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jiman ni tinggal di sebuah kampung di negeri Pahang. Bila tiba bulan puasa, Jiman jadi sibuk.Tarawih, tadarus dah jadi wajib. Biasanya Jiman solat asar di Masjid.

Lepas asar, Jiman tolong Tok Siak masak bubur lambuk untuk berbuka. Siak memang perlu pembantu. Adanya Jiman buat dia mudah bekerja. Jiman pun kira cepat belajar. Kalau kebetulan Siak lambat ari tu, Jiman dan start siapkan pekakas. Daun bawang, daun sup, bunga lawang, kulit kayu manis, jintan putih, jintan manis, buah pelaga, pucuk paku, semua Jiman dan siapkan.

Tulang rusuk lembu pun kalau ada orang sedekah, Jiman dah siap potong.Kira ok lah.... Tapi tak konfiden kalau harap dia buat sendiri.

Siap masak, Jiman balik kerumah jinjing plastik bubur untuk adik beradik dan mak ayah bebuka dirumah. Selalunya sebelum bebuka Jiman dah ada balik kat masjid, balik rumah tu kira nak mandi je. Dia yg tukang hidang. Lepas berbuka dan solat Maghrib, Jiman kutip pulak semua pinggan cawan kotor dan letak kat dapur masjid. Nanti ada bebudak akan datang basuh. Diorg ni dapat upah dari Siak.

Jiman kena bentang sejadah pulak... untuk solat isya' dan tarawih. Solat tarawih, Jiman pilih tempat duduk sebelah bilal. Ada sebabnya... harapan Jiman, suaranya menjawab selawat nanti akan masuk kedalam mikrofon bilal tu. Jadi speaker atas menara masjid akan bawak suara tu ke seluruh kampung.

Dah biasa bagi orang kampung tu dengar suara Jiman bulan puasa. Setiap kali Jiman jawap selawat "Sallallohhhh... salamualaikkkkkkkkk....." sambil badannya senget kearah kiri yang ada Tok Bilal, macam nak tekeluar anak tekak Jiman, sampai bergegar masjid. Yang di sebelah kanan Jiman mesti tutup telinga, bingit. Tapi suara Jiman tu lah yang memeriahkan lagi tarawih di masjid tu.

Lepas tarawih, sambung pulak tadarus. Memang Jiman antara yang pandai mengaji di kampung tu. Imam yang selalu jadi tekung tadarus tu pun suka Jiman baca dengan tajwid dan lagu yang above average. Kalau takde Jiman, tadarus jadi sikit muram. Lebih kurang pukul dua belas,baru Jiman balik kerumah. Itu pun kalau takde kawan ajak tidor masjid. Kalau 10 malam terakhir, memang jarang Jiman balik rumah.

Pukul 4 pagi, Jiman dah mula ketuk buluh keketuk keliling kampung kejutkan orang bersahur dengan 4 ~ 5 orang member sebaya. Pukul 5 Jiman balik rumah bersahur... Pastu solat Subuh... pastu baru boleh tidor lama sikit, kalau takde keje.. Bayangkanlah betapa packnya program Jiman bila tiba bulan puasa.... tapi pasal seronok, Jiman tak pernah rasa letih. Mungkin Jiman ni jenis yang Rasullullah kata golongan yang seronok dengan Ramadhan dan diorang ni tak dimakan api neraka. InsyaAllah.

Walaubagaimanapun, letih tu tetap ada... walau ditahan kekadang tu mata tu terlelap juga. Kekadang kalau terlelap waktu tarawih, akan ada kawan yang cokek rusuk Jiman untuk memastikan selawat tetap berjawap. Itu dah tugas Jiman.

Nak jadi cerita, satu hari Jumaat sedang Tok Khatib baca khutbah, Jiman tertidor dengan nyenyaknya. Sekali sekala tersentak dek airlior yang mula nak keluar, dan untuk kontrol macho, Jiman akan berlagak seolah-olah sedang kusyuk menghayati khutbah.

Dah letih sangat agaknya, Jiman kalah dengan matanya sendiri. Di Pahang, ketika imam duduk antara dua khutbah, selawat akan dibaca sebagai permulaan doa. Kebetulan, masa bilal baca selawat, Jiman terjaga....apa lagi.... Jiman pun jawap selawat "Sallallohhhh... salamualaikkkkkkkkk....." sambil badannya senget kearah kiri yang tak ada Tok Bilal, macam nak terkeluar anak tekak Jiman, sampai bergegar masjid. Makmum di sebelah kiri Jiman yang sama tertidur, terkejut beruk, bingit. Terus spontan menyergah Jiman. Terkejut beruk Jiman kena sergah. Suara Jiman kali ni tak pulak memeriahkan masjid, tapi membuat semua terkejut.

Bukan setakat makmum lain yang kebanyakannya juga terlelap,malah Khatib atas mimbar pun terkejut... panik macam ada bom meletup... selepas seminit,baru Jiman perasan yang disebelah kiri dia bukan tok bilal... yang dijawab bukan selawat terawih.. yang hari bukan malam... dan solat tu bukan solat tarawih tetapi solat Jumaat. Terus Jiman mintak maaf pada semua jemaah.

Yang cepat sedar apa sebenarnya berlaku, mula tak tahan gelak. Bukan setakat makmum aje yang tergelak, malah Khatib atas mimbar pun bekerut muka tahan gelak.

Kata-kata lelaki yang tak boleh dipercayai

Nie ada beberapa kata-kata lelaki yang x berapa boleh dipercayai jika tidak disertakan dengan bukti2 pembelian

1. "i syg sgt pada u... i tak der p'puan lain selain u..."

<--- padahal awek keliling pinggang, nama i berada pada page 40 dalam buku senarai awek die

2. " i luv u the way u are.. x kisah la u kurus @ gemok.. "

<---- bile awek da gemok trus kena dump, stok ader lagi..

3. "Sumpahhhhhh!!!!!! I Tak kawin lagi"

<-----padahal anak dah sama bnyk mcm tangga batu caves daaaa.......

4. "Eh, mana ade.. i kat rumah nie.. penat sgt la.. nak berehat..."

<-----padahal dier ade je lepak2 makan kat luar....

5. "i susah nak suka kat perempuan..."

<----tau tau esok dh tunang... ape kes...

6. "muka u sama mcm ex awek i dulu"

<----padahal awek dia dulu hidun penyek, i takk heheh

7. "dulu, awek i tinggal i camtu je... rupa2nya dia ada org lain..... lama jugak i single... susah nak percaya pompuan, then i jumpe u..."

<----aii awek tinggal die ker, dia yang tinggal awek tu...

8. "eh.. i tak bole cakap dgn u lama2 nie, mak i ade sebelah... "

<---mak ka bini ka awek ka???

9. "u lah kekasih i yg pertame dan terakhir.."

<---padahal i nie awek keberapa die tah...

10. "apa pun yg terjadi kita mesti pertahankan hbgn kita.."

<--- last2 die yang mintak putus.....

11. awek : "kalo ex u dtg balik, u terima tak dia?"

pakwe : "Mustahil"

<--- padahal tu yang dia tunggu2

12. "kalau u xpecaya amik kapak belahlah dada ini..."

<---padahal jari luka pun pengsan, nie nak suruh belah dada, pigi daaa

13. Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap tak nak yg Cantik

<--- kat luar...bukan main lagi berpusu2 nak usha pompuan cantik..

14. Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap...gemok tuh ok...nak yg gemok..chubby

<---kat luar....bukan main lagi nak usha yg perut slim..

15. Kat lam telefon bukan main lagi berbuih2 ngan janji2 manis...tak peduli tengok rupa

<---bila jumpa in real life tengok rupa gemok...lari lintang pukang.

Saturday, October 30, 2010

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Buang anak????!!!

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Cinta tiada rahsia!

selama 8 thn erina & johan berhubung melalui internet dan banyak pengorbanan yang tlh mereka lakukan.selama itu jugalah, gurau senda, gaduh mencemuh, dah sebati dlm diri mereka. Erina gadis u yang cantik dan berkulit gebu,berketerampilan metured & tegas. Tak hairanlah ramai yang cuba memikat & pada waktu itulah johan tlh menjadi johandi hati erina.

            Ini kerana johan juga x kurang hebatnya, dgn tubuh yang tegap, berstail dan cerdik, ramai juga perempuan tergila2kanya, akan tetapi erina mengambil keputusan untk melanjutkan pelajarannya di nevadalas vegas, & johan pula terpaksa mengendali syarikat milik arwah bapanya, kerana tertakluk dlm wasiat dan tidak mahu menderhaka, johan akur dengan semua ketentuanya.

            Kini waktunya telah tiba,erina kembali ketanah air, dan dengan teruja johan menjemput kekasihnya di airport. Setelah sekian lama tidak bersua muka, bermacam-2andaian & kemungkinan bermain d kepala kedua mereka. dari jauh erina melambai dan dgn senyuman di sambut oleh johan. tanpa berlengah johan membawa erina ke hotel untk berborak-2 di cofee house,"nak makan", tanya johan."u order untuk i & i order untuk u "jawap erina. deal!!!sambil bergurau senda (maklumlah lama x jumpa) pesanan pun tiba. steak untk johan dan spagethee untk erina.

          Sedang mereka asyik bersantap tiba-2 ''kting" sesuatu jatuh dlm pinggan johan,rupa-2nya gigi palsu johan terlepas kerana mengigit steak yang liat. erina tergelak, johan pulatersipu malu.haha..."akhirnya terbongkar juga rahsia u kan?". johan membisu kerana tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. "excuse me", waiter dtg dgn membawa kipas,maaf tuan & puan aircond di cfhouse ni tetiba je rosak, tu yang saya bawakan kipas ni untk sementara waktu. Johan & erina menganguk tanda setuju, lalu kipas pun di buka dantiba-2 "sweing"rambut erina terbang,johan pun apalagi tergelak besarlahdia. "rupa-2nya u pun berahsia juga".

Gadis yg dibawa balik

Tahun 2020. Namun masih ade gak org yg berfikiran kolot lagik. Kampung Semut Warna Warni.
  
"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham ngan bapak ni.."
  
"Tak paham apa pulak Din.."
  
"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."
  
"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."
  
"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"
  
"YaAllah ...Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikirankolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."
  
"Bapak..walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Takkira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! pahambapak? sudah lah!"
  
Malam tu...
  
Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.
  
Apanak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah darimana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpdbapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apelabapak ni..
  
Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...
  
Dengan sepantas kilat  Din menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.
  
Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni...Aku dah agak pompuan ni  pontia.."
  
Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..

  
"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!





Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...

  
"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

Duda bertemu janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Kuala Lumpur kah yang bersalah?

Julia (Bukan nama sebenar) datang ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta. Ibu bapanya dengan berat hati membenarkan anak kesayangannya datang ke ibu negara untuk mencapai cita-cita. Diiringi pemergian si anak dengan doa dan harapan yang menggunung. Tidak lupa perbelanjaan yang lebih dari mencukupi untuk dua tahun Julia di kolej tersebut.

Julia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi diploma dalam bidang yang diminatinya. Pada mula, tumpuannya lebih kepada pelajaran. Tiada langsung terlintas di hatinya untuk menghabiskan waktu dengan sia-sia. Namun semuanya berubah apabila dia berkenalan dengan seorang pemuda bernama Amran (Bukan nama sebenar). Julia yang masih naif dengan segala asam garam kehidupan di bandar besar jatuh cinta pada Amran.

Amran cinta pertamanya yang terasa begitu agung pada tika itu. Rasa indah kali pertama jatuh cinta bagaikan membawa Julia ke dunia lain. Tiada lagi buku yang menemani. Hanya Amran yang sering terbayang di matanya. Kelab malam sudah pandai dijejaki. Kerana sayang, wang pemberian ibu bapa dan biasiswa yang ada, habis diserahkan kepada Amran.

Cinta yang menggunung itu juga akhirnya telah meragut ‘mahkota’ yang selama ini dipertahankan. Amran berjanji bertanggungjawab di atas perlakuannya itu. Tetapi janji tinggal janji apabila Amran menghilangkan diri. Julia bagaikan hilang akal. Sudahlah wangnya habis, ‘mahkota’ nya juga kini sudah hilang tanpa bisa diganti lagi. Lebih parah, dia disahkan mengandung kerana ‘cinta agung’ nya itu. Mahu sahaja dia membunuh diri kerana tidak tahu bagaimana harus diselesaikan masalah itu besar itu. Semakin menekan perasaannya, Amran dijumpai mati kerana berlebihan dadah. Barulah Julia tahu bahawa Amran selama ini menagih dadah. Kerana itu Amran kerap meminta duit darinya walaupun mempunyai pekerjaan.

Dunia bagaikan sudah berakhir bagi Julia. Pengajiannya terpaksa digantung kerana prestasi yang sudah tidak memuaskan lagi. Dengan berat hati, Julia pulang ke kampung dengan kandungan yang sudah semakin sarat. Ibunya meraung tidak sudah melihat kepulangan anak kesayangannya. Bapanya hampir sahaja menjadi pembunuh anak sendiri. Julia tidak henti-henti menyesal kerana perbuatannya selama ini.

Kisah seperti ini bukan jarang didengari dalam masyarakat kita. Saban hari ada sahaja cerita sedih sebegini yang boleh kita dengar dan baca. Di manakah salahnya hingga anak-anak gadis kita bertindak bagaikan tidak punyai akal fikiran? Cintakah yang bersalah hingga mereka sanggup mengorbankan diri demi cinta yang konon-kononya terlalu agung, mengalahkan cinta pada Ilahi? Atau kerana Kuala Lumpur yang bagaikan tidak mati kerana penuh pelbagai jenis hiburan?

Cinta tidak pernah menyuruh manusia yang sedang merasainya mengorbankan diri kerananya. Cinta itu indah jika ia dijaga dengan sebaik-baiknya. Cinta itu bukan dosa jika kena pada caranya. Hanya manusia sahaja yang menjadikan cinta itu kepada dosa yang teramat pedih balasannya kelak. Seperti Julia dalam kisah di atas, dia gagal mentafsir erti sebenar cinta. Dia diugut untuk ditinggalkan jika tidak menuruti kemahuan kekasihnya. Kerana sayang (kononnya) dia menuruti kehendak si kekasih walaupun dia sedar perbuatan itu salah dan berdosa besar. Alangkah malangnya jika seorang gadis yang sudah bijak berfikir kalah dengan permainan seorang lelaki seperti itu. Lebih malang jika gadis itu berpendidikan tinggi dan kenal hukum agama yang melarang perbuatan berdosa seperti itu. Kerana takut kehilangan seorang lelaki, sanggup mengorbankan perkara yang paling berharga buat dirinya. Cinta dijadikan alasan kerana mengorbankan diri. Sekali lagi diingatkan, cinta tidak pernah meminta pengorbanan seperti itu. Cinta juga tidak pernah meminta bukti sebegitu.

Cinta itu buta. Benarkah sebegitu sehingga Julia sanggup mengorbankan segala-galanya demi Amran? Cinta tidak pernah mahu dianggap buta. Hanya manusia yang buta hati dalam menilai cinta. Tidak pernah mendahulukan iman dan akal dalam membuat keputusan. Semua yang dilakukan berlandaskan nafsu dengan tiket cinta. Apabila suatu musibah terjadi, sekali lagi cinta dipersalahkan. Cinta itu dosa, cinta itu buta, cinta itu merosakkan manusia. Kasihan cinta. Ianya begitu suci, begitu indah tetapi dipersalahkan di akhirnya.

Bersalahkah bandar raya Kuala Lumpur yang sentiasa tersenyum ini? Bila manusia hilang pertimbangan hingga merosakkan diri, Kuala Lumpur dipersalahkan kerana melalaikan manusia. Kuala Lumpur terlalu dipenuhi hiburan duniawi. Kuala Lumpur sudah terpalit dengan pelbagai dosa yang hitam pekat warnanya. Kuala Lumpur telah merubahkan mereka dari seorang yang sentiasa patuh pada suruhanNya kepada mereka yang alpa dengan segala keseronakan duniawi. Kuala Lumpur yang mengenalkan mereka dengan kelab malam, minuman yang memabukkan dan segala macam lagi kerosakan. Kasihan Kuala Lumpur, dipersalahkan kerana pemikiran dangkal sesetengah insan. Kuala Lumpur tidak pernah minta dijadikan sebegini. Manusia yang menjadikannya penuh dengan pelbagai dosa. Bagaimana wujudnya segala macam kerosakan jika bukan kerana makhluk yang bernama manusia?

Setiap hari ada sahaja pendatang baru ke bandaraya yang tercinta ini. Masing-masing memasang azam untuk berjaya di kota serba mencabar ini. Bukan sedikit yang berjaya dan tidak sedikit juga yang kecundang. Dalam usia yang muda, perasaan dan nafsu kadang kala mengatasi segalanya. Apatah lagi jika tiada iman di dada. Pendidikan agama yang mencukupi pun kadang-kala bukan penjamin hidup tidak terpesong. Apa yang penting, AKAL FIKIRAN yang berlandaskan IMAN menjadi benteng dalam kehidupan ini.

Saya belum sampai pun dua tahun pun hidup di bandaraya ini. Kisah seperti di atas sudah kerap kali saya jumpa. Kasihan, gadis muda yang punyai masa depan cerah akhirnya menjadi seorang yang tidak tentu arah. Semuanya kerana hilang pertimbangan akibat cinta yang kononnya tulus dan suci. Ada juga yang ‘bernasib baik’ kerana tidak mengandung. Tetapi apabila cinta putus di tengah jalan, mereka menjadi semakin liar.

Bagi mereka, diri mereka sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Lantaran itu, mereka meneruskan kehidupan yang songsang tanpa memikirkan keluarga yang sentiasa mengharapkan mereka jauh dari segala macam noda.

Selalu saya terfikir, apakah yang menjadi pegangan mereka waktu itu? ISLAM hanya pada nama. Pakaian dan cara hidup sudah tidak melambangkan nilai-nilai ISLAM itu sendiri. Solat jauh sekali. Sedih saya melihat rakan-rakan yang terus hanyut sebegitu. Dan apabila kita cuba menegur, kita dikatakan kolot dan terlebih alim. Setakat alasan kubur lain-lain, sudah biasa saya dengar. Aduhai, kenapa sampai begini fikiran mereka.

Pada mereka yang baru-baru hendak belajar bercinta, janganlah jadikan cinta itu yang mengawal kehidupan kalian. Cinta itu hanya satu perasaan indah yang telah Tuhan anugerahkan. Jangan jadikan ia sebagai perosak masa depan kalian sendiri. Bercinta berpada-pada, sentiasa ingat kepada ibu dan ayah yang telah berkorban untuk kalian sejak kecil.

Dan yang paling penting, jangan lebihkan cinta dari segala-galanya. CINTA KEPADA ALLAH itu yang lebih bermakna. Tatkala dilamun cinta itu, berdoalah agar cinta yang disemi ada penghujung yang bermakna. Semoga cinta yang disemi semakin mekar bersama bunga-bunga keberkatan dariNya. Walau di mana pun kalian berada, jagalah diri sebaik-baiknya. Sekali sudah tersasar, bukan mudah untuk kembali ke laluan yang betul. Sentiasalah berdoa kepada YANG ESA agar hidup kalian sentiasa dijauhkan dari perkara-perkara yang bakal merosakkan hidup kalian akhirnya.

Hati-hati apabila mendengar perbualan negatif sebab ia meracuni

Bila Anda berbual-bual dengan seseorang atau dengan sekumpulan orang, hati-hatilah sebab perbualan biasa boleh mencemarkan fikiran positif yang telah Anda cuba bina.

Ramai orang di sekeliling Anda takkan pernah tahu pekebendanya fikiran positif ni, mereka menganggap ia sesuatu yang tidak berguna, tidak menyumbang apa-apa (sebab itulah cuma ada sedikit saja orang berfikiran positif!).

Jika Anda mahu jadi orang berjaya, Anda MESTI merubah fikiran Anda menjadi fikiran positif.

Kenapa? Sebab fikiran positif membina kejayaan dan membuat Anda semakin dekat dengan kejayaan, fikiran positif akan Anda membuat Anda senang mencapai apa yang Anda inginkan.

Fikiran negatif memusnahkan kejayaan, fikiran negatif menghalang Anda daripada mengecapi kejayaan sebab fikiran negatif membuat Anda tidak dapat membuat apa-apa simply sebab Anda tidak yakin dengan diri Anda sendiri dek diselubungi kenegatifan. Anda tak nampak jalan untuk Anda berjaya dalam hidup.

Apabila ada orang mengajak Anda berbual, jangan memberi respon pada perbualan yang meceritakan perkara-perkara buruk, berita-berita buruk, situasi buruk.

Diamkan diri apabila perbualan yang Anda dengar mengarah kepada sikap buruk seseorang, kepada sifat buruknya, kesilapan-kesilapan buruk yang dilakukan oleh orang tu.

Hati-hati ya, jangan terperangkap.

Perangkap fikiran negatif ni ada di mana-mana!

Apabila Anda mendengar kata-kata buruk seperti umpatan, caci-maki, kemarahan atau sindiran, lafazkan istighfar di dalam hati banyak-banyak supaya Anda terhindar dari dijangkiti virus fikiran negatif juga untuk mengelak diri Anda dari terlibat sama dalam perbualan negatif yang Anda dengar itu.

Fikiran negatif sifatnya menggoda, membuat sesiapa saja suka bercakap hal-hal negatif sebab ia menyeronokkan, mengasyikkan. Tidak ramai di kalangan kita suka berbual hal-hal positif sebab bagi mereka segala yang positif tu tidak menyeronokkan dan membebankan fikiran.

RESEPI KEJAYAAN

ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.RENJISKAN DENGAN  SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN. UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH  SECUBIT SENYUMAN                                                        

  Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak  
  kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :              
  1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN                                  
  2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS                                
  3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD                           
  4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI                         
  5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN                     

  PERUBAHAN SIKAP                                       
  Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak   
  kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang 
  ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga  
  berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan    
  kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.    

  Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu.  
  Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun 
  dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini   
  kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.     
  Sikap mempunyai tiga eleman penting:                                    
  1. Pemikiran                                                            
  2. Perasaan                                                             
  3. Tingkahlaku                                                          

  Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin
  ke arah kecemerlangan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan      
  intelek adalah gabungan yang terpenting dalam menuntut ilmu. Seharusnya 
  kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai  
  pendorong kepada manusia untuk bergerak menjadi baik atau tidak baik.   

  Berubah Pemikiran                                                       
  Pemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu        
  bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah     
  kepada penikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju
  kecemerlangan.                                                          

  Berubah Perasaan                                                        
  Perasaan juga disebut sebagai emosi yang sering menguasai diri. Ubah    
  perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang  
  perlu dikikis iaitu:                                                    

  Perasaan rendah diri                                                    
  Ubah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan  
  diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan 
  rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah   
  semangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan.               

  Tidak mahu mengaku kelemahan diri                                       
  Sikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk 
  yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk     
  mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah 
  kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.                    

  Berpuas hati dengan apa yang telah didapati                             
  Keadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi    
  yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan.    
  Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai     
  hidup sudah sempurna.                                                   

  Berubah Tingkahlaku                                                     
  Tingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan perubahan emosi   
  dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran    
  yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran  
  akan mengubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ÎibuÌ  
  kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa  
  tingkahlaku adalah pancaran dari perubahan perasaan dan pemikiran.      


  MATLAMAT                                                                
  Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya 
  kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas 
  kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang  
  kita mahukan.                                                           

  Ciri-ciri Matlamat:                                                     

Boleh diukur                                                            
Ia perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas
dan dapat dilihat. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak.      

Spesifik                                                                
Ciri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dicapai. Jika tidak 
dikhususkan, maka matlamat tidak mempunyai asas yang kukuh.             

Realistik                                                               
Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan selain usaha sendiri. Oleh   
itu jadikan matlamat sebagai suatu kenyataan.                           

Jangka masa                                                             
Matlamat ditetapkan berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan   
jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan       
sejajar dengan matlamat.                                                

  Berdoa                                                                  
  Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha  
  bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan
  kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa   
  sepanjang usaha yang kita lakukan.                                      

  Mengenal potensi dan sikap diri                                         
  Perasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri. Rasa  
  suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dalaman pelajar. Kesungguhan 
  dan motivasi dalamam yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak 
  dan bertingkahlaku yang lebih positif.                                  


  Kesimpulan                                                              
  Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai           
  kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman  
  sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau    
  elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh    
  diubah oleh diri kita.                                                  

“  KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...                          
  DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…                           
  SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…                           
JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…                                            
  DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…                       
  KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.  “           

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga.

Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman al-Hakim

“Perempuan memang tak guna!!!”

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju.

Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

  • Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.
  • Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
  • Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg trbau haruman itu akan mnghadiahkan 1 dosa zina utk prempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu…nauzubillah….
  • Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji , kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
  • Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
  • Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
  • Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
  • Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.
  • Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik….
Sumber : Uwais Qarni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...