Friday, July 16, 2010

Wasiat Dato Thepou

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama DatoThepou.Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaanDatoThepou adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalambisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasiltipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinyamemberikan kaunseling dan motivasi agar DatoThepou berhenti menipu, namun takdihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiapmalam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari DatoThepoudisahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padamdalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati DatoThepou nak meninggalkan dunia ini, tambahpula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anakisterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buatkain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlahkain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas DatoThepou dengan genangan airmata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakaikain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agakterlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Makatempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, DatoThepouberbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sinitelah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiriDatoThepou.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abangmeninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kainyang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abangbenar-benar telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" DatoThepoumerenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri DatoThepou terus menghampirisuaminya. Dengan nada yang sedih DatoThepou bersuara, "Yang, you puntahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orangyang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah Idikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nantiMalaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akanfikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadiselamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri DatoThepou terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
smpai nk mti pon still berhasrat nk klentong malaikat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...