Friday, April 6, 2018

Rahsia Tarikh PRU 13

Tarikh sebenar PRU 13 masih lagi menjadi rahsia. Selagi Parlimen Malaysia tidak dibubarkan, selagi itulah teka teki ini bermain di minda segenap lapis masyarakat Malaysia. Pelbagai tarikh diteka dan semuanya tidak tepat.

Terdapat tekaan baharu bahawa Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 6 April 2018, namun ianya masih kekal sebagai tekaan sahaja kecuali ia menjadi kenyataan pada hari ini.

PRU 13 menarik minat semua rakyat kerana beberapa isu yang ada menyebabkan keluh kesah di hati rakyat seperti kenaikan harga barangan dan pelaksanaan GST.

Isu kepimpinan di kalangan politikus di Malaysia juga menarik minat rakyat untuk turut membawang mengenai politik semasa.

Bagi sesetengah pihak pula, keadaan politik malaysia ibarat sebuah telenovela dan seronok di lihat sambil makan popcorn.

Jika dilihat bendera-bendera parti politik telah ada dinaikkan. Itu tandanya semua pihak sedang bersedia. Namun terdapat desiran berita katanya ada parti yang mungkin tidak dapat bertanding.

Bagi rakyat, itu ibarat sebuah movie penyedap cerita sahaja kerana rakyat perlu bekerja untuk makan.



Monday, October 2, 2017

Sebenarnya.My Tak Pasti Jangan Kongsi

SKMM telah melancarkan portal Sebenarnya.My telah lama beroperasi. Portal ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar kepada rakyat apabila timbul viral mengenai sesuatu isu. Kita sebelum ini disajikan dengan cerita viral sehingga kita tidak pasti cerita sebenarnya. Sekarang apabila adanya portal ini, rakyat boleh membuat pengesahan mengenai sesuatu isu yang viral.

Namun, apa yang penting sekarang adalah portal ini perlu mempunyai maklumat yang terkini supaya ianya betul-betul bermanfaat kepada rakyat. Ianya perlu menjawab isu viral dengan segera kerana kelewatan menjawab isu viral dalam beberapa jam sahaja akan menyebabkan pelbagai spekulasi akan timbul.

Kata-Kata Hikmah


Hidup bukanlah tentang
Siapa yang terbaik

Tetapi 
Siapa
Yang bisa
Berbuat Baik

Dan bukan 
Pura-pura baik

Saturday, June 4, 2016

Rintangan Antara Speaker Dan Power Amplifier

PowerAmp (nilai OHM lebih kecil) disambung dengan Speaker (nilai OHM lebih besar) = tiada masalah kerana ini hanya mengurangkan jumlah kuasa yang dialirkan dan tidak akan menyebabkan kerosakan peralatan.

Tetapi !! ..
Jangan sesekali menyambungkan Speaker nilai OHM yang lebih kecil  kepada kepada PowerAmp yang lebih besar nilai OHM . Ini akan merosakkan peralatan anda kerana beban kuasa yang lebih besar kepada speaker. 

Thursday, June 2, 2016

Wow Factor Bagi Menyerikan Majlis

Zaman sekarang tidak lengkap majlis perkahwinan jika tiada alunan irama lagu tradisional atau irama kegemaran anda dimainkan. Jika suatu masa dahulu irama live muzik pancak silat yang mengiringi tukang silat menjadi penyeri majlis. Atau irama ghazal atau gambus didendangkan oleh kumpulan muzik secara live. Namun sekarang semua irama datang dari set PA Sistem. Harga perkhidmatan set pa sistem berbeza-beza mengikut lokasi dan jenis majlis. Namun apa yang penting dalam pemilihan adalah:

Mixer Motivity. Dah jual pun mixer nie. Siap untung lagi.

1) Lokasi?
Dewan: pastikan penyedia PA system anda mempunyai sound system/PA system yang baik kerana sifat bunyi yang antaranya boleh bergema di dalam dewan. Selain PA system yang baik, anda boleh melihat sekiranya dewan itu mempunyai sistem penyerap bunyi yang baik atau tidak. Dewan yang tidak mempunyai penyerap bunyi akan menyebabkan gema dan menggangu pendegaran tetamu.
Rumah/outdoor: bila di rumah/outdoor keluasan tempat memainkan peranan yang penting. Untuk tempat yang luas pastikan penyedia PA system anda mempunyai lebih dari hanya 2 speaker kerana anda tidak mahu bunyi yang terlalu kuat di satu kawasan dan perlahan di kawasan yang lain. Selalu terjadi bunyi yang terlalu bingit di sebahagian kawasan hanya untuk menyampaikan bunyi di seluruh kawasan rumah. Selain itu pastikan penyedia PA system anda mempunyai PA system yang cukup kuat untuk kawasan yang terlalu luas.



2) Karaoke atau tiada karaoke?
Bergantung kepada keluarga anda, sekiranya keluarga anda sukakan karaoke maka lebih meriah majlis anda. Namun diingatkan tak semua yang suka berkaraoke suaranya sedap!! Emcee/deejay yang berpengalaman akan menghadkan masa yang sesuai untuk berkaraoke, biasanya sebelum pengantin sampai dan selepas majlis bersanding dan makan damai.
Sistem karaoke juga penting sekiranya anda memutuskan untuk menyediakan karaoke kepada tetamu. Pastikan penyedia PA system anda mempunyai pilihan lagu yang meluas dan pantas mengendalikan pilhan penyanyi-penyanyi. Sebaiknya penyedia PA system anda menggunakan komputer untuk mengelakkan masalah CD tersangkut-sangkut dan lebih pantas menukar lagu pilihan.
Ada juga pakej yang disertakan bersama dj atau juru acara majlis. Namun itu hanyalah penambah seri. Tetamu yang hadir biasa cukup sekadar didendangkan dengan irama perlahan supaya tidak mengganggu mod makan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...