Sunday, August 29, 2010

Terlalu Banyak….

1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

16. Terlalu banyak baca e-mail – nanti bos marah… dah, pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee…he…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...