Tuesday, March 23, 2010

berundinglah secara berhemah

perundingan tidak asing dalam kehidupan kita seharian. paling tidak kita pasti akan berunding dengan suami atau keluarga kita. Namun kadang kala kita salah kaedah membuat rundingan menyebabkan apa yang kita hajatkan tidak tercapai.Kerap kali juga kita dapat lebih dari yang diinginkan dalam rundingan yang kita lakukan.

Apa yang perlu kita titik beratkan dalam perundingan yang kita lakukan ialah bertolak ansur dan jagan sesekali menekan orang yang berunding dengan kita. dalam psikologi membuat perundingan, orang yang inginkan sesuatu perlu berlembut dan tidak terlalu formal. kaedah ini akan membuatkan orang yang memiliku sesuatu barangan yang kita inginkan cukup berlembut.

Kita selalu dengar perkataan "menang menang" dalam perundingan. Namun tidak ramai yang menerapkan perkataan ini dalam perundingan yang dilakukan. kadang kala kita terlalu teruja untuk mencapai apa yang kita inginkan sehingga kita terlupa pihak lain.

Faktor lain yang menentukan kejayaan perundingan adalah kumpulan dominan. kebiasaannya jika kita berada di dalam kumpulan dominan akan menyebabkan kita akan menggunakan apa sahaja untuk menjayakan perundingan kita. ini kadang kala akan memakan diri kerana pihak yang dirunding biasanya akan bertindak balas jika didapati tidak akan mendapat mafaat dari rundingan yang dilakukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...