Tuesday, March 23, 2010

Drive your life

sebut sahaja pasal internet. pasti terbayang di fikiran kita web site, facebook, friendster, mybank2u dan macam-macam online applications yang ada. bahkan ada juga yang cakap tak boleh hidup tanpa internet.

kita generasi kini cukup beruntung kerana buka mata jer da kenal internet. bayangkan generasi-generasi dulu macam mana. aku rasa kalau kita nak berkomunikasi pun masih hantar surat guna burung merpati. confirm KLCC tak terpacak kat KL. tapi penghantaran surat melalui merpati tu adalah antara teknologi mel yang ada di duni pada masa dahulu.

pada masa dahulu juga, masyarakat dunia menggunakan asap sebagai medium komunikasi. selain itu, antara kaedah komunikasi yang lain adalah seperti menggunakan kertuk, gong, telefon analog, talifon digital, ip phone, email, sms dan yang setiap orang ada melalui hand phone.

jika dulu penghantaran isyarat telefon hanya menggunakan cooper cable, namun sekarang kita telah beralih kepada medium fiber optik. peralihan ini berlaku apabila TM bekerjasama dengan kerajaan untuk melancarkan HSBB. dengan HSBB, komunikasi kita makin laju. bahkan industri mobile juga mendapat tempias dari perkembangan ini.

mungkin ramai yang hairan dan bertanya apa kaitan mobile dengan wired communication. dan tidak ramai yang tahu bahawa kamunikasi mobile kita boleh berlaku adalah kerana wired2 yang terhubung ini. secara teorinya, jika kita membuat panggilan, isyarat dari telefon kita akan dihubungkan dengan pemancar yang terdekat dengan kita. dan dari pemancar ini, isyarat kita akan di hantar ke ibu sawat menggunakan laluan cable. dari ibu sawat, isyarat tersebut akan di hantar ke pemancar penerima dan seterusnya telefon penerima. itu lah teori secara mudahnya.

dengan perkembangan internet juga. perkongsian dan proses pembelajaran juga bertambah baik. bayangkan sebelum zaman internet. jika kita ingin belajar sesuatu ilmu amat terhad, yang ada hanya melalui buku atau tempat2 pembelajaran. tapi pada masa kini ilmu hanya berada di hujung jari anda. terpulang kepada anda untuk mempelajarinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...