Friday, July 16, 2010

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang
atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya
menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku
untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang
mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya
kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari.
Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan
pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga
amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan
ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...