Saturday, August 14, 2010

Syeh Nasrudin Afandi

Suatu hari seorang jiran Syeh Nasrudin Afandi meninggal dunia, maka Syeh Nasrudin Afandi bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Syeh Nasrudin Afandi dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.

Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Syeh Nasrudin Afandi tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..

Buat apa kayu itu?Tanya orang ramai.
Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan diatas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, simayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...