Wednesday, May 19, 2010

Tandas

Seorang pemuda mencari2 tandas .. kes tak tahan la nie.. bila terjumpa..
terpandang akan dia signboard disitu..

"Buang Air Kecil 30 sen.. Buang Air Besar 20 sen.."

"Wah mahal juga kencing di sini. Ah, tipu aje cakap buang air besar. Penjaganya bukan tahu pun" kata pemuda dalam hati..

Setelah selesai, pemuda keluar dan menghampiri penjaga toilet.

 "Akak.. saya buang air besar" kata pemuda sambil menghulurkan wang 20 sen.

"Ehh.. tak cukup nie" kata penjaga toilet.

"Kenapa pulak? Di situ kan tertulis kalau buang air besar bayarnya cuma 20 sen"

"Macam ni encik.. kalau encik buang air besar pasti diiringi dengan buang air kecil..
tapi kalau buang air kecil tidak mungkin diiringi dengan buang air besar!"

"Jadi?" tanya pemuda

"Bayarannya 50 sen!" kata penjaga toilet yakin..

2 comments:

Sollehahn Maximus said...

haha...ade gak ke tandas camni...rofl

Laksamana said...

zaman sekarang bro, nak air kena bayar, nak buang air pun kena bayar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...