Monday, June 7, 2010

Pakej OpenOffice

OpenOffice.org ialah sebuah set perisian produktiviti pejabat seperti Microsoft Office. Ia merupakan perisian sumber terbuka yang ditaja oleh Sun Microsystems. Pada asalnya ia merupakan perisian komersial yang dipanggil StarOffice. OpenOffice.org boleh digunakan dalam pelbagai sistem pengendalian seperti Windows, Linux, Solaris, Mac OS dan FreeBSD. Ia boleh membuka, menyunting dan menyimpan format dokumen Microsoft Office dengan baik terutamanya versi yang terbaru.


OpenOffice.org mempunyai antara muka yang seragam walaupun berada di dalam sistem pengendalian yang berbeza. Selain itu, kekunci pintas adalah serasi dengan kekunci pintas yang terdapat di dalam sistem Windows. Sebagai contoh untuk salin CTRL+C, tampal CTRL+V dan potong CTRL+X. Semua fungsi-fungsi yang dibina adalah untuk memudahkan pengguna membawa atau membuat kerja di mana-mana komputer walaupun mempunyai sistem pengendalian yang berlainan.

Ia juga boleh menghasilkan format PDF tanpa memerlukan perisian tambahan seperti Adobe Acrobat. Pengguna hanya perlu menekan arca "eksport terus ke PDF" atau arahan Fail "eksport ke PDF" untuk menghasilkan format tersebut.

OpenOffice.org terdiri daripada beberapa perisian penggunaan seperti:

Writer - pemproses perkataan
Calc - perisian helaian kerja
Impress - perisian persembahan grafik
Draw - perisian lukisan vektor
Math - perisian editor matematik berdasarkan MathML
Base - perisian pangakalan data seperti MS Access (versi 2 sahaja)

Banyak pakej yang ditawarkan oleh perisian ini yang pastinya dapat membantu kita. So apa lagi, jom download.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...