Thursday, September 2, 2010

BOss Hampeh (Balik Awal!!)

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah.

Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : Salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?

Bosss : Hang apa pasai:

Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Salam Boss!

Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?

Pekerja 3 : Errrrr!! Yer boss, boss baik!! he…heee!

Boss: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!! Itu fardzu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: Salam Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?

Boss : Naper?

Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!! Heee..hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...