Friday, April 30, 2010

A Beautiful Hadith/Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,


Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel...'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:


'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

ABOUT DRINKING WATER

The following will probably amaze and startle you..


One glass of water shuts down midnight hunger pangs for almost 100% of the dieters studied in a University study.

Lack of water is the #1 trigger of daytime fatigue.


Preliminary research indicates that 8-10 glasses of water a daycould significantly ease back and joint pain for up to 80% of sufferers.

A mere 2% drop in body water can trigger fuzzy short-term memory, trouble with basic math, and difficulty focusing on the computer screen or reading.

Drinking 5 glasses of water daily decreases the risk of colon cancer by 45%, plus it can slash the risk of breast cancer by 79%, and one is 50% less likely to develop bladder cancer.

Are you drinking the amount of water you should every day?

Thursday, April 29, 2010

Marriage Life Before and After !!




Before marriage.

Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..









Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!










Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere better get lost!!







Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "






 Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"






 Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you






 Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la






 Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak


Soalan Mate

1.Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut? Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.


2.Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?

3.Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.

4.Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?

5.Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

6.Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

Jika soalan berbentuk begini yang digunakan dalam pelajaran matematik, mungkin akan insaf sedikit para pelajar kita.

Cerita Kita

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng! jeng! jeng!...bunyi. ...aauuummmmm! !! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg! lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.

Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit! cit! cit! cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. ! Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuu uuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti! Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Mudah-mudahan menjadi pedoman buat kita semua...Renung-renunglah. ..fikir-fikirkan ....

wallahualam

Sunday, April 25, 2010

gula-gula manisan (cokelat nise)

Ramai dikalangan member kelantan pasti teringat zaman kanak-kanak jika tengok post aku ini. Aku pun tak gula-gula manisan ini masih wujud. Seingat aku, last sekali aku jumpa gula-gula nie kat kedai dalam belasan tahun lepas.

Bahan utama bagi membuat gula-gula ini ialah gula melaka (nise) dan kacang tanah. Kanak-kanak sekarang juga mungkin tidak meminati candy sebegini kerana telah biasa dengan gula-gula kontemporari yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit.

Next time aku akan post apa-apa makanan atau barangan yang susah atau dah lama tak dijumpai.

Tempe

Ramai dikalangan kita yang minat memakan tempe. Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari indonesia. Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.


Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.

Protein soya di dalam tempe semakin mudah diceranakan dangan proses penapaian. Secara khususnya, (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyaknya oleh kultur Rhizopus. Dalam kedai tradisional membuat tempe, kultur pencetus sering kali mempunyai bakteria berguna yang menghasilkan vitamin (seperti vitamin B12). Di negara-negara Barat, menjadi kebiasaan bagi menggunakan kultur tulen yang hanya mengandungi Rhizopus oligosporus. Disebabkan tempe dihasilkan daripada biji kacang, ia turut merupakan sumber serabut yang baik.

Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksin daripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijiran. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.

Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sos masin, dan digoreng dalam minyak. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah. Tempe mempunyai pelbagai perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti cendawan. Tempe boleh didingin-beku dan tersedia dikebanyakan negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan. Hasil soya peram lain termasuk miso, douchi, natto dan oncom.




Saturday, April 24, 2010

Sony Ericsson Naite (J105i)

Aku sekarang menggunakan telefon jenis Sony Ericsson Naite (J105i). Bagi aku telefon nie berbaloi untuk dimiliki. Memang jika kita compare, telefon sekarang ada yang lebih canggih, namun harga yang ditawar juga lebih canggih. 

Bagi aku juga telepon nie senang nak guna sebab semua fungsi dia lebih kurang ler cam nokia or model yang lain, cuma susun atur sahaja yang berbeza. Satu lagi, telefon kalau terlalu banyak fungsi pun x guna sebab apa yang kita guna hanya call dan SMS sahaja. banyak fungsi lain dalam telepon kita x guna sebab kos untuk guna tinggi atau tak tahu nak guna.

Lagi satu, telepon nie, walau cikai jer, ader gigi biru (blue tooth) untuk sambung pd PC, kalau kita ambil gambar nak send ke pc boleh ler guna. Tapi jika kita nak guna aksesori tambahan, barang sony mahal ler skit tu kelemahan utama dia.

Friday, April 23, 2010

Takaful

Takaful ( التكافل) is an Islamic insurance concept which is grounded in Islamic muamalat (banking transactions), observing the rules and regulations of Islamic law. This concept has been practised in various forms for over 1400 years. Muslim jurists acknowledge that the basis of shared responsibility in the system of aquila as practised between Muslims of Mecca and Medina laid the foundation of mutual insurance.

These fundamentals are based on the sayings of the Islamic Prophet Muhammad. Based on the hadith and Quranic verses mentioned below, Islamic scholars had decided that there should be a concerted effort to implement the Takaful concept as the best way to resolve these needs. Some of the examples are:


  • Basis of Co-operation Help one another in al-Birr and in al-Taqwa (virtue, righteousness and piety): but do not help one another in sin and transgression. (Surah Al-Maidah, Verse 2)
  • Allah will always help His servant for as long as he helps others. (Narrated by Imam Ahmad bin Hanbal and Imam Abu Daud)
  • Basis of Responsibility The place of relationships and feelings of people with faith, between each other, is just like the body; when one of its parts is afflicted with pain, then the rest of the body will be affected. (Narrated by Imam al-Bukhari and Imam Muslim)
  • One true Muslim (Mu’min) and another true Muslim (Mu’min) is just like a building whereby every part in it strengthens the other part. (Narrated by Imam al-Bukhari and Imam Muslim)
  • Basis of Mutual Protection By my life, which is in Allah’s power, nobody will enter Paradise if he does not protect his neighbour who is in distress. (Narrated by Imam Ahmad bin Hanbal)
“The basic fundamentals underlying the Takaful concept are very similar to co-operative and mutual principles, to the extent that the co-operative and mutual model is one that is accepted under Islamic Law."


" Some Muslims believe insurance is unnecessary, as society should help its victims. Muslims can no longer ignore the fact that they live, trade and communicate with open global systems, and they can no longer ignore the need for banking and insurance. Aly Khorshid demonstrates how initial clerical apprehensions were overcome to create pioneering Muslim-friendly banking systems, and applies the lessons learnt to a workable insurance framework by which Muslims can compete with non-Muslims in business and have cover in daily life. The book uses relevant Quranic and Sunnah extracts, and the arguments of pro- and anti-insurance jurists to arrive at its conclusion that Muslims can enjoy the peace of mind and equity of an Islamic insurance scheme."

The principles of Takaful are as follows:


  • Policyholders cooperate among themselves for their common good.
  • Every policyholder pays his subscription to help those that need assistance.
  • Losses are divided and liabilities spread according to the community pooling system.
  • Uncertainty is eliminated in respect of subscription and compensation.
  • It does not derive advantage at the cost of others.
Theoretically, Takaful is perceived as cooperative insurance, where members contribute a certain sum of money to a common pool. The purpose of this system is not profits but to uphold the principle of "bear ye one another's burden." Commercial insurance is strictly not allowed for Muslims as agreed upon by most contemporary scholars because it contains the following elements:

  • Al-Gharar (Uncertainty)
  • Al-Maisir (Gambling)
  • Riba (Interest)
There are three (3) models and several variations on how takaful can be implemented.

  • Mudharabah Model
  • Wakalah Model
  • Combination of both
A book by Dr Aly Khorshid "Islamic insurance, with modern approach to Islamic Banking" Some Muslims believe insurance is unnecessary, as society should help its victims. Muslims can no longer ignore the fact that they live, trade and communicate with open global systems, and they can no longer ignore the need for banking and insurance. Aly Khorshid demonstrates how initial clerical apprehensions were overcome to create pioneering Muslim-friendly banking systems, and applies the lessons learnt to a workable insurance framework by which Muslims can compete with non-Muslims in business and have cover in daily life. The book uses relevant Quranic and Sunnah extracts, and the arguments of pro- and anti-insurance jurists to arrive at its conclusion that Muslims can enjoy the peace of mind and equity of an Islamic insurance scheme.


The growth in demand for Islamic insurance over recent years, particularly within the GCC countries and other areas of the Middle East, has seen a proliferation of new companies offering Islamic insurance products in these markets. The majority of these companies are fully fledged Takaful operators, but conventional insurance companies have also entered the market with Takaful 'window' operations.


By this principle, the entrepreneur or al-Mudharib (takaful operator) will accept payment of the takaful installments or takaful contributions (premium) termed as Ra's-ul-Mal from investors or providers of capital or fund (takaful participants) acting as Sahib-ul-Mal. The contract specifies how the profit (surplus) from the operations of takaful managed by the takaful operator is to be shared, in accordance with the principle of al-Mudharabah, between the participants as the providers of capital and the takaful operator as the entrepreneur. The sharing of such profit may be in a ratio 50:50, 60:40, 70:30, etc. as mutually agreed between the contracting parties.


In order to eliminate the element of uncertainty in the takaful contract, the concept of tabarru (to donate, to contribute, to give away) is incorporated. In relation to this a participant shall agree to relinquish as tabarru, certain proportion of his takaful installments or takaful contributions that he agrees or undertakes to pay thus enabling him to fulfill his obligation of mutual help and joint guarantee should any of his fellow participants suffer a defined loss.

In essence, tabarru would enable the participants to perform their deeds in sincerely assisting fellow participants who might suffer a loss or damage due to a catastrophe or disaster. The sharing of profit or surplus that may emerge from the operations of takaful, is made only after the obligation of assisting the fellow participants has been fulfilled. It is imperative, therefore, for a takaful operator to maintain adequate assets of the defined funds under its care whilst simultaneously striving prudently to ensure the funds are sufficiently protected against undue over-exposure. Therefore the provision of insurance cover as a form of business in conformity with Shariah is based on the Islamic principles of al-Takaful and al-Mudharabah.

Al-Hari Rayais the pact among a group of people, called participants, reciprocally guaranteeing each other; while Al-Mudharabah is the commercial profit-sharing contract between the provider or providers of funds for a business venture and the entrepreneur who actually conducts the business. The operation of takaful may thus be envisaged as the profit-sharing business venture between the takaful operator and the individual members of a group of participants who desire to reciprocally guarantee each other against a certain loss or damage that may be inflicted upon any one of them.

http://en.wikipedia.org

Malaysia Takaful Product:
  • Prudential
  • Etiqa
  • Takaful Nasional
  • Takaful Malaysia and etc

“ KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH ” 23 April 2010 / 8 Jamadilawal 1431H

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH ”.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Kepimpinan yang unggul dan berintegriti merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Kepakaran dan kemahiran dalam kepimpinan serta perwatakan peribadi boleh mempengaruhi corak kepimpinan dan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Keluhuran dan keperibadian itu juga dapat mencerminkan sikap dan perwatakan masyarakat atau rakyat yang dipimpinnya.

Islam amat menitikberatkan aspek kepimpinan yang memiliki kualiti nilai insan yang hebat dan boleh menjadi contoh kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana kita mempunyai seorang tokoh yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh Umat Islam malah disanjungi oleh ramai cendekiawan Barat kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin sebuah negara dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya. Beliau memikul tanggungjawab dengan penuh amanah selari dengan kehendak Allah SWT sehingga masyarakat Arab menggelarnya al-Amin. Sabda Rasulullah SAW ;

Bermaksud:" Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”(Riwayat al-Bukhari)

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Kepimpinan amatlah penting bagi membentuk kehidupan yang sempurna. Maka lantaran itulah Allah SWT mengutus para rasul-Nya untuk mempimpin umat-umat terdahulu untuk menjadi manusia yang memiliki sifat-sifat yang menepati dengan kehendak Allah SWT. Allah SWT mengutuskan para rasul-Nya untuk menjadi pemimpin kerana ciri-ciri kepimpinan yang ada pada mereka boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin lain di sepanjang zaman. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 36 :

Bermaksud : " Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul ( dengan memerintahkannya menyeru mereka): " Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taaghut ". Maka di antara mereka ( yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan….."

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Mempimpin sesebuah negara adalah suatu amanah yang diberikan oleh Allah SWT dan mereka yang diberi tanggungjawab ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72 :

Bermaksud :" Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Memimpin golongan masyarakat pula adalah tanggungjawab bagi memenuhi keperluan mereka samada dari segi jasmani iaitu hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, kebajikan, kesihatan, ekonomi dan pengurusan dan dari segi rohani iaitu hal yang berkaitan dengan akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Sehubungan dengan itu, Islam amat menekankan kepimpinan yang cemerlang, berkualiti dan terbukti unggulnya. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang harmoni dengan semua peringkat masyarakat. Ciri-ciri kepimpinan ini akan memberi kesan kepada masyarakat, mereka akan menghormati dan menyanjungi corak kepimpinan yang diberikan.

Di samping itu, kebijaksanaan dalam kepimpinan juga merupakan aset penting dalam pembangunan sesebuah organisasi. Antara kebijaksanaan yang dimaksudkan itu ialah kemampuan diri mengawal emosi pada semua situasi dengan tenang dan terkawal.

Kita melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya di atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat. Ada suatu peristiwa di mana serombongan kafilah yang dalam perjalanan pulang ingin bermalam di pinggir kota Madinah dengan membawa barang dagangan yang banyak. Atas keperihatinan Khalifah Umar al- Khattab RA, beliau mengajak hartawan Abdul Rahman bin Auf untuk mengawal dan menjaga keselamatan barang dagangan rombongan kafilah tersebut daripada gangguan pencuri.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Mimbar amat yakin, kepimpinan yang beramanah dan bertanggungjawab dalam masyarakat mencerminkan suasana kepimpinan yang cemerlang. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:

Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

Apa yang jelas, terdapat dua perkara asas dalam ayat ini. Pertama, kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT. Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru seluruh pemimpin di pelbagai peringkat supaya mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama:Bertindak selari dengan apa yang dikata atau yang dijanjikan supaya kita menjadi manusia yang disayangi, dan dihormati.

Kedua: Hendaklah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan orang yang dipimpin di dunia dan di akhirat.

Ketiga; Menginsafi bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.

Firman Allah SWT dalam surah asy- Syu'araa' ayat 215-217:

Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

Wednesday, April 21, 2010

TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA JATI DIRI MUSLIM (تغضوغجواب ممليهارا جاتيديري مسلم) khutbah Juma'at pada 16 Jun 2006 / 19 Jamadilawwal 1427 H

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ


فَيَا عِبَادَ اللهِ ! إِتَّقُوْا اللهَ، حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Islam menganjurkan umatnya agar berakhlak dan berbudi perkerti mulia dalam setiap perbuatan mahupun tuturkata. Kerana kemuliaan dan kehormatan seseorang itu akan dinilai melalui ketinggian keperibadian akhlak. Sejarah telah membuktikan bahawa umat yang maju adalah umat yang memiliki keperibadian akhlak yang tinggi sebaliknya umat yang tidak berakhlak akan menyebabkan ia menjadi lemah dan membawa kehancuran.

Kerana itulah, misi utama diutuskan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sebagaimana sabdanya :


إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ


Maksudnya : “ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ”
( H.R. Thabrani )

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Dewasa ini, kita sering mendengar tentang masalah yang menimpa umat Islam. Di mana umat Islam samaada di negara kita mahupun di seluruh dunia sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang cukup membimbangkan. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung dan diatasi sudah pasti akan membawa umat Islam kelembah kehinaan dan kemurkaan Allah s.w.t.

Terdapat segelintir umat Islam yang telah hilang keperibadian sebagai seorang mukmin sejati, mereka seolah-olah hidup kembali seperti di zaman jahiliah. Dan yang lebih parah lagi terdapat umat Islam yang memisahkan dan mengasingkan urusan dunia dengan urusan hidup seharian bahkan beranggapan bahawa agama tidak memberi apa-apa sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara. Mereka percaya bahawa hanya ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu sains dan lain-lain yang terpisah dengan agama sahaja yang dapat membawa manusia kepada kemajuan dan ketamadunan. Ini semua merupakan petanda ke arah memisahkan agama daripada kehidupan manusia yang akan meyebabkan manusia hidup dalam budaya yang rosak dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.

Hadirin Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Memisahkan agama daripada hal-hal keduniaan akan memberi kesan yang cukup besar kepada pembangunan dan pembentukan akhlak manusia. Terdapat segelintir masyarakat hari ini beranggapan bahawa akhlak merupakan hal individu yang tidak ada hubung kait dengan kuasa pemerintah serta mereka tidak mahu pihak berkuasa campurtangan dalam menentukan hal-hal mereka p dan perlu diberi kebebasan untuk melakukan apa yang diinginkan tanpa perlu ada sekatan daripada agama mahupun pemerintah dengan alasan bertentangan dengan hak asasi manusia dan menggugat hak kebebasan individu.

Maka, fahaman seumpama ini sangat-sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., kerana Islam merupakan suatu agama yang sempurna lagi lengkap mengatur seluruh kehidupan manusia meliputi pelbagai bidang seperti ibadah, mu’amalat, munakahat, jenayah dan sebagainya.

Kerana itu, kita sebagai orang yang mengakui beriman kepada Allah s.w.t. hendaklah menjadi umat yang kuat dan tidak akan mudah diseleweng atau terpesong dengan fahaman tersebut atau bertindak mengikut kemahuan hawa nafsu semata-mata. Disebabkan kita yakin bahawa dalam Islam kebebasan manusia bukanlah membawa maksud manusia itu bebas melakukan apa saja sesuka hati mereka, kerana Allah s.w.t. telah menetapkan batasan dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap manusia yang mukallaf dengan ketentuan halal dan haram begitu juga soal ganjaran pahala dan dosa.

Dalam Islam, kamajuan material sahaja bukanlah kamajuan yang utama yang ingin dicapai, kerana Islam juga menitik beratkan soal pembangunan modal insan iaitu melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bermanfaat untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Berasaskan konsep inilah Islam muncul sebagai agama yang menjamin keharmonian, kesejahteraan, kebahagian dan kedamaian.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Justeru, mimbar jumaat pada hari ini ingin mengajak para jamaah dan seluruh umat Islam agar sama-sama menghayati dan memahami tanggungjawab memelihara jati diri sebagai seorang muslim. Kita perlu melihat adakah kita telah melaksanakan semua perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangannya, seperti menjadi hamba yang tetap melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus seperti sembahyang, berpuasa dan ibadah-ibadah yang umum seperti melaksanakan tugas dan tanggungjawab, menyayangi keluarga, menunaikan tanggungjawab sesame manusia, bercakap benar, memakan makanan yang halal, mencari sumber pendapatan yang halal dan sebagainya. Kerana sebagai seorang muslim kita sentiasa dituntut agar berusaha mendekatkan diri serta mencari keredhaan Allah s.w.t.

Maka, marilah sama-sama kita berusaha memelihara dan memantapkan diri, keluarga dan masyarakat kita dengan sentiasa mempertingkatkan jati diri agar tidak terpengaruh dengan sebarang fahaman yang boleh menyesatkan serta merugikan kita sebagai seoarang muslim di antaranya :

Pertama : Memiliki keimanan yang mantap

Sebagai seorang muslim sejati hidup kita hendaklah sentiasa didasarkan atas keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Sekiranya berlaku pengabaian terhadap pengukuhan keimanan kepada Allah maka sudah tentu perjalanan hidup seseorang akan mudah diseleweng dan terpesong menurut kemahuan hawa nafsu semata-mata. Maka kerana itulah keimanan yang mantap adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah maksiat disamping ia mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai Allah s.w.t.

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 2 :


Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah ( bertawakal )”.

Kedua : Berusaha menjadi insan berjiwa merdeka

Kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah sentiasa berusaha membebaskan diri dari sebarang belenggu, terutama mengatasi belenggu penjajahan pemikiran dari pemikiran yang jumud kepada terbuka ke arah kemajuan dan pembaharuan serta menghasilkan pemikiran baru bagi kebaikan diri, masyarakat dan umat Islam. Seterusnya kita hendaklah menolak fahaman serta amalan-amalan negatif yang boleh merosakkan dan menghancurkan umat Islam.

Oleh itu, perkara yang paling utama ialah membebaskan pemikiran kita dari sebarang bentuk ketergantungan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah s.w.t. yang boleh membawa kita kepada syirik terhadap Allah. Kerana sesungguhnya melakukan syirik terhadap Allah merupakan suatu dosa dan kezaliman yang besar.

Firman Allah dalam surah Lukman ayat 13 :

Yang bermaksud : “Sesungguhnya perbuatan syarik itu adalah satu kezaliman yang besar " .

Ketiga : Melaksanakan Amar Ma’aruf dan mencegah Nahi Mungkar

Sebagai seorang yang beriman dengan Allah s.w.t. serta mengakui kita sebagai seorang muslim sejati, maka sudah tentu kita tidak dapat lari dari tanggungjawab melaksanakan semua perintah Allah dan perkara-perkara ma’aruf serta meninggalkan semua yang mungkar, kerana ianya merupakan salah satu usaha dakwah dalam Islam. Maka sudah tentu tugas menyeru manusia kearah kebaikan menjadi keutamaan sesuai dengan ajaran Islam yang membawa maksud selamat dan sejahtera.

Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 110 :

Yang bermaksud : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.

Dalam ayat ini, sekiranya setiap muslim melaksanakan tanggungjawab amar ma’aruf dan nahi mungkar, maka sudah pasti kita akan menjadi “khaira ummah” iaitu ummah yang unggul dalam erti kata menjadi ummah contoh yang diikuti sepanjang zaman.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم :

( Surah al-Hujurat ayat : 15 )

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.



دسدياكن اوليه : جباتن كماجوان إسلام مليسيا, فوتراجاي.

( سيلا سيمق ترلبيه دهولو خطبة جمعة اين سبلوم دباخ داتاس منبر )

Sifat Mazmumah Manusia Punca Utama Kemalangan

Menteri yang bertanggungjawab telah mengumumkan kepada rakyat bahawa had laju lebuh raya dikekalkan dengan alasan bahawa kes kemalangan yang meragut nyawa banyak berlaku, inikan pula had laju ditambah. Lagi-lagilah keadaan akan bertambah buruk.


Sebenarnya, perkara yang patut diambil kira dalam menentukan had laju ini bukan kecanggihan keretanya atau kehebatan lebuh rayanya. Kereta, walaupun tak canggih, kalau dibiarkan sahaja, tak akan menyebabkan kemalangan. Lebuh raya pula, kalau tidak digunakan, tidak juga akan menyebabkan kemalangan.

Berlakunya kemalangan apabila ada campur tangan pemandu yang memandu kereta di atas lebuh raya. Jadi, punca bahaya dan kemalangan bukan kereta dan bukan lebuh raya tetapi pemandu. Oleh itu, pemandulah yang mesti diambil kira dalam menentukan had kelajuan lebuh raya ini.

Lebih 80% kemalangan di lebuh raya disebabkan kejahilan, kecuaian, kelalaian dan sikap buruk pemandu. Hanya 20% sahaja disebabkan kereta atau jalan. Itu pun kerana ramai pemandu tidak mengambil berat dan tidak menentukan kereta mereka selamat sebelum memulakan perjalanan. Tayar tidak diperiksa. Ada yang bengkak, ada yang tak cukup angin, ada yang terguris dan ada yang botak. Minyak berek tidak diperiksa dan jika perlu ditambah. Brake pad yang haus tidak diganti. Minyak enjin, minyak power steering, air radiator dan air bateri tidak diperiksa. Sebelum jalan pun, kereta sudah ada masalah.

Dianggarkan lebih dari 60% pemandu tidak mengetahui GMP (General Mechanical Principles) atau Prinsip Mekanikal Am tentang kereta mereka. Mereka hanya tahu memandu. Lain hal tentang kereta mereka tak tahu. Mereka tak tahu bagaimana enjin kereta bekerja. Bagaimana sistem pelincirannya, sistem penyejuknya, sistem penyalaan atau ignitionnya dan sistem bahan apinya. Mereka juga tidak tahu sistem transmissionnya, sistem suspensionnya, sistem bereknya, sistem elektriknya, sistem kawalannya dan berbagai-bagai lagi sistem yang ada pada kereta. Mereka main lanyak saja. Tak tahu macam mana nak maintain kereta dan tak tahu had-had kemampuan kereta mereka. Tetapi ini semua perkara mudah. Kalau disyaratkan semua itu sebelum diberi lesen memandu, semua orang akan belajar.

Yang menjadi masalah ialah sikap, akhlak dan perangai pemandu. Terutamanya pemandu yang angkuh, sombong, ego, tak boleh orang lain lebih dari dia, tak bertoleransi, tak mahu mendahulukan orang lain, tak mahu mengalah, suka berebut-rebut, gopoh-gapah, tak sabar, tak boleh bertolak ansur, berdendam, pemarah, panas baran, pantang dicabar, suka berlaju-laju dan berlumba-lumba, suka paksa diri walaupun mengantuk dan sentiasa nak cepat. Semua sifat-sifat mazmumah yang ada pada pemandu inilah sebenarnya punca kebanyakan kemalangan. Kadang-kadang jalan baik, cuaca baik, kereta baik tetapi berlaku juga kemalangan. Bukan keretanya yang hendak bertembung tetapi pemandunya yang hendak berlaga.

Banyak kita lihat, orang yang lemah lembut sifatnya, cakap perlahan dan berbudi bahasa dan kadang-kadang ada juga perempuan yang cantik, comel dan genit, tetapi bila mereka memandu, sifat mereka bertukar menjadi kasar, bengis dan ganas. Pantang tengok kereta di depan, mesti nak potong. Tekan minyak macam tekan berek. Tekan sampai habis. Tekan berek pula macam tekan minyak. Tekan sikit-sikit sahaja.

Ada orang, kalau dia memandu Proton Wira, kereta Mercedes potong tak apa. Kereta BMW potong tak apa. Kereta mewah yang lain potong tak apa. Tapi jangan Kancil ke, Kenari ke, Kelisa ke. Ini dia tak boleh tahan. Mesti potong balik.

Ada orang, kalau memandu, mulut tak pernah diam. Kalau dia menyanyi ke, bernasyid ke tak apa. Ini tidak. Dia sibuk membebel dan memaki hamun pemandu lain. Bodohlah. Lesen kopilah. Tak ada otaklah. Apa bawak pelahan sangat. Kalau nak pelahan, jalan kakilah. Dan bermacam-macam lagi sumpah seranahnya. Selagi tak sampai ke destinasi, selagi itulah dia membebel.

Ada pula pemandu, kalau orang yang di sebelahnya itu kebetulan buah hati atau kekasihnya, ditumpu segala perhatiannya kepada kekasihnya itu. Pengguna lebuh raya yang lain dia tak peduli. Undang-undang jalan raya dia tak peduli. Polis trafik pun dia tak peduli. Dia nak slow, dia slow. Dia nak terhoyong-hayang ke dia tak kira. Orang macam ini, elok suruh dia kahwin cepat dengan buah hatinya itu. Kerana kalau dah jadi bini, taklah sampai macam tu sangat dia beri perhatian.

Kadang-kadang pemandu yang datang dari arah depan entah apa sebabnya, makan jalan kita. Kebanyakan orang jadi marah dan mula memaki hamun. Angkat tangan tunjuk penumbuk. Makan jalan dia tu pantang datuk nenek dia. Sebenarnya datuk nenek dia tak kisah pun. Saja dia nak libatkan datuk nenek dia. Sebab kalau ada orang tua-tua terlibat, orang ada hormat sikit.

Separuhnya pula tak cukup tunjuk penumbuk. Dia rasa dia betul. Oleh itu dia tak mahu beralah. Orang makan jalan dia, dia tetap tak berganjak. Dia tetap atas jalan dia. Dia kata dalam hatinya: Kau berani sangat makan jalan aku? Hah kita tengok!

Itu pun boleh tahan juga. Ada yang lebih dahsyat lagi dari itu. Orang makan jalan dia, dia pun makan jalan orang. Hatinya berkata: Kau boleh buat, aku pun boleh buat!

Punca kemalangan adalah sifat-sifat manusia-manusia itu sendiri. Ego, sombong, angkuh, tak boleh bertolak ansur, tak sabar. Akibatnya kedua-dua pihak cedera. Baik tak baik, kedua-dua pihak mati.

Apalah salahnya kita beralah, masuk ke tepi jalan dan beri dia laluan. Dengan itu kedua-dua selamat. Manalah kita tahu masalah dia. Dia mungkin tak mahu makan jalan kita tapi dia tak dapat elak. Mungkin tayarnya hilang angin sebelah. Mungkin steeringnya jam. Atau dia mengelak lubang. Atau dia mengantuk dan tak sedar. Dia tu kan manusia. Ada banyak kelemahan. Apalah salahnya kita beri dia laluan dan maafkan dia.

Kalau berlaku pelanggaran pula antara dua kereta, dramanya lagi hebat. Seorang pemandu keluar bawa spana hidup. Seorang lagi keluar bawa spanar buka roda. Kereta dua-duanya dah kemek dan calar balar. Ini giliran pemandunya pula nak kemek dan calar balar. Lepas berlanggar mesti nak bergaduh.

Apalah salahnya, kalau berlaku pelanggaran kedua-dua pemandu keluar, beri senyuman yang manis dan hulur tangan untuk bersalam. Masing-masing mengaku salah dan minta maaf. Cuba selesaikan dengan baik. Tak ada siapa yang suka kemalangan. Kalau dah jadi, apa nak buat. Selesaikan sajalah dengan baik. Janganlah cetuskan pula kemalangan yang lain. Cukuplah satu kemalangan tu.

Lebih baik lagi, kalau ada kedai atau warung, ajak minum. Selesaikan sambil minum. Tukar-tukar alamat, tukar-tukar nombor telefon. Ini peluang kita berkenalan. Peluang dapat kawan.

Sifat hati yang baik ini perlu. Bukan sahaja dalam hidup bermasyarakat, dalam pergaulan di tempat kerja, di kampung, di taman, di flet dan pangsapuri, tetapi juga di jalan raya dan di lebuh raya. Sifat hati inilah yang mewarnai sikap, akhlak dan perangai para pemandu. Kalau hati baik dan kurang sifat mazmumah, sikap, akhlak dan perangai para pemandu akan ikut jadi baik. Kalau hati jahat dan penuh sifat mazmumah, pemandu akan bersikap ganas, pemarah, suka memandu laju dan tidak mahu bertolak ansur.

Selagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati para pemandu ini tidak dihakis dan dibuang, selagi itulah sikap dan perangai mereka yang negatif dan berbahaya itu tidak akan berubah. Para pemandu perlu dididik. Mereka perlu disedarkan bahawa kalau hati mereka baik, maka baiklah cara mereka memandu. Kalau hati mereka jahat maka jahatlah cara mereka memandu. Kehadiran mereka di lebuh raya akan membahayakan diri mereka, penumpang mereka dan pengguna lebuh raya yang lain.

Inilah kriteria yang patut diambil kira dalam menetapkan had laju lebuh raya kita. Bagaimana sikap, akhlak dan perangai para pemandu kita secara umumnya. Kalau hati-hati mereka masih jahat dan penuh dengan sifat-sifat yang tidak baik, maka janganlah naikkan had laju. Kalau sekiranya mereka umumnya satu hari nanti boleh menjadi pemandu yang berdisiplin, bersopan, berhemah, bersabar dan suka bertolak ansur dan suka mendahulukan orang lain, maka had laju bolehlah dinaikkan.

Kaedah dan cara mesti dicari untuk mendidik para pemandu kita. Yang terbukti mempunyai sifat dan sikap yang berbahaya atau ganas perlu diberi kaunseling dan nasihat dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Setakat boleh memandu dan ada lesen sahaja tidak cukup. Mereka mestilah juga orang-orang yang baik.

Kereta itu, kalau disalah guna, sama bahayanya dengan senjata api. Ia boleh membunuh. Malahan lebih ramai orang mati disebabkan kemalangan kereta daripada yang mati ditembak. Takkanlah kita nak bagi lesen shot gun pada orang yang jahat, pemarah, panas baran, yang tak boleh bertolak ansur, yang suka mengamuk, yang tak sabar dan yang tidak bertanggungjawab. Nak bagi lesen memandu ini lebih kurang sama macam nak bagi lesen shot-gun juga. Kena tentukan orangnya betul-betul baik, boleh diharapkan dan bertanggungjawab.

Semuanya berbalik kepada masalah kemanusiaan. Semuanya kembali kepada masalah keinsanan. Manusia perlu dikembalikan kemanusiaannya. Manusia perlu dipulihkan keinsanannya. Barulah watak manusia itu akan menjadi lunak, lembut, bertolak ansur, berkasih sayang, suka mendahulukan orang lain, penyabar, pemaaf, suka meminta maaf, tenang, bertoleransi dan mudah mengalah. Inilah kriteria untuk keselamatan hidup manusia. Bukan sahaja di lebuh raya tetapi di mana juga di muka bumi ini. Kalau manusia tidak terbina insannya, maka akan terjadilah apa yang Tuhan firmankan:

Akan lahirlah kerosakan dan kejahatan di daratan dan di lautan hasil dari usaha tangan manusia itu sendiri.

 
Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my

Monday, April 19, 2010

Perang Badar

Perang Badar (bahasa Arab: غزوة بدر‎), dijuang 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.


Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.

Pada masa pertempuran, Semenanjung Arab telah bersedikit didiami oleh sebilangan dari orang berpenutur Arab. Sesetengahnya adalah Badwi; nomad kedesaan yang disusun dalam suku; sesetengahnya adalah petani yang tinggal sama ada di oasis di utara atau di kawasan yang lebih subur dan yang tebal diduduki ke selatan (kini Yaman dan Oman). Majoriti dari Arab merupakan penganut dari berbilangan ramai agama politeistik. Terdapat juga suku yang mengikut agama Yahudi, Kristian (termasuk Nestorianisme), dan Zoroastrianisme.


Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah sekitar 570 M kepada Banū Hāshim dari suku Quraisy. Apabila baginda berumur sekitar empat puluh tahun, baginda dikatakan telah menerima wahyu Ketuhanan semasa baginda bertakafur dalam gua di luar Makkah. Baginda mula berdakwah kepada saudaranya dahulu secara sembunyi dan kemudian secara terbuka. Sambutan dari dakwah baginda menarik pengikut dan pnentang yang lain. Semasa tempoh ini, Nabi Muhammad s.a.w. telah dilindungi oleh bapa saudaranya Abū Tālib. Apabila beliau meninggal pada 619, kepimpinan dari Banū Hāshim telah diturunkan kepada salah satu musuh Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hishām, yang menarik balik perlindungan dan meningkatkan lagi penindasan terhadap komuniti Muslim.

Pada 622, dengan tindakan keganasan terbuka yang dilakukan terhadap Muslim dari beberapa suku anggota Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. dan ramai dari pengikutnya berhijrah ke kota jiran iaitu Madinah. Penghijrahan ini menandakan permulaan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua politik dan juga ketua keagamaan.

Pada musim bunga 624 M, Muhammad menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah. Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin. Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang, kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu.


Muhammad sendiri mengetuai tenteranya dan membawa sebanyak mungkin panglima utama, termasuklah Hamzah dan bakal Khalifah, Abu Bakar, Umar dan Ali. Mereka juga membawa beberapa ekor unta dan tiga ekor kuda, yang bermakna mereka berjalan atau memuatkan tiga hingga empat orang setiap unta. Walau bagaimanapun, kebanyakan sumber Muslim, termasuk Qur'an, menunjukkan bahawa diagak yang pertarungan kali ini tidak serius, dan Uthman tinggal untuk menjaga isterinya yang sakit.

Apabila kafilah menghampiri Madinah, Abu Sufyan mula mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Muhammad. Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam bin Amru al-Ghafari ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan. Setelah mengetahuinya, pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut. Kebanyakan bangsawan Quraisy, termasuklah Amr ibn Hishām, Walid ibn Utba, Shaiba, dan Umaiyyah bin Khalaf, menyertai tentera tersebut. Sebabnya adalah pelbagai: sesetengahnya untuk melindungi bahagian harta mereka; ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al-Hadrami, pengawal yang terbunuh di Nakhlah; akhirnya, beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim. Amr ibn Hishām dikatakn telah memujuk sekurang-kurangnya seorang bangsawan, Umaiyyah bin Khalaf, menyertai ekspedisi itu.

Ketika itu, tentera Muhammad telah tiba di telaga iaitu tempat dicadangkan untuk menahan kafilah, di Badar, sepanjang jalan dagang Syria iaitu tepat jangkaan kafilah akan berhenti. Walau bagaimanapun, beberapa orang Muslim ditemui oleh orang dari kafilah tersebut dan Abu Sufyan melencong ke Yanbu.

Ketika ini, perkhabaran tiba kepada tentera Muslim tentang kedatangan tentera Makkah. Nabi Muhammad segera menyeru majlis perang, memandangkan masih terdapat masa untuk berundur dan disebabkan kebanyakan tentera mereka adalah baru sahaja memeluk Islam (dipanggil Ansar atau "Penolong" untuk membezakan dengan Muslim Quraisy), yang cuma bersumpah untuk melindungi Madinah. Di bawah fasa Piagam Madinah, adalah hak mereka untuk tidak berperang atau meninggalkan tentera yang lain. Walau bagaimanapun, mengikut riwayat, mereka berjanji untuk berjuang juga, dengan Sa'ad bin 'Ubada berkata, "Jika kamu [Muhammad] mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan."  Walau bagaimanapun, pihak Muslimin masih berharap utuk mengelakkan pertarungan yang sengit dan terus mara ke Badar.


Pada 15 Mac kedua-dua angkatan tentera masih berada kira-kira sehari perjalanan dari Badar. Beberapa pahlawan Muslim (termasuk Ali menurut sesetengah sumber) yang telah menunggang di hadapan angkatan utama menangkap dua orang pembawa air Makkah di telaga Badar. Menyangkakan mereka bersama dengan kafilah perdangan, para pejuang Muslim terkejut apabila mereka mengatakan mereka bersama dengan angkatan tentera Quraisy utama. Sesetengah riwayat turut mengatakan apabila Nabi Muhammad mendengar nama semua bangsawan Quraisy yang mengiringi angkatan tersebut, baginda berseru "Makkah telah melempar kepada kamu cebisan terbaik hatinya." Keeesokan harinya, baginda memerintah bergerak ke Badar dan tiba di sana sebelum angkatan Makkah.

Kumpulan telaga Badar terletak di cerun landai di bahagian timur lembah bernama "Yalyal". Bahagian baratnya pula dikelilingi oleh sebuah bukit besar bernama 'Aqanqal. Apabila tentera Muslim tiba dari timur, Nabi Muhammad pada mulanya memilih untuk berhenti di telaga pertama yang ditemuinya, tetapi baginda tampaknya kemudian diyakinkan oleh seorang askarnya untuk bergerak lagi ke barat dan menduduki telaga yang terdekat dengan tentera Quraisy. Baginda kemudian memerintahkan semua telaga lain ditimbus, supaya tentera Makkah terpaksa menyerang mereka untuk mendapatkan satu-satunya sumber air yang tinggal.

Tidak banyak yang diketahui tentang perkembangan tentera Quraisy sejak mereka meninggalkan kota Makkah sehingga ketibaan mereka di pinggir Badar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang berguna untuk diketahui: walaupun kebanyakan tentera Arab akan membawa isteri dan anak semasa peperangan untuk mendorong semangat dan menjaga tentera, kaum Musyrikin tidak melakukan begitu. Juga, puak Quraisy tidak melakukan sebarang usaha untuk berpakat dengan puak Badwi yang berserakan di Hijaz. Kedua-dua fakta tersebut mencadangkan bahawa pihak Quraisy kekurangan masa untuk bersiap sedia untuk peperangan tersebut dalam usaha mempertahankan kafilah mereka. Malah, dipercayai bahawa apabila mereka tahu mereka lebih ramai, mereka menjangkakan kemenangan mudah.


Apabila pihak Quraisy tiba di Juhfah, di selatan Badar, mereka menerima pesanan daripada Abu Sufyan yang memberitahu mereka bahawa kafilah telah selamat di belakang mereka, dan mereka boleh pulang ke Makkah. Pada ketika ini, menurut Karen Armstrong, terdapat percanggahan antara tentera Makkah. Amr ibn Hishām mahu meneruskan juga peperangan, tetapi beberapa kabilah yang ada, termasuk Bani Zuhrah dan Bani Adi, ingin pulang. Armstrong mencadangkan mereka memikirkan kuasa yang akan Abu Jahal dapat jika memenangi Muslim. Rombongan Bani Hashim, yang berdegil untuk melawan puak mereka sendiri, juga pergi bersama mereka. Walaupun dengan kekurangan tersebut, Amr ibn Hishām masih berdegil untuk berlawan, mengatakan "Kita takkan pulang sehingga kita tiba di Badar." Pada ketika ini, Abu Sufyan dan beberapa orang lain dari kafilah dagang menyertai bala tentera mereka.

Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar. Setelah hujan pada hari sebelumnya, mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal (sumber mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit). Selepas mereka turun dari 'Aqanqal, tentera Makkah mendirikan perkhemahan di lembah. Ketika mereka berehat, mereka menghantar pengintip, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim. Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya, dan tiada pasukan Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu. Walau bagaimanapun, dia juga meramalkan kecederaan teruk pada tentera Quraisy dalam serangan itu nanti (satu hadis merujuk dia melihat "unta-unta [Madinah] sarat dengan kematian"). Ini kemudiannya meruntuhkan semangat puak Quraish, kerana peperangan orang Arab lazimnya tidak begitu mencederakan hingga parah. Ini menyebabkan satu lagi pertengkaran antara pemimpin Quraisy.


Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.

Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Musilm dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelum serangan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara. Kini, baginda mengarahkan untuk menyerang, dengan membaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sembil meneriak "Cacatlah muka itu!" Tentera Muslim turut menjerit "Yā manṣūr amit!" dan mara ke barisan tentera Quraisy. Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberapa ayat Qur'an, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy. Harus diperhatikan yang sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibril dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan kekuatan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari.

Al-Bukhari menyenaraikan yang pihak Makkah telah kehilangan tujuh puluh orang dan ditawan tujuh puluh juga. Ini lebih kurang 15%-16% tentera Quraisy, melainkan bilangan sebenar tentera yang berada di Badar hari itu kurang, peratusan itu akan lebih tinggi. Muslim kehilangan empat belas orang, lebih kurang 4% daripada kekuaan keseluruhan. Sumber tidak menyatakan kecederaan di pihak yang satu lagi, dan kecederaan utama menunjukkan yang pertarungan itu sangat sekejap dan kebanyakan tentera Makkah terbunuh ketika berundur.


Selama pertempuran, kaum muslim memuat sejumlah tawanan Quraisy Mekah. Nasib mereka akan mencetuskan kontroversi dalam pasukan Muslim.  Sebuah kejadian serupa muncul dalam Alkitab 1 Samuel: 15, di mana Allah menghukum Saul untuk menyelamatkan kehidupan para tahanan yang Allah telah memerintahkan dia untuk membantai. Banduan Quraisy Makkah, dibebaskan hanya dengan syarat bahawa mereka berpendidikan sepuluh Muslim bagaimana membaca. Tidak ada bukti dalam penjara, dan bahkan para tahanan itu disimpan dalam dan dipenuhi selama tempoh itu. Dalam kes Umayyah, bekas budak Bilal begitu berniat membunuhnya bahkan teman-temannya yang menusuk salah satu menjaga Muslim Ummaiyyah.

Tak lama sebelum ia berangkat Badar, Muhammad juga memberikan arahan untuk lebih daripada dua puluh orang mati Quraishis untuk dilempar ke dalam perigi di Badar. Beberapa hadith merujuk kepada kejadian ini, yang tampaknya menjadi penyebab utama kemarahan di kalangan Quraisy dari Makkah . Tak lama selepas itu, beberapa Muslim yang telah baru-baru ini ditangkap oleh sekutu daripada Mekah dibawa ke kota Mekah dan dihukum dalam balas dendam atas kekalahan.

Menurut pertumpahan darah tradisional (serupa dengan Hukum Darah) Mekah apapun yang berkaitan dengan mereka yang terbunuh di Badar akan merasa terdorong untuk membalas dendam terhadap ahli famili yang telah membunuh kerabat mereka. Di pihak umat Islam, ada juga keinginan untuk membalas dendam berat, kerana mereka telah dianiaya dan diseksa oleh Quraisy Mekah selama bertahun-tahun. Namun, selepas awal eksekusi, tawanan yang masih hidup empat dengan keluarga Muslim di Madinah dan dilayan dengan baik, baik sebagai kerabat atau sebagai sumber-sumber pendapatan wang tebusan.

The Battle of Badr was extremely influential in the rise of two men who would determine the course of history on the Arabian peninsula for the next century. The first was Muhammad , who was transformed overnight from a Meccan outcast into a major leader. According to Karen Armstrong, "for years Muhammad had been the butt of scorn and insults, but after this spectacular and unsought success everybody in Arabia would have to take him seriously." Marshall Hodgson adds that Badr forced the other Arabs to "regard the Muslims as challengers and potential inheritors to the prestige and the political role of the [Quraish]." The victory at Badr also allowed Muhammad to consolidate his own position at Medina. Shortly thereafter he expelled the Banu Qaynuqa, one of the Jewish tribes at Medina that had been threatening his political position. At the same time Abd-Allah ibn Ubayy, Muhammad's chief opponent in Medina, found his own position seriously weakened. Henceforth, he would only be able to mount limited challenges to Muhammad.


The other major beneficiary of the Battle of Badr was Abu Sufyan. The death of Amr ibn Hashim, as well as many other Quraishi nobles gave Abu Sufyan the opportunity, almost by default, to become chief of the Quraish. As a result, when Muhammad marched into Mecca six years later, it was Abu Sufyan who helped negotiate its peaceful surrender. Abu Sufyan subsequently became a high-ranking official in the Muslim Empire, and his son Muawiya would later go on to found the Umayyad Caliphate.

In later days having fought at Badr became so significant that Ibn Ishaq included a complete name-by-name roster of the Muslim army in his biography of Muhammad. In many hadiths, individuals who fought at Badr are identified as such as a formality, and they may have even received a stipend in later years. The death of the last of the Badr veterans occurred during the First Islamic civil war.

The Battle of Badr is one of the few battles explicitly discussed in the Qur'an. It is even mentioned by name in Surah 3:123, as part of a comparison with the Battle of Uhud.


Allah had helped you at Badr, when ye were a contemptible little force; then fear Allah; thus May ye show your gratitude. Remember thou saidst to the Faithful: "Is it not enough for you that Allah should help you with three thousand angels (Specially) sent down? "Yea, - if ye remain firm, and act aright, even if the enemy should rush here on you in hot haste, your Lord would help you with five thousand angels Making a terrific onslaught. Qur'an: Sura 3:123-125

According to Yusuf Ali, the term "gratitude" may be a reference to discipline. At Badr, the Muslim forces had allegedly maintained firm discipline, whereas at Uhud they broke ranks to pursue the Meccans, allowing Meccan cavalry to flank and rout their army. The idea of Badr as a furqan, an Islamic miracle, is mentioned again in the same surah.

"There has already been for you a Sign in the two armies that met (in combat): One was fighting in the cause of Allah, the other resisting Allah; these saw with their own eyes Twice their number. But Allah doth support with His aid whom He pleaseth. In this is a warning for such as have eyes to see." Qur'an: Sura 3:13

Badr is also the subject of Sura 8: Al-Anfal, which details military conduct and operations. "Al-Anfal" means "the spoils" and is a reference to the post-battle discussion in the Muslim army over how to divide up the plunder from the Quraishi army. Though the Sura does not name Badr, it describes the battle, and several of the verses are commonly thought to have been from or shortly after the battle.

Virtually all contemporary knowledge of the Battle of Badr comes from traditional Islamic accounts, both hadiths and biographies of Muhammad, written down decades after the battle. There are several reasons for this: first, many Arabs of the Arabian peninsula were illiterate and oral traditions were the default method of passing on information. By the time the Armies of Islam had conquered the more literate Arabs of Syria and Iraq, practically all Quraish had been converted to Islam, eliminating any chance of a non-Muslim account of the battle. Second, as Muslim hadith compilations were assembled, the original manuscripts became redundant and were destroyed at what Hugh Kennedy called a "depressingly high" rate. Finally, the Muslims killed at Badr are regarded as martyrs by most pious Muslims, which has most likely stymied any serious attempts at archeological excavation at Badr.


Because of its place in Muslim history and connotations of victory-against-all odds, the name "Badr" has become popular among both Muslim armies and paramilitary organizations. "Operation Badr" was used to describe Egypt's role in the 1973 Yom Kippur War and Pakistan's actions in the 1999 Kargil War. In Iraq, the armed wing of the Supreme Council for the Islamic Revolution in Iraq calls itself the Badr Organization.

The Battle of Badr was featured on the big screen in the 1976 film The Message. Although the film was reasonably faithful to the event, it made some notable changes. The Quraishi army was depicted as having women in tow, when the women were noticeably absent. It also suffered no defections before the battle, though in the film Abu Sufyan refused to take part. The champion combat in front of the wells consisted of three one-on-one fights, instead of a three-on-three melee. Also, since neither Muhammad nor Ali were shown (though Ali's sword was shown) due to religious concerns, Hamza became the nominal commander of the army. The battle itself seemed be based more along the lines of Zulu, with the Quraishi army launching an all-out charge on the Muslim lines which in real life might have routed the smaller army. Both Amr ibn Hishām and Umayyah were killed in the battle, and their deaths marked the climax of the fighting. The film presented a highly-sterilized version of the aftermath, omitting all post-battle executions as well as the Muslim debate over the prisoners.


A source of inspiration to muslims, in the film Black Friday, Tiger Memon, a terrorist planning to bomb the Indian city of Bombay, reminds his fellow conspirators that their exploit should coincide with the historical day the Prophet Mohammed fought the Jang-e-Badr, that is the 17th day of Ramzaan

Perang Jamal

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.


Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berhasil mngumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali bin Abi Thalib.

Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali turut mengerahkan pasukannya. Kedua pasukan saling berhadapan. Ali terus berusaha membujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rencana berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis saat bersama Rasulullah S.A.W dan berperang melawan pasukan kafir.

Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali itu tidak berhasil menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali. Pasukan Ali berhasil mengalahkan pasukan yang dikepalai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.

Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali yang oleh Rasulullah SAW disebut sebagai poros kebenaran.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Jamal"

Surat Cinta Untuk Jiwa

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.


Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.


Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?


Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.


Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "


Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

Sunday, April 18, 2010

Arak dalam Islam

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) ”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

1. Pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371) ”

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

• Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
• Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
• Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
• Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
• Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
• Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.
• Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

“ Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. ”

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

1. Orang yang sudah mukallaf
2. Dengan kemahuan sendiri
3. Mengetahui haram hukum meminumnya
4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Saturday, April 17, 2010

Lampu HID

Cabutan berita:ARKIB : 11/10/2008 http://www.utusan.com.my/

PUTRAJAYA 10 Okt. - Pemasangan lampu hadapan jenis High-Intensity Discharge (HID) atau lebih dikenali lampu xenon tidak lagi dibenarkan ke atas semua kenderaan bermotor, berkuat kuasa Disember ini.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, ini kerana pemasangan lampu jenis itu akan menghasilkan sudut pancaran cahaya dan suhu yang tinggi mengakibatkan penglihatan pemandu lain terganggu.


Serentak itu, kata beliau, notis amaran akan dikeluarkan mengikut Peraturan 96 (2) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Pengunaan) 1959 sehingga akhir November ini.


Tegasnya, pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan itu akan dikompaun sehingga RM300.


''Mereka juga akan diminta menukar serta-merta lampu tersebut kepada lampu jenis biasa.


''Berikutan ini juga pemasangan lampu jenis ini secara berasingan yang dilakukan selepas kenderaan dijual tidak lagi dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut. Ia juga perlu mendapat akreditasi daripada SIRIM," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pertama beliau setelah dilantik menerajui jabatan itu 6 Oktober lalu di pejabatnya di sini hari ini.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Ruhaizah Mohamed Rashid dan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automatif, Ir. Zahamail Omar.


Solah berkata, JPJ akan meningkatkan penguatkuasaan penggunaan lampu jenis tersebut yang sehingga kini telah dikenal pasti sebanyak 304 kes di seluruh negara.


''Pemasangan lampu HID yang dibenarkan boleh dirujuk di cawangan JPJ berdekatan iaitu dihadkan kepada pemasangan daripada pengilang mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.


Aku pasti ramai di antara pembaca yang pernah teserempak dengan pemandu bebal yang menggunakan lampu HID/ Xenon (lampu terang bewarna puteh)pada kereta mereka. Time itu yang pastinya korang akan mengeluarkan sumpahan keramat korang kerana lampu tersebut telah menyilaukan mata korang.

Dan yang pastinya kereta yang menggunakan lampu puteh tersebut bukan lah kereta mewah pun. kebanyakan kereta tempatan kita jer dan yang biasa aku jumpa kereta myvi paling banyak guna lampu nie.

Begitulah juga pengalaman aku semalam. Aku hampir2 terlanggar divider jalan sebab kereta myvi dan pemandunya yang bangang. Da la lampu kereta nie jenis cam sportlight tambah lak lampu puteh.

penguatkuasaan perlu lebih tegas bagi menangani kesalahan ini. ini kerana lampu jenis ini boleh mengakibatkan kemalangan dari hadapan. Saranan aku kepada pemandu yang guna lampu nie, ubah ler lampu keta korang tu, x der lawanya lampu keta cam gitu

Ore Arab kecek kelate

mesti tengok

White Chocolate Truffles

12 oz White chocolate, coarse chop

1/3 c Whipping cream
2 tb Orange liquor
1 ts Grated orange zest
1 1/4 c Confectioner's sugar

Melt white chocolate with whipping cream in heavy, medium saucepan over low heat, stirring constantly. Whisk in liquor and zest until blended. Pour into pie pan. Refrigerate until mixture is fudgy, but soft, about 2 hours., Shape about 1 tablespoon of the mixture into 1 1/4 inch balls. To shape, roll mixture in your palms.,Place balls on waxed paper. Sift sugar into shallow bowl. 4.Roll balls in sugar, place in petit four or candy cases. Truffles can be refrigerated 2-3 days or frozen several weeks. Makes about 35 truffles.

Friday, April 16, 2010

Ketika.....

1. KETIKA MENCARI CALON


Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
Tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami atau isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...