Saturday, June 19, 2010

Makna di sebalik kata-kata perempuan

1. Kalau perempuan tanya:Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


2. Kalau perempuan tanya:You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi:Jom pi makan. Lapar ni!


3. Kalau perempuan kata:Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi:Belikanlah untuk I.


4. Kalau perempuan kata:Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi:Tolong picit kepala.


5. Kalau perempuan kata:Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…

Makna tersembunyi:Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


6. Kalau perempuan kata:Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi:I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


7. Kalau perempuan kata:I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…

Makna tersembunyi:Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.


8. Kalau perempuan tanya:You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi:Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


9. Kalau perempuan kata:I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi:Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


10. Kalau perempuan kata:I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg `dia' dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi:Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

1 comment:

nana said...

muahaha... lepas ni buat siri bila lelaki cakap n maknanya plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...