Sunday, July 4, 2010

menantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa
mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil
memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya
dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil
pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua
yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa
mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai
isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak
mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa
mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat
juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau
jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...