Wednesday, July 7, 2010

Mat dan bininya...

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja
rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan
setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di
rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya
dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya
Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku
bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus
ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan
anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan
suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan
air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan
dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam
peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan
balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.

Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya
jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru
diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas
pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar
kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa
kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu
uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan
pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan
suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi
jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.. Tolonglah
kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku. selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat
terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali
menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu
kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk.... !!! ~~~~~ "Bang, bang...
Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa.... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami...... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan
baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok,
terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...