Saturday, May 1, 2010

Rancang Kewangan anda

Kebiasaannya bila tiba akhir bulan atau cuti umum, maka pasar raya akan membuat jualan murah. Ini adalah masa terbaik bagi anda untuk membeli belah kerana kebanyakan barangan ditawarkan dibawah harga biasa. Namun anda perlu membuat pilihan yang tepat kerana harga yang ditawarkan oleh sesebuah pasaraya kadangkala lebih mahal dari pasararaya lain yang berdekatan.

Bagi golongan makan gaji, perancangan yang teliti dalam berbelanja amat penting bagi memastikan pusingan kewangan teratur dan tidak berlaku lebihan dalam berbelanjan. Selain itu, menabung atau membuat pelaburan dalam unit amah juga perlu untuk memastikan kita mempunyai wang untuk digunakan apabila perlu. Namun anda perlu bijak kerana kadangkala pelaburan yang diharapkan akan menjerat diri anda.

Bagi kakitangan swasta, pelindungan insuran peribadi amat perlu. Ini kerana jika berlaku apa-apa kemalangan pada diri anda, majikan anda tidak akan sanggup untuk menaggung anda lebih dari 2 bulan. Selepas itu mungkin anda akan diberhentikan kerja dengan pampasan. Ketika inilah duit pampasan pelindungan peribadi akan berguna untuk membolehkan anda menanggung keluarga buat sementara.

Oleh itu rancang perbelanjaan anda untuk masa depan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...