Wednesday, March 24, 2010

Rialiti

Raja Lawak, Akademi Fantasi, One In A Million, Mentor atau lebih lama sikit Sinaran Pasport Kegemilangan dan Bintang Kecil merupakan antara rancanagan yang telah melahirkan ramai artis segera di negara kita. Ada juga artis ini dilahirkan dari drama atau filem yang dilakonkan (pak pacak jer tu). Namun sejauh manakah kualiti artis segera ini.
Biasanya kita boleh tengok artis segera tak bertahan lama, biasa setahun dua tahun populariti artis ini akan jatuh. Ada lebih malang lagi lepas jer umum akan berkahwin terus lenyap. Porsoalannya apakah populariti mereka ini disebabkan wajah yang cantik dan macho atau bakat yang terpendam yang ada pada mereka. Anda boleh membuat penilaian sendiri.
Pada kebiasaannya, artis rancagan rialiti akan menerbitkan album mereka sendiri atau menempel pada album artis yang telah terkenal. Namun jangka hayat album atau pulangan dari album yang dikeluarkan tidak selalu berbaloi. Ada juga antara lagu mereka ini tidak pernah di dendangkan di corong radio. Mungkin kerana tiada kualiti atau di sebabkan perkara yang lain. Golongan ini juga tidak sunyi dari kontroversi. Pelbagai cerita boleh kita dapati mengenai mereka ini. Di sini telah kita dapat lihat contoh yang dibawa oleh mereka ini.
Tapi tidak ramai yang tahu kenapa banyak stesen tv berlumba lumba menerbitkan rancangan rialiti tersebut. Jika mereka tidak mendapat pulangan yang lumayan, hayat rancangan tersebut tidak akan lama kerana secara logik nya, tiada peniaga yang akan melabur untuk rancagan yang tidak memberi keuntungan atau keuntugannya kecil. Di sini penonton yang ghairah menyokong bintang segera mereka yang kerugian tanpa sedar. Bayangkan jika anda menghabiskan RM0.50 untuk satu sms. Jika seratus ribu (100 ribu) penonton menghantar satu sms setiap kali rancangan ini ditayangkan, maka telah banyak yang masuk ke poket mereka ini. Tapi secara rialitinya bukan satu sms di hantar oleh seoarang penonton, mungkin dua atau lebih lagi.
Selain itu, rancagan sebegini juga menarik banyak syarikat untuk mengiklankan barangan mereka. Bayangkan keuntungan yang diperolehi oleh stesen tv. Kos iklan semasa program rialiti amatlah mahal jika dibandingkan dengan waktu yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah program ini masih berterusan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...