Saturday, April 17, 2010

Lampu HID

Cabutan berita:ARKIB : 11/10/2008 http://www.utusan.com.my/

PUTRAJAYA 10 Okt. - Pemasangan lampu hadapan jenis High-Intensity Discharge (HID) atau lebih dikenali lampu xenon tidak lagi dibenarkan ke atas semua kenderaan bermotor, berkuat kuasa Disember ini.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, ini kerana pemasangan lampu jenis itu akan menghasilkan sudut pancaran cahaya dan suhu yang tinggi mengakibatkan penglihatan pemandu lain terganggu.


Serentak itu, kata beliau, notis amaran akan dikeluarkan mengikut Peraturan 96 (2) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Pengunaan) 1959 sehingga akhir November ini.


Tegasnya, pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan itu akan dikompaun sehingga RM300.


''Mereka juga akan diminta menukar serta-merta lampu tersebut kepada lampu jenis biasa.


''Berikutan ini juga pemasangan lampu jenis ini secara berasingan yang dilakukan selepas kenderaan dijual tidak lagi dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut. Ia juga perlu mendapat akreditasi daripada SIRIM," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pertama beliau setelah dilantik menerajui jabatan itu 6 Oktober lalu di pejabatnya di sini hari ini.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Ruhaizah Mohamed Rashid dan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automatif, Ir. Zahamail Omar.


Solah berkata, JPJ akan meningkatkan penguatkuasaan penggunaan lampu jenis tersebut yang sehingga kini telah dikenal pasti sebanyak 304 kes di seluruh negara.


''Pemasangan lampu HID yang dibenarkan boleh dirujuk di cawangan JPJ berdekatan iaitu dihadkan kepada pemasangan daripada pengilang mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.


Aku pasti ramai di antara pembaca yang pernah teserempak dengan pemandu bebal yang menggunakan lampu HID/ Xenon (lampu terang bewarna puteh)pada kereta mereka. Time itu yang pastinya korang akan mengeluarkan sumpahan keramat korang kerana lampu tersebut telah menyilaukan mata korang.

Dan yang pastinya kereta yang menggunakan lampu puteh tersebut bukan lah kereta mewah pun. kebanyakan kereta tempatan kita jer dan yang biasa aku jumpa kereta myvi paling banyak guna lampu nie.

Begitulah juga pengalaman aku semalam. Aku hampir2 terlanggar divider jalan sebab kereta myvi dan pemandunya yang bangang. Da la lampu kereta nie jenis cam sportlight tambah lak lampu puteh.

penguatkuasaan perlu lebih tegas bagi menangani kesalahan ini. ini kerana lampu jenis ini boleh mengakibatkan kemalangan dari hadapan. Saranan aku kepada pemandu yang guna lampu nie, ubah ler lampu keta korang tu, x der lawanya lampu keta cam gitu

2 comments:

Anonymous said...

FAKED!..

Laksamana said...

Apa yang faked, adakah ianya terkena pada anda?? atau anda salah seorang pengguna tegar lampu HID?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...