klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Followers

Sunday, April 11, 2010

Tatacara Pengurusan Tembuni

Orang melayu memang terkenal dengan adat, banyak adat yang diamalkan salah di sisi agama, salah satunya cara penanaman tembuni. Masih ramai orang kita yang mengamalkan menanam tembuni dengan memasukkan paku dan sebagainya sebelum ditanam. Berikut disertakan petikan fatwa kerajaan Brunei berkaitan perkara ini.
Dalam Kamus Dewan uri itu diertikan sebagai tembuni. Tembuni pula diertikan sebagai uri yang keluar sesudah anak damit dilahirkan, sampul tian atau kakak anak. Tian pula diertikan sebagai bahagian perut tempat anak damit berada semasa dalam kandungan.

Tembuni kecil pula diertikan sebagai uri yang bersambung dengan tali pusat (tali uri).

Maka dalam penjelasan mengenai tembuni dan uri ini kita menggunakan istilah tembuni sebagai uri yang membungkus anak damit ketika dalam kandungan dan tembuni kecil sebagai uri yang bersambung dengan tali pusat allak damit. Dalam Bahasa Arab tembuni itu disebut sebagai al-masyimah (المشيمة), manakala tembuni keeil disebut sebagai al-khalash (الخلاص).

Menurut Qalyubi, tembuni kecil (al-khalash) adalah dikira sebagai sebahagian anggota anak damit keralla ia dipotong daripada anak tersebut. Adapun tembuni adalah ia tersendiri tidak dikira sebahagian daripada anggota ibu yang mengandung dan tidak juga daripada anak damit. Menurut katanya:

والمشيتة المسماة بالخلاص كالعضو لأنها تقطع من الولد ، فهي جزء منه ، أما المشيتة التي فيها الولد فليست جزءا من الأم ولا من الولد

Ertinya: Tembuni yang dinamakan sebagai al-khalash (tembuni kecil) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputus daripada anak berkenaan. Maka ia adalah sebahagian darinya. Adapun tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) maka ia bukan sebahagian daripada ibu dan bukan juga daripada anak. (Qalyubi wa 'Umairah: 1/505)

Menurut asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khathib:

فالمنفصل من الآدمي أو السمك أو الجراد طاهر ، ومن غيرها نجس ، وسواء في المشيتة وهي غلاف الولد ، مشيتة الآدمي وغيره. أما المنفصل منه بعد موته فحكمه حكم ميتته بلا شك.

Ertinya: Maka bahagian yang terpisah daripada manusia atau i atau belalang adalah suei, manakala selainnya (m an usia, ikan d belalang) adalah najis. Dan sam a juga dengan tembuni iai pembungkus anak, tembuni manusia dan lainnya. Adapun anggo~ yang terpisah daripadanya setelah matinya maka hukumnya adala , mengikut hukum matinya dengan tiada syak. (Mughni al-Muhtaj: 1/80)

Katanya lagi:
أما ما انفصل من حي أو شككنا في موته كيد سارق وظفر وشعر وعلقة ودم فصد ونحوه فيسن دفنه إكراما لصاحبها. ويسن لف اليد ونحوها بخرقة أيضا كما صرح به المتولي

Ertinya: Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau kita ragu tentang kematiannya seperti (potongan) tangan pencuri, kuku, rambut, darah beku (‘alqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya, sunat juga membungkus tangan dan seumpamanya itu dengan kain sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Mutawalli. (Mughni al-Muhtaj: 1/349)

Menurut dalam kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:

ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره

Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245)
Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni keeil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni keeil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak erkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan eninggal dunia, maka penyempumaannya adalah mengikut penyempumaan mayat anak berkenaan.

Tatacara Penghapusan Organ Yang Dipotong

Menurut Ibnu Hajar al-Haitami adalah sunat menanam (di bawah tanah) anggota yang terpisah daripada orang yang hidup dan enurut asy-Syarwani tidak harus anggota itu disembahyangkan. awasyai asy-Syarwani wa Ibn Qasim al-' Abadi: 3/161)

Berkata asy-Syiekh Sa'id bin Muhammad Ba 'Asyin, pengarang 'tab Busyra aI-Karim, bahawa anggota yang terpisah ketika hayat eorang tidaklah wajib disembahyangkan apabila hendak mernbuangnya setelah orang berkenaan meninggal. Hanya sunat •bungkus dengan kain dan ditanam sahaja. Jika orang berkenaan belurn meninggal dan anggota tersebut hendak dibuang, maka sunat ditanam sahaja tanpa perlu membungkusnya (Busyra aI-Karim:409). Namun menurut al-Mutawalli sunat juga dibungkus (Mughni -Muhtaj: 1/349).

Dengan mengambil kira pendapat-pendapat yang dijelaskan di atas, maka organ atau anggota yang diambil daripada pesakit ketika dia ih hidup bagi tujuan kajian kesihatan itu, jika hendak dibuang lah sunat membungkusnya dengan kain dan seterusnya ditanam.

والله أعلم بالصواب

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...